Jika
anda tinggal di mana-mana bandar besar di Selangor, masalah pengangkutan sampah
dan pengurusan kebersihan merupakan masalah utama yang menjadi barah di dalam
masyarakat di sini.
Walaupun telah ditegur banyak kali namun tiada tindakan
yang telah diambil dari pihak berwajib. Terutamanya dari pihak berkuasa
tempatan (PBT).
Contoh
utama yang dapat dilihat adalah di Bandaraya Shah Alam, Selangor. Walaupun
merupakan ibu negeri bagi Selangor, Shah Alam berhadapan dengan masalah serius
yang boleh mengundang kepada kematian.
Shah Alam adalah “lubuk” kepada penyakit
Denggi. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dibawah kendalian Jabatan Penyakit Vektor, pada tahun 2012 hingga 2013,
Shah Alam mencatatkan jumlah pesakit Denggi antara yang tertinggi di Malaysia.
Malah, boleh dikatakan majoriti kawasan di Shah Alam adalah kawasan hitam
(black area) bagi penyakit Denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Pada tahun
2013 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang terpaksa menampung ratusan pesakit
Denggi dan Denggi berdarah.
Ini melangkau kemampuan hospital tersebut
sehinggakan para pesakit terpaksa dipindahkan pula ke Hospital Sungai Buluh,
Selangor.
Itu
belum lagi dikira dengan penyakit vektor lain seperti kencing tikus dan
lain-lain. Negeri Selangor tetap menjadi juara di dalam statistik pesakit dan
tiada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk membasmi
secara langsung penyakit tersebut.
Apa yang terjadi bukan kerana ketidakcekapan
tetapi ianya terjadi apