Thursday, February 27, 2014

Inilah Lumrah Politik.. Tak Ada Musuh Yang Kekal. Mat Taib Puja Memuja Anwar Ibrahim

Dulu mereka bersama sama dalam satu saf perjuangan....

Selepas itu mereka tidak sehaluan. Kini mereka kembali bergabung tenaga! Saksikan video klip dibawah ini bagaimana berahinya Mat Taib memuja muja Anwar Ibrahim.


Wednesday, February 26, 2014

Apabila UMNO Bukan Lagi Ketua Kerajaan Putrajaya..... Apa Jadi Dengan Bangsa Melayu..?

Penulisan Datuk Zaini Hassan

JIKA semua Melayu bersetuju, selepas ini tiada lagi tanda ‘bangsa’ atau ras dalam mana-mana borang rasmi di negara ini. Tiada lagi kotak tanda: Melayu, Cina, India dan Lain-Lain. Sebaliknya yang ada hanya Warganegara dan Bukan Warganegara.

Puncanya kerana sekarang ini mahu sebut Melayu pun orang sudah takut dan fobia. Maka itu, perkataan itu perlu dipadam.

Cadangan itu disokong sendiri oleh seorang menteri Kabinet hasil desakan oleh badan-badan hak asasi manusia.

Jika dulu ada NGO yang diwujudkan untuk memansuhkan ISA (Abolish ISA), yang kemudiannya desakan mereka didengari kerajaan, tidak mustahil cadangan di atas pun akan diterima.

Lagi pun sudah ada suara-suara yang berani mempersoalkan asal-usul orang Melayu. Mereka dakwa Melayu pun kaum pendatang, mereka pun pendatang. Maka semua sama sahaja.

Betul juga, Melayu sekarang ini rata-rata nak cakap Melayu pun sudah malu. Nak baca dan kepit surat khabar Utusan Melayu pun malu. Apatah lagi anak-anak Melayu elit yang tak pernah belajar di sekolah rendah kebangsaan pun sudah ramai.

Jika Melayu bersetuju selepas ini maka kita kena akurlah juga dengan cadangan sebuah lagi NGO hak asasi manusia iaitu Comango.

Comango, Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Difahamkan terdapat 13 usul akan dibentangkan oleh NGO Comango yang salah satunya ialah menuntut kebebasan LGBT di negara ini.

Berikut adalah di antara tuntutan Comango yang sudah pun diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ‘United Nation Human Rights Council, (UNHRC) di Geneva:

* Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBT - iaitu amalan seks songsang!

* Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini Comango turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti itu berleluasa).

* Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai "mengganggu hak peribadi".

* Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh mahkamah tertinggi di Malaysia - untuk dibicarakan di Geneva!

* Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).

Oleh itu, jika orang Melayu beragama Islam bersetuju dengan itu semua, maka negara kita akan menjadi negara Islam pertama bersetuju dengan cadangan-cadangan itu.

Lagi pun tiada kedengaran pun sebuah parti yang menggunakan nama Islam di negara ini membantah atau "sanggup berbaring di atas jalan" untuk menghalangnya. Yang bising hanyalah NGO-NGO totok Melayu yang rasis. Yang lain-lain senyap sahaja.

Jika dikaji, tuntutan demi tuntutan itu dibuat oleh pihak liberal yang banyak berhaluankan parti yang diberi nama "Pakatan Rakyat".

Jika rakyat semua sudah berpakat maka tidak susahlah untuk mempersetujuinya.

Selain di atas, orang Melayu juga mungkin akan bersetuju dengan satu kumpulan pendesak meminta penghapusan dasar perlindungan kepentingan bumiputera dan tanah rizab Melayu serta kelonggaran kepada orang Islam untuk murtad.

Jika semua orang Melayu Islam bersetuju, maka Malaysia selepas ini akan dikenali sebagai negara yang paling liberal di muka bumi ini.

Tak apalah, lagipun orang Melayu di negara inilah yang sering dituduh paling rasis, paling perkauman. Orang lain tak begitu. Mereka baik. Mereka tidak pandang kaum.

Orang Melayu amat dibenci di negara ini, adakah kerana orang Melayulah yang paling banyak menguasai jawatan-jawatan penting di syarikat-syarikat milik bukan Melayu di negara ini? Atau juga kerana orang Melayulah yang menguasai kesemua gedung perniagaan di negara ini?

Adakah orang Melayu juga yang menguasai rantaian pengedaran barangan (supply chain) di negara ini?

