Monday, December 15, 2014

Benarkah Pimpinan Tertinggi PAS Sengaja Tak Nak Hadir Persidangan Parti 2014 DAP...?

Semalam berlangsungnya Persidangan Parti 2014 DAP yang diadakan di One City Skypark.

Parti chauvanist ini telah dilihat melepaskan geram seolah-olah menepati bidalan berkurun melayu berbunyi "pukul anak, sindir menantu".

DAP  membuka persidangan tahunannya dengan nada mengkritik usaha untuk memperkenal undang-undang berasaskan agama di negara ini, ketika tiada wakil kanan PAS hadir dalam acara itu.

Pengerusi DAP Tan Kok Wai dalam ucapan pembukaannya di Subang berkata, mutakhir ini terdapat lebih banyak pihak cuba memperkenal undang-undang itu yang menurutnya tidak harus berlaku dalam negara berbilang bangsa dan agama.

Tan tidak menyebut secara khusus berhubung rancangan hudud PAS tetapi menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

Tiada pemimpin kanan PAS hadir dalam acara di Subang itu dan parti Islam itu hanya menghantar anggota jawatankuasa pusatnya Hatta Ramli.

Ini berbeza dengan PKR yang diwakili oleh Presidennya Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden PKR, YAB Dato Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Hari ini pula pimpinan AJK PAS Pusat memilih untuk mengadakan mesyuarat mereka.. Dr Hatta kata dia dapat curi masa sebentar saja untuk mewakili PAS‎.

Macam tak sudi nak layan DAP...?

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

4 comments:

Anonymous said...

Nak ikut pakatan haram yg tak pernah berdaftar..???? tak yah takut PAS..kami sokong dibelakang kamu...

Anonymous said...

Jangan mencuri,tk baikkkk.tkyah datang terus.klu nk ada wakil pun soh mat sabu je.diakan ke berjiwa komunis.

Anonymous said...

masuk dap boleh lah berpakaian bebas menjolok mata..pas suka ke tengok betis tu..melayu apa ni..

Anonymous said...

Ada tk gambar melati kt agm? Hari tu gah kan....nk tgkla melati dtg