Tuesday, November 25, 2014

PAU 2014 - Malam Ini Kick Off Tiga Sayap UMNO.... Ada Kelainan ATAU Kekal Retorik....?

Jam 8.00 malam ini bertempat di PWTC akan berlangsungnya Upacara Perasmian Persidangan Agung Tiga Sayap UMNO yang akan disempurnakan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Pembuka Tirai.... Persidangan UMNO Tahun 2014 muncul lagi. Disinilah medan untuk kita menyaksikan pimpinan parti keramat ini berhimpun dan menterjemahkan hala tuju perjuangan untuk terus relevan buat rakyat Malaysia.

UMNO sebagai imam kepada Barisan Nasional sudah pasti mahu mengorak langkah untuk terus membawa perjuangan mempertahankan kerajaan BN agar terus kekal sebagai pemerintah dan menghalang cita cita Pakatan Pembangkang yang mengidam Putrajaya!

Parti keramat ini sememangnya bergantung harap kepada ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri untuk membina kekuatan UMNO. Malah kalau dikira dari struktur parti pimpinan yang sedia ada ketika ini kebanyakkannya lahir dari 'kilang Pemuda'. Nama nama seperti Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Zahid Hamidi, Shafie Afdal, Mukriz Mahathir, Ismail Sabri, Azeez Rahim, Razali Ibrahim, adalah diantara produk Pemuda UMNO.

Manakala Wanita UMNO sentiasa dikenali sebagai jentera parti yang paling kuat bekerja untuk meneruskan perjuangan parti melayu ini....

Semestinya mata dan tumpuan kita akan menjurus kepada Amanat Timbalan Presiden UMNO yang akan berkumandang malam nanti. Pada tahun 2013, amanat yang disampaikan lebih kepada meniupkan semula semangat setelah PRU 13 UMNO yang mengetuai BN masih gagal untuk merampas 2/3 majoriti Parlimen dan tumpas teruk di Selangor, namun masih ada ruang untuk menarik nafas lega kerana berjaya merampas Kedah dan kekal memerintah di Perak.

Apakah pula Amanat yang akan disampaikan pada malam ini sebagai "pembuka tirai" PAU 2014?

Mampukah Wanita, Pemuda dan Puteri memberikan prioriti dengan membicarakan masalah yang dekat dengan hati rakyat...?

Adakah Wanita, Pemuda dan Puteri akan dilihat cerdik dan bijak untuk kenal pasti "touch point" yang mampu menarik semula sokongan rakyat kembali kepada UMNO....?

Mengikut angka yang diterima, pada PRU ke 14 akan ada seramai 6 juta pengundi muda golongan Gen Y berpeluang untuk mengundi, apakah kaedah dan formula yang terbaik khususnya Pemuda dan Puteri akan garap untuk pastikan mereka mengundi UMNO dan BN...?

UMNO tak perlu tunggu PAU 2016 untuk meniup semangat perang untuk PRU 14. Eloklah bermula awal, sekiranya masih ada kelemahan sudah pasti masih banyak ruang untuk dilakukan pembaikan dan pembetulan....

Apa pun kita sama sama tunggu, apakah akan ada kelainan atau kekal retorik...?

2 comments:

Anonymous said...

ayoh kita tgk org bersorak dan menangis mcm berok sakai !!

ah kwan

SolitaireHunter said...

Mencadangkan semua blogger Pro UMNO meng'grayscale' kan blog masing-masing sepanjang PAU ini sebagai tanda protes!