Monday, November 3, 2014

Semoga Noh Omar Bukan Jenis Muka Tak Tahu Malu...! WAJIB Letak Jawatan Setelah Najib Sahkan UMNO Selangor LEMBAB

Cara untuk hitung penyelesaian matematik 1 + 1 adalah mudah, jawapannya 2.

Iya, ianya straight forward and staright to the point...! Begitulah juga dengan 'signal' yang diberikan oleh YAB Datuk Sri Presiden UMNO, Najib Razak sewaktu merasmikan Konvensyen UMNO Selangor di PWTC pada 1hb November 2014.

Najib sebenarnya berkias..., maksud sebenar "Noh Omar, you can leave now, you have failed..!".

Apabila YAB Presiden UMNO sebut 'reality check' sekaligus Najib memberikan penilaian dan assesment terhadap prestasi Noh Omar sebagai Boss No 1 UMNO Selangor. Boleh diumpamakan pada pagi Sabtu 1hb November 2014, merupakan Report Card Day buat UMNO Selangor.

Nah! Secara terbuka disebutkan bahawa UMNO Selangor masih LEMBAB! Pada hari penilaian seperti itu, apabila ratingnya UMNO Selangor LEMBAB ianya membawa maksud GAGAL..... Siapa Boss UMNO Selangor...?

Pada sekitar bulan September 2013, dalam satu ucapan Noh Omar dia pernah berjanji akan lepaskan semua jawatannya dalam UMNO sekiranya UMNO Selangor masih gagal..... BUKTINYA, pada video klip dibawah ini, berikan tumpuan pada minit 00;01;37.

Pada hemat Blogger MIK, tak payah tunggu UMNO Selangor bertambah ranap pada PRU ke 14, lebih baik Noh Omar letak jawatan sekarang dan berilah peluang pada yang lain, lagi pun Najib dah berkias! UMNO Selangor LEMBAB...., siapa jadi Boss dialah kena bertanggungjawab. Mudah, sama seperti menyelesaikan soalan diatas tadi :  1 + 1 = 2.




3 comments:

Anonymous said...

Udah nak banyak bulan berlalu kenapa si Noh Omar tak letak jawatan lagi? Mana janji? Adakah orang UMNO tidak tunai janji? Itu macam serupa macam Nwar berahim yang kata nak migrate luar negeri jadi pensyarah (tapi kekal jadi pelacur murahan kepada kuasa asing yahudi).

Anonymous said...

Najib, tolong lantik org muda ganti Noh omar

Anonymous said...

tu la, bila umngok ni masing-2 ada kepentingan, mereka mewajarkan pemikiran mereka, yg salah jadi betul, yg putih jadi hitam.

reformasi