Wednesday, November 5, 2014

Pembangkang Yang Ajar RAKYAT HAKIM NEGARA...? Ambil Tindakan Ditangan Sendiri Bila Tangkap Pencuri... POLIS Kena Siasat

APAKAH NEGARA INI SUDAH TIDAK ADA UNDANG UNDANG...?

BEGINIKAH CARA MENANGANI KES KECURIAN..? LIHAT PADA FOTO FOTO RAKAMAN, MANGSA BELASAHAN DIKELILINGI OLEH JEMAAH SURAU ATAU MASJID....

PIHAK POLIS HARUS AMBIL TINDAKAN TERHADAP MEREKA YANG MENCEDERAKAN DAN MENGAIBKAN MANGSA INI KERANA TINDAKAN MEREKA SUDAH MELAMPAUI BATAS KEMANUSIAAN...!

11 comments:

Anonymous said...

Hukum Allah tu jelas..aib orang kita ketawa tapi bila aib kita di dedah mana nak letak muka..kita gembira memalukan pelaku yang tidak kita ketahu kenapa dan mengapa dia melakukan..kita menanamkan dendam dihati pelaku yang jika jiwanya kacau sebab diaibkan sebegitu rupa dan menjadi tontonan umum maka jangan kita lupa pabila dia akan membalas dengan cara yang lebih dasyat bukan hari ini mungkin esok atau lusa malah boleh makan tahun jadi berwaspadalah..baik balas baik jahat dibalas jahat maruah, harga diri tu jadi taruhan..

Anonymous said...

Bagi lah tahu tarikh, masa, tempat kejadian. Senang nak diambil tindakan. Kadang-kadang kejadian berlaku diluar negara tetapi dikaitkan dalam negara kerana kepentingan isu tertentu. Komen tapi tak tau apa-apa.

Anonymous said...

ORANG PI SOLAT DIA CURI MOTOR.
SALAH SIAPA.
KAN SUSAH ORANG PI SOLAT MOTOR DI CURI... NAK BALIK NAIK APA ?

Anonymous said...

Contoh:
Aku rakyat Aku Hakim
Aku liwat Aku tak salah
sebab aku hakim maaaa..

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 2 said...

kat mane ni?

Anonymous said...

Yang pakai kopiah tu sedang bergembira apalah punya perangai. Lepas tu yang baju hitam tu pegang seluar, stim ke?

Patutnya lepas solat, hati akan jadi bersih, kalau hati kotor, buat perkara zalim, apa dah jadi dengan ibadat mereka itu, walau apa pun, itu adalah hak Allah untuk nilai ibadat mereka.

Kalau jemaah masjid itu rujuk kitab berkenaan hukum, apakah Islam ajar macam ini? Lihatlah Rasulullah pernah dimaki hamun oleh seorang yahudi buta sedangkan sewaktu memaki hamun Rasulullah, Rasulullah yang sedang menyuapnya makan, tidak pula Rasulullah menghempas pinggan ke kepala yahudi buta itu dan membelasah yahudi buta itu, tetapi Rasulullah dengan hikmah terus suapkan makanan pada yahudi buta itu setiap hari walaupun setiap hari Yahudi buta itu memaki hamun Rasulullah. Sehinggalah Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar pula menggantikan menyuapkan Yahudi tadi, sambil disuap Yahudi tadi memaki hamun Rasulullah, kemudian Yahudi tadi perasan cara suapan sebelum ini berbeza, dia bertanyakan siapa yang menyuapnya sebelum ini, dikhabarkan kepada yahudi buta itu bahawa Rasulullah yang menyuapnya selama ini, terkedu yahudi buta itu, walaupun dimaki hamun, dihina oleh yahudi buta itu, tetapi Rasulullah tetap berlembut dengan yahudi buta itu hingga ke akhir hayat baginda. Kesannya yahudi buta itu menerima hidayah Islam.

Patutnya jemaah masjid itu perlu menangkap dan memberikan tazkirah kepada pencuri itu, kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan pihak berkuasa, barulah itu mengikut cara Islam, barulah itu ciri-ciri orang masjid, kalau orang masjid pun macam orang kelab malam, bertindak melulu, kasar dan memalukan, apakah bezanya dengan orang kelab malam? Sedarlah.

Zaman sekarang orang salah di pertahankan dgn berbagai alasan. Memang patut dilakukan begitu.. terlampau banyak jenayah sekarang.. kecik2 dah mencuri.. jadikan tauladan..

Anonymous said...

Kita tidak perlu menghukum pelaku dengan hukuman sendiri bagi menyelesaikan masalah,kes sebigini tidak ubah apa yang terjadi dikampung saya,pencuri bukan sahaja mencuri motor malah barangan yang bernilai di luar rumah pun dikebasnya,nasib x baik pencuri ditangkap orang kampung,dalam keadaan huru hara penduduk hampir mengamuk Dan berjaya ditenangkan ketua kampung,hasil ketenangan Dan idea ketua kampung, pencuri di lepas Daripada dihantar ke balai polis,penyelesaian yang dilakukan adalah ketua kampung berjumpa dengan tok guru Nik Aziz supaya mendoa pencuri pecah perut,2 Bulan kemudian kejadian mencuri masih menjadi2 di kampung kami,apa yang kami tahu tok guru sendiri pecah perut hari2 bawa uncang...hmmmm....begitulah kisah kampung saya...sekian terima kasih

Anonymous said...

yang menangkap pencuri dah sama dengan pencuri. sebaik habis solat mereka sudah mencuri maruah pencuri yang hanya tinggal sedikit. kemanalah perginya rasa hormat sesama manusia dengan membuka aib orang begitu sekali? siapa yang tidak marah dengan pencuri yang mencuri benda mahal dan menyusahkan orang, akupun marah. tetapi dengan mengaibkan orang dan mencederakannya begitu sekali seolah kita sahaja yang layak menghukum. lupakah bahawa negara kita sudah ada undang2 bagi menghukum pencuri. sabarlah, jangan samakan diri kita dengan penjenayah tersebut.

Anonymous said...

Dh ditelanjang, ngapa di pukul pulak.walau pun bersalah,biar polis ambil tindakan.ini dh macam zaman jahiliah.