Allahyarham sebelum itu tidak sedarkan diri akibat serangan jantung malam kelmarin, di Kemaman, Terengganu.

Pengarah JASA Pahang, Yusuf Jamaludin yang mengesahkan perkara itu memberitahu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Cenderawasih yang terletak kira-kira lima kilometer dari Hospital Tengku Ampuan Afzan.

“Jenazah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke kediaman arwah di Ampang, Selangor,

“Jenazah dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Teratai sebelum solat Zohor hari ini,” katanya.

Malam kelmarin, Fuad terkena serangan jantung ketika menghadiri majlis makan malam bersempena penutupan Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman.

Dalam kejadian pukul 11.15 malam itu, Allahyarham tiba-tiba pengsan ketika sedang duduk dalam majlis tersebut namun sempat disambut oleh Penasihat Undang-Undang KKMM, Yang Zaimey Yang Ghazali.

Fuad merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang sebelum 1999 dan juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi penggal 1992 hingga 1994.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang pertama.

Blogger MIK mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan sama sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para syuhadah..