Wednesday, December 24, 2014

Ketika Bencana Semakin TERUK Di Pantai Timur Najib, Muhyiddin Dan Pimpinan Atasan UMNO Harus Ada Bersama Rakyat....

"Cancel your holidays and vacations Boss..."

Itulah kata kata yang sepatutnya terpacul keluar dari para Penasihat Penasihat YAB PM dan TPM mohon agar bos-bos mereka berada dalam negara dan kalau boleh berada bersama sama mangsa mangsa bencana banjir yang semakin teruk di pantai timur tanahair.

Iya, dikala ini adalah sebaik-baiknya waktu buat Najib dan Muhyiddin berada di Pusat Pemindahan demi merasai degup jantung rakyat yang dilanda kesusahan...  Jangan hanya datang untuk singgah dan jenguk sahaja.

Habiskanlah masa membantu mangsa banjir dan kalau perlu meredah air, maka lakukanlah dan buatlah....! Inilah waktunya rakyat menyaksikan apa yang disebutkan Pemimpin Berjiwa Rakyat!

Sehingga tengahari tadi keadaan semakin teruk dan kritikal...!

Laluan darat untuk ke Kelantan setakat ini hanya boleh dilalui dari arah Terengganu melalui Pasir Puteh selepas 24 laluan utama di tujuh daerah ditutup untuk semua lalu lintas ekoran banjir yang semakin buruk di negeri ini.

Antara laluan utama terlibat khususnya di Gua Musang ialah di KM 5-12 Jalan masuk Aring, KM15.8 Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong dan Jalan Gua Musang- Lojing- Simpang Pulai.

Laluan Timur Barat yang menghubungkan Jeli dan Gerik, Perak juga ditutup selepas jalan di kilometer 66, laluan tersebut runtuh malam tadi.

Di Kuala Krai jalan yang ditutup ialah, Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Jirat di Bandar Kuala Krai, KM0.7 Jalan Guchil ke Batu Balai, km 66 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang dan km100 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang.

Penutupan laluan utama di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli menyebabkan jalan darat khususnya menghubungkan Kuala Lumpur ke Kelantan terputus.

Ayuh..! Marilah kita semua bersama sama menadah tangan memohon kehadrat ilahi agar mereka yang menjadi mangsa bencana samada di pantai timur, atau pun dimana sahaja dalam negeri kita ini sentiasa dipelihara Allah swt dan jauhkan dari sebarang mala petaka. AMIN....!


1 comment:

Anonymous said...

Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin Pembangkang semuanya lari bercuti di luar negara ada mereka peduli, hanya setakat memperlekehkan apa jua yang dilakukan Kerajaan dan rakyat majoriti membantu yang terlibat banjir. apabila bumi sudah kering tiada hujan baru lah mereka kembali keMalaysia kesana sini menagih undi..betul2 haramjadah. tolak mereka PRU14