Adakah orang Melayu yang menguasai kartel dan monopoli perniagaan di negara ini? Kaum lain tak boleh masuk, kerana jika mereka masuk maka samseng-samseng akan digunakan untuk menghapuskan perniagaan mereka.

Pendek kata Melayulah yang menguasai kekayaan di negara ini. Maka itu, tidak timbul untuk mereka tidak bersetuju untuk menerima cadangan-cadangan di atas itu kerana mereka sudah senang dan mewah. Namun, adakah itu hakikatnya?

Jika bangsa Melayu masih menjadi bangsa yang asyik meminta-minta itu dan ini untuk hidup, apakah mereka sudah bersedia menerima kesemua tuntutan itu?

Yang pasti kekalutan kaum di negara ini semakin gawat. Sudah ramai orang sudah berani kurang ajar di negara ini. Yang hairannya mereka bebas bercakap apa sahaja.

Secara peribadi, saya cukup-cukup bimbang dengan perkembangan ini. Atau mungkin orang Melayu sudah tidak peduli lagi, kerana bimbang akan dicap RASIS...?

Tahun 2012 Dah Bagi Tau Dah Selangor Akan Alami Krisis Air Pada Tahun 2014 TAPI Khalid Degil

Kajian krisis air telah dibuat pada 1980-an dan mendapati Selangor kurang sumber air dan 50 % loji-loji sedia ada yang sudah lama. Ketika itu tidak ada lagi Putrajaya dan KLIA.

Percambahan yang sangat pesat di Selangor dan Lembah Klang sudah pasti memerlukan bekalan air yang sangat besar, lihatlah pertambahan perumahan tak ubah seperti cendawan tumbuh, begitu juga dengan pembangunan serta semakin banyak kilang kilang perindustrian. Semua ini perlukan bekalan air...!!

Statistik rasmi Jabatan Perangkaan pada 2010, Selangor mempunyai penduduk seramai 5.4 juta, KL 1.6 juta dan Putrajaya 72,413 orang. Urbanisasi di Selangor pada kadar 91.4 %, sementara KL dan Putrajaya 100 %.

Apabila Langat 2 siap, ia mampu merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk pengguna domestik dan industri.

Krisis air yang serius boleh mencapai tahap kritikal dijangkakan akan berlaku pada tahun 2014.

Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo juga pernah membidas kedegilan Khalid Gagap yang berkelakuan sombong bodoh enggan bekerjasama dengan kerajaan pusat BN melaksanaka Projek Langat 2. Khir Toyo menulis dalam blognya pada 29 Mei 2012, beliau menyatakan krisis air pasti berlaku pada tahun 2014.

Menurut Mantan MB Selangor itu, Isu Air di Lembah Klang tidak akan selesai selagi kerajaan Selangor ditadbir oleh Pakatan kerana kenyataan demi kenyataan Khalid Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 menunjukkan kesungguhan beliau dan Pakatan untuk mempolitikkan isu ini.

Malah Khir Toyo tidak pasti mengapa Khalid begitu bersungguh-sungguh melengahkan dua isu besar air di Lembah Klang ini iaitu Penstrukturan Semula Air Selangor dan juga Pembinaan Loji Pembersih Air Langat 2 yang bertujuan untuk menampung keperluan penduduk Lembah Klang yang ramai dan semakin pesat...

Anda bole baca semula artikel tersebut di SINI.

Kedegilan Khalid Gagap disokong dan didokong oleh kesemua wakil rakyat Pakatan yang berlagak sombong bodoh...!

Mereka akan sentiasa bersangka buruk dengan apa sahaja perancangan kerajaan BN-UMNO kerana didalam benak fikiran mereka, UMNO kerajaan rasuah. Itu sahaja...!

Inilah lawak yang terlebih lawak dari Sepahtu Juara Maharaja Lawak MEGA....!!
Pada tanggal 21 Februari 2014, Menteri Besar Khalid Ibrahim berkata empangan air di Selangor mampu bertahan selama lima bulan lagi sekalipun cuaca panas dan kering berterusan.

Bagaimanapun pihak kerajaan negeri berkata pihak meteorologi mengesahkan bahang panas luar biasa ini dijangka hanya kekal selewat-lewatnya akhir bulan depan.

"Kalau dalam tiga bulan tidak hujan, kita masih dalam keadaan tidak cemas, kerana biasanya bulan April musim tengkujuh atau hujan.

“Jadi isu tak ada air pun takkan timbul bila musim hujan tiba," kata beliau kepada media selepas taklimat isu air Selangor di Shah Alam.

Memang lawak...!!

Iya, memang sah punchline komedi Khalid Gagap jauh lebih hebat dari Jepp Sepahtu, lebih lucu dari Nabil, dan lebih power dari lawak Kumpulan Jambu.


ADUHAI....! LAWAK KER DER...??

CUBA KITA LIHAT APA YANG SEBENARNYA BERLAKU KEPADA RAKYAT SELANGOR...

MEREKA TERPAKSA MENANGGUNG BEBAN DAN HIDUP SEMAKIN MERANA KERANA ADA SEORANG MENTERI BESAR YANG BANGAANGGG DENGAN SELAMBA BERSIKAP BODOH SOMBONG...!

LIHAT DIBAWAH INI;





HA HAA HAAAA...! NAK BERCAKAP DENGAN PIHAK MEDIA PUN BOLEH TERTIDUR, INILAH MENTERI BESAR SOMBONG BODOH YANG TIDUUUUURR

Tuesday, February 25, 2014

Anwar Masih Menari Lagu MGR Di Kuil Taman Delima Kajang. Video Klip Ini Anwar Tanya Pada UMNO, "Apa Salah Saya Menari..?"







TUGAS KHAS SPRM - RM120 Juta Untuk DAWAMA Yang Terbukti Gagal…? Siasat Segera…!



Ini kisah panaaasss….!  Pernah terbongkar pada tahun 2011 dipetik dari penulisan Ku Seman Ku Hussain  yang masih dalam arkib Utusan Online;
Kisah sebuah syarikat konsesi percetakan dan pengedaran buku, Dawama Sdn Bhd dikatakan mengalami kerugian. Terlalu sukar untuk dipercayai hakikatnya Dawama yang mendapat kontrak mencetak dan mengedarkan buku teks Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengalami kerugian.

Ini kerana perniagaan Dawama tidak ada persaingan, syarikat ini diberi kontrak oleh kerajaan mulai 2002 hingga 2014 untuk mencetak buku teks. Dawama ibarat satu-satunya penjual pelampung yang ada di tepi kapal Titanic yang hampir karam.

Tetapi hakikatnya syarikat ini pada ketika itu telah mendakwa mereka mengalami kerugian. Semua orang tidak percaya Dawama boleh rugi kerana pada tahun 2011 itu  sahaja Dawama sepatutnya mencetak enam juta naskhah buku teks untuk diedarkan ke sekolah. Bayangkan untungnya berapa..?

Tidak ada syarikat lain yang mendapat kontrak tunggal menjual pelampung di tepi kapal Titanic seperti yang diberikan kepada Dawama. Menurut sumber, sejak 2002 hingga2011 DBP telah membayar RM650 juta kepada Dawama….!!
Walaupun menurut rekod jelas membuktikan syarikat ini gagal dan tidak lagi layak untuk diberikan sebarang kontrak bernilai jutaan ringgit, namun sudah kedengaran desas desus menyebut konsesi Dawama akan disambung apabila kontrak yang sedia ada berakhir bulan Ogos 2014.

Malah ianya menjadi pelik kerana tempoh konsesi berkenaan akan diberikan untuk 10 tahun lagi…! Suatu keputusan yang tak masuk akal…

Sebelum kewujudan Dawama, DBP mengamalkan konsep payung kepada beberapa syarikat percetakan untuk diberi tugas mencetak buku teks. Konsep ini ternyata berjaya kerana tidak ada masalah timbul dan ini juga banyak membantu syarikat percetakan terutama bumiputera mendapat peluang. Tetapi selepas penswastaan, Dawama menjadi induk kepada beberapa syarikat lain.

Natijahnya, banyak syarikat gulung tikar dan terpaksa melalui proses ‘down size’ selepas konsesi ini dijadikan ‘hak mutlak’ sebuah sahaja syarikat percetakan yang bernama Dawama. Senarai syarikat syarikat yang telah menjadi mangsa anda boleh lihat di SINI.

Apakah satu keputusan yang bijak untuk terus memberikan kontrak bernilai RM120 Juta kepada Dawama yang terbukti gagal dan sememangnya tidak layak..?

Kenapakah ada ‘keistimewaan’ buat Dawama..?

Kenapa pihak DBP tersangat ‘menyayangi’ Dawama seperti anak emas, mereka langsung tidak sensitif dengan kegagalan lampau yang boleh dijadikan sebagai bukti..?

SPRM tunggu apa lagi…? Janganlah hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri… Ini melibatkan wang ratusan jutaan ringgit....!!

SUMBER – Klik SINI

Apabila Tan Sri Muhyiddin "Sound" Khalid Ibrahim....


Monday, February 24, 2014

MCA Dah Setuju Nak Terima Jawatan Kabinet....? Tolong Berhenti Jadi CINABENG Dulu La Wei....

Presiden MCA yang baru, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai sudah berjaya membawa segerombolan ahli ahli dan pimpinan parti itu untuk menerima kembali jawatan jawatan dalam kerajaan BN....

Keputusan ini sekali gus adalah suatu 'reverse action' terhadap pendirian MCA dibawah pimpinan Chua Soi Lek yang mengambil tanggungjawab mereka tidak layak kerana mempamerkan prestasi yang tersangat sangat buruk pada PRU ke 13 lalu.

Malah kita semua sedia maklum bahawa kerajaan UMNO-BN hampir tewas kerana tindakan "menggila" pengundi pengundi kaum CINABENG yang mahu rampas tahta pemerintahan, ini dibuktikan dengan keputusan PRU 13, undi kaum CINABENG memang jelas TAK NAK lagi mengundi mana mana calon BN. Calon calon MCA sendiri pun tersungkur, tertonggeng..., tertiarap...!!

Kebangkitan kaum CINABENG pada PRU 13 secara terang terang tanpa segan silu mahu gulingkan UMNO-BN dari memimpin kerajaan pusat Putrajaya secara logik akal membuktikan MCA memang TAK relevan lagi dikalangan kaum tionghua.

Kaum mata sepet pemakan babi ini sudah TAK mahu lagi mengangkat mana mana pimpinan MCA sebagai wakil mereka samada diperingkat DUN mahupun Parlimen. CINABENG ini semua lebih percayakan calon calon serta pimpinan DAP yang chaivanist dan juga mana mana pimpinan PKR yang bukan melayu....

Mampukah MCA mendapatkan kembali sokongan CINABENG untuk tidak lagi bersama Pakakatan Pembangkang...?

Apakah ada upaya dan tenaga luarbiasa MCA untuk divert sokongan padu CINABENG kembali menyokong BN...?

Semoga YAB Datuk Sri Najib dan Tan Sri Muhyiddin tidak tergesa-gesa menyambut laungan MCA bersedia untuk kembali ke kabinet.

Jadikan PRK DUN Kajang ini sebagai ujian untuk mereka....

Kalau masih tewas dan tertonggeng dengan pukulan pengundi kaum mata sepet mereka sesama sendiri, maka TAK PAYAH layan untuk berikan sebarang jawatan kepada mana mana pimpinan MCA.

Akal yang waras mampu terjemahkan... Jika dalam satu satu kawasan itu tidak ada cawangan DAP sebaliknya ada cawangan dan ramai ahli ahli MCA, mengejutkan apabila keputusan peti undi dikira calon BN kalah teruk...! Apakah maknanya itu..?

Maknanya, ahli ahli MCA sendiri TAK mengundi calon BN dan "sanggup" undi calon PAS. Ini bukan fantasi..., ianya benar benar terjadi pada PRU 2008 dan PRU 2013. 

Lu Orang Bikin Kerja Dulu Laa Wei...!
Kasi Bukti Sama Kita Dulu....!!

Imam Hoslan... Imam Baling Selipar Dalam Mahkamah Sudah Insaf. Terima Duit BR1M

Masih ingat lagi kisah seorang "imam" yang bertindak biaDAP dengan membaling selipar kearah Hakim dalam Mahkamah...?

Ahli PAS seumur hidup, Hoslan Hussin pernah mendapat perhatian umum dan menghiasi dada dada akhbar serta mendapat liputan berita telivisyen ketika kisah ini sungguh hangat...!!


Hoslan Hussin @ "Imam" Baling Selipar yang telah turut menyertai himpunan jalanan Bersih, Blackout dan  pelbagai demo setelah menjadi hukuman penjara setahun kerana menghina Mahkamah, kini telah pun insaf dan bersyukur menerima BR1M....

Setelah kembali daripada menghantar anak beliau mengaji di Yemen baru-baru ini, beliau telah di jemput  oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjadi Pakar Motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara. Kalau google kronologi cerita pasal imam selipar ini memang banyak.

Semoga "keinsafan" Hoslan ini benar benar ikhlas....

JOM kita saksikan rakaman video klip dibawah ini, temu ramah yang dibuat oleh Minnaq Jinggo mendapatkan pengakuan daripada seorang penyokong tegar PAS;


Sunday, February 23, 2014

Anwar Hangin Satu Badan Bila Wan Azizah Mahu Khalid Ibrahim Kekal Sebagai MB Selangor


Setelah sekian lama mengambil pendekatan mendiamkan diri, akhirnya Presiden PKR, Wan Azizah Wan Izmail akhirnya tampil membuat kenyataan sambil menolak dakwaan yang mengatakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim.

"Tan Sri Khalid sudah mengendalikan kerajaan negeri dan kita sudah tengok sebagai Menteri Besar Selangor... tidak ada cacat cela.. jadi kita teruskan. Kehadiran Anwar (di Selangor) pula, hanya nak membantu.. " katanya semalam apabila diminta mengulas mengenainya.

Anwar sebelum ini menyifatkan pentadbiran Khalid lemah kerana gagal menguruskan dana kewangan negeri dengan baik sehingga menyebabkan Selangor mempunyai lebihan kewangan yang banyak seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Dia turut membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.

Ketika diwawancara oleh Australia’s Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model, sebelum pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses pakatan” katanya.

Paling menarik, portal pro-pembangkang, Malaysiakini juga seolah-olah menyokong idea untuk ‘memecat’ Khalid itu apabila sering melaporkan artikel yang berkaitan dengannya. Sidang redaksi portal tersebut turut melaporkan kajian, kononnya 576 warga Kajang (yang dianggap sebagai suara majoriti penduduk Kajang) turut bersetuju dengan cadangan dan harapan Anwar, untuk bergelar Menteri Besar.

Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan PAS, tampil membuat kenyataan bagi membantah ‘pengambilalihan kuasa’ itu antaranya kepimpinan ayap Pemuda PAS Pusat dan Pemuda PAS Selangor yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazirkan wang rakyat.

Desas-desus mengatakan, Anwar dikatakan sudah pun mendapat sokongan DAP namun masih pening dengan penegasan PAS yang kononnya mahukan Khalid terus kekal dalam jawatan itu.

Paling menarik, ada yang mengatakan,  sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai PAS sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.

Saturday, February 22, 2014

BREAKING NEWS...!! Budak Budak Khalid Berjaya Dapatkan Rakaman Pengakuan Wanita Dalam Foto Skandal Seks Azmin.....



Ramai yang agak sinikal dengan dakwaan berhubung kemelut dalaman antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Para penyokong parti itu sebelum ini menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘perang saraf’ Umno yang sengaja dilakukan.

Namun bagi penyokong Azmin dan Khalid, perkara itu bukan lagi isu rahsia, kerana ada di kalangan mereka sendiri yang turut memainkan peranan untuk menyerang dan londeh-melondeh antara satu sama lain.

Terdahulu, akhbar Suara Keadilan yang merupakan lidah rasmi kepada parti itu telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22.

Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.

Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk ‘Khalid dan Azmin’ itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.

“Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin… Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.

“Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri.

Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR”, dakwanya.

Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan, disebabkan Azmin membawa DNA barah, dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar.

“Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor...?

Kenapa begitu gian hendak jadi MB? Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.

“Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya.


Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat ‘sabotaj’. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation” dakwa Hishamudin lagi.

Disebabkan artikel tersebut disiarkan dalam akbar terbitan Suara Keadilan, para penyokong PKR khusus ‘orang-orang’ Azmin mula bising dan mempertikaikan tindakan tersebut. Sehinggakan ada yang mendakwa ia adalah merupakan permainan politik murahan dan kotor serta sebahagian dari usaha Anwar dan Wan Azizah untuk‘membunuh’ karier politik Azmin.

Mungkin bagi mengelakkan serangan balas dari kumpulan Azmin yang mungkin akan melakukan sabotaj terhadap Anwar di pilihan raya kecil Kajang, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil segera membuat kenyataan bagi menafikan dakwaan tersebut.

Menurutnya PKR tidak terlibat dalam penyiaran artikel tersebut dan keputusan untuk menyiarkannya di dalam akhbar rasmi parti adalah merupakan keputusan pihak editorial Suara Keadilan. Namun, Fahmi mengakui isu tersebut ada dibincangkan kerana wujudnya bantahan daripada beberapa pemimpin yang dikaitkan nama dalam artikel tersebut.