Friday, November 7, 2014

UMNO Selangor LEMBAB - Noh Omar Lebih Hebat Dari Tun Dr Mahathir...?

SUMBER

 Noh Omar berkata beliau berjaya mengekalkan kerusi Parlimennya pada dua PRU, justeru tiada alasan untuk beliau mengundurkan diri seperti yang digesa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu meminta Dr Mahathir menyatakan secara khusus siapakah yang beliau maksudkan supaya berundur daripada UUMNO Selangor, ekoran kekalahan teruk parti dua penggal kebelakangan ini.
“Dia suruh siapa berundur? Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?" tanya Noh.
Teguran Dr Mahathir itu dibuat sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas Umno Selangor sebagai lembab dan gagal memperkuatkan parti di kala tiga rakan komponen Pakatan Rakyat Selangor bercakaran sesama sendiri. 
Dr Mahathir juga berkata UMNO perlu kikis imej sebagai parti rasuah dengan memastikan pemimpinnya mengamalkan cara hidup sederhana. 
Noh kemudiannya bertanya kepada Dr Mahathir sejak bila orang ramai mula mengaitkan UMNO dengan rasuah?
“Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop UMNO parti rasuah? Ia bermula zaman bila?” katanya seperti dilapor portal itu.
Noh bagaimanapun tidak mengulas kegagalan UMNO Selangor dibawah kepimpinannya menambah keahlian baru dan gagal memanfaatkan peluang yang ada untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan rakyat.
Beliau juga tidak menyentuh dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan wujud amalan cantas-mencantas ahli baru yang berpotensi di Selangor.
“Hari ini untuk mendapat calon menteri besar di kalangan pemimpin UMNO pun tidak ada. Ini boleh diadakan dengan ramai jika UMNO Selangor sedia menerima ahli baru,” kata Dr Mahathir menerusi lamana blognya.
“Pemimpin UMNO biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon Pilihanraya.
"Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan UMNO tetapi memperkuatkan kedudukan mereka,” tegas beliau yang memimpin UMNO selama 22 tahun. 
UMNO Selangor yang hanya memenangi 12 kerusi di DUN pada PRU 2013.

1 comment:

Anonymous said...

noh, aku pengundi parlimen kau di tg krg. aku pangkah kau bukan sbb umno. aku pangkah sbb BN. aku tak nak PR sbb PR lebih bangsat dr BN