Wednesday, December 10, 2014

Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Kurnia Darjah Kebesaran Bergelar "Dato" Kepada Dua Exco PAS Bikin DAP Lagi Panas....

Sempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor tahun ini, dua Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS iaitu Iskandar Abdul Samad dan Dr Yunus Hairi telah dianugreahkan darjah kebesaran membawa gelaran "Dato".

Iskandar Abdul Samad ADUN Cempaka adalah  EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar.

Manakala Dr Ahmad Yunus Hairi ADUN Sijangkang pula merupakan EXCO Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.

Pergeseran antara DAP dengan PAS semakin terserlah sewaktu hari pertama Sidang DUN minggu lepas.... wakil rakyat DAP tak mahu menerima wakil PAS sebagai Timbalan Speaker telah mencadangkan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim untuk dicalonkan.

Akhirnya keputusan dibuat setelah pengundian dijalankan, ADUN Bangi Dr Shafie dipilih setelah mendapat 28 undi berbanding 14 undi untu Ng Suee Lim dimana kesemua 12 ADUN dari UMNO tidak mengundi kerana 'berkecuali'.


No comments: