Monday, November 17, 2014

PAU 2014 Akan Ada WOW Factor...? Hisham Ketuai Team Bakal Mencipta Satu Pembaharuan....?

Persidangan Agung UMNO 2014 [PAU 2014] akan sekali lagi menemui pucuk pimpinan UMNO serta para perwakilan dan pemerhatinya tidak lama lagi.....

Tanggal 26 November 2014 akan membuka tirai dengan berlangsungnya persidangan tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri. PAU 2014 akan melabuhkan tirainya pada petang 29 November 2014 di Dewan Merdeka PWTC.

Muthakhir ini, bukan sahaja orang awam sudah merasakan bosan dan jelek dengan PAU yang diadakan setiap tahun kerana sudah hilang seri, sudah tak ada aura..., sudah masuk ke tahap membosankan....! Malah perkara ini sudah mula dirasai secara jujur dikalangan pimpinan atas UMNO itu sendiri.

Ramai yang merasakan PAU dijadikan pentas untuk jurucakap mengambil kesempatan mempromosi diri sendiri [personal glory], mengambil kesempatan memuji muja Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Ketua Sayap masing.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Usul Majlis Tertinggi UMNO untuk PAU yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah mengorak langkah positif untuk mempamerkan suatu kelainan pada PAU 2014 ini.

Jawatankuasa Usul merasakan sudah tiba masanya PAU tahun ini menghentikan acara puja memuja pemimpin dan membincangkan masalah rakyat secara serius! UMNO mestilah menjadikan PAU sebagai satu medan untuk membawa denyut nadi rakyat dibincangkan, dibuat satu ketetapan bagi mencapai satu keputusan untuk kerajaan BN yang dikepalai oleh UMNO membuat perlaksanaan demi kepentingan rakyat yang kini mendepani masalah ekonomi, sosial dan ancaman keselamatan dari pihak yang mahu menghuru-harakan keamanan tanahair.

UMNO harus kembalikan zaman kegemilangannya semula...! Jangan biarkan UMNO terus dibenci rakyat kerana PAU seharusnya menjadikan wakil wakil serta pucuk pimpinan UMNO untuk Walk The Talk, menjuarai tugas menyelesaikan masalah rakyat.

Suatu ketika dahulu, orang biasa yang bukan ahli UMNO turut sama memberikan perhatian kepada PAU kerana mahu mendengar apakah isu isu yang akan dibawa, dibahas dan akhirnya pada sesi penggulungan YAB Presiden [ketika itu Tun Dr Mahathir] kita akan menyaksikan satu ketetapan yang akhirnya menjadi satu keputusan untuk dilaksanakan diperingkat kementerian dan perlaksanaan itu sekaligus menyelesaikan banyak masalah rakyat. Ringkasannya, UMNO ketika itu menjadi Juara Rakyat sebagai contoh dalam isu pendidikan dan ekonomi.

Jawatakuasa Usul Majlis Tertinggi UMNO PAU 2014 telah pun bergerak secara serius sehingga ke peringkat akar umbi. Kaedah mengadakan Persidangan Meja Bulat dari peringkat tertinggi sehinggalah menggapai [out reached] pimpinan peringkat bahagian seluruh negara diadakan bagi mengenal pasti isu isu yang dekat dengan rakyat akhirnya akan dirumuskan sebagai usul untuk dibawa, dibahas dan dibuat keputusan pada PAU kali ini.

Diantara isu isu yang dikenal pasti bakal berkumandang dalam Dewan Merdeka PWTC adalah seperti berikut;
  1. Kekalkan Akta Hasutan dengan elemen penambah baikan
  2. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan kerajaan sebagai sekolah satu aliran
  3. Membincangkan secara serius Kos Sara Hidup Rakyat yang kini mendepani kenaikan harga barang dan manupulasi jahat pihak pembangkang membuat penyebaran maklumat tidak tepat terhadap GST.
Sekiranya PAU kali ini mengambil sikap membincangkan dengan serius isu isu yang terlalu dekat dengan denyut nadi rakyat, tidak mustahil nawaitu Jawatankuasa Usul untuk mencipta satu kelainan boleh menjadi satu titik permulaan untuk kita menyaksikan satu perubahan untuk UMNO....

Beberapa tahun dahulu YAB Presiden Datuk Sri Najib ada berpesan "berubah jika tidak mahu kita diubah...". Pesanan itu nampaknya akan diterjemahkan jika sesi pembentangan usul pada PAU kali ini benar benar lebih serius menjiwai denyut nadi rakyat dan tidak lagi dibuai dengan adegan memuji muja pimpinan atas pentas....

Sama sama kita nantikan saat dan ketikanya untuk kesemua ini berlaku dalam Dewan Merdeka!

3 comments:

Tosrin Jarvanthi Esq said...

Salam semua,
Terus terang Wak bilang, PAU 2014 tak akan berubah seperti yg lepas2. Drama sebabak puji pujian kpd Sahibus Samahah Tn President, TP dn , Tok Tok Naib akn bergema semula, bahkan lebih kuat dari gendang perang
Ini kerana menjaga temolok sendiri yg terlebih kenyang.
Desas desus yg Wak dengar, akan ada perubahan. Peh Waduh, biar betik gang!!
Namun demikian ucaptama dari Tun Dr Che Det pada 23 Nobember 2014, teramatlah Wak tunggu tunggu. Pasti ada kejutan , wa cakap lu. Sudah ada yg gundah gulana tak menentu haluan. De clock is ticking....

Anonymous said...

dulu aku minat menanti setiap PAU tapi kali ni aku dh tak peduli lg...oleh kerana faktor najib yg tidak peduli dgn pemasalahan rakyat bawahan ketika ini..najib hanya mendengar cakap konsetan nya

Anonymous said...

ada orang makan gaji buta.tiada penerangan secukupnya tentang gst.yg ada dari yg pro pr,dgn imfo yg menaikkan darah rakyat tntang gst.yg bertangung jawab diatas gst telah memberi peluru hidup kepada pr untuk menembak pengundi atas pagar.dengan isu harga minyaknya lagi.koramg makan gaji buta atau korang tak layak pegang jawatan tersebut.ngaku saja le klu ada telur.