Thursday, December 11, 2014

Azeez Rahim Dan YB Rosni Buktikan UMNO Tak Pilih Kasih Bantu Mangsa Banjir

Seramai 150 penduduk di sekitar Hulu Bernam yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini menerima bantuan kelengkapan asas termasuk tilam, bantal dan dapur. Pengerusi Biro Kebajikan UM­NO, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Ab­dul Rahim berkata, bantuan ter­sebut sekali gus membuktikan kebaji­kan rakyat negeri ini yang berada di bawah pentadbiran pakatan pembangkang tidak pernah diping­girkan oleh kerajaan Pusat yang diterajui UMNO.

Menurutnya, kerajaan meman­dang serius kebajikan rakyat di seluruh negara khususnya mereka yang memerlukan bantuan selepas menghadapi bencana alam seperti banjir di Perak, Kelantan dan Terengganu tanpa mengambil kira fahaman politik.

“Sememangnya UMNO akan terus memperjuangkan kebajikan rakyat menerusi Biro Kebajikan dengan menyalurkan segala bentuk bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Kami sentiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang dilanda bencana banjir,” katanya kepada pemberi­ta selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Mang­sa Banjir, dekat sini hari ini.



Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Hajjah Rosni Sohar, Timbalan Ketua UMNO Hulu Selangor, Zolkarnain Abu Hanif, Setiausaha UMNO Bahagian, Datuk Zainal Abidin Sakom dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian, Syahida Saliman.

Dalam pada itu, Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, bilik gerakan Biro Kebajikan mula beroperasi di seluruh negara bagi memastikan setiap perkembangan dan penyelenggaraan bantuan dapat disegerakan.

Sementara itu, seorang pene­rima bantuan banjir, Ahmad Sahar, 74, menyatakan beliau amat terharu apabila nasibnya mendapat perhatian daripada pemimpin UMNO Pusat dan tempatan.

“Saya yakin usaha murni sebegini dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO,” katanya. Ramnah Jaafar, 56, pula menyifatkan bantuan yang diberikan itu merupakan salah satu sokong­an moral serta mampu meringankan beban kerugian yang ditanggung.


No comments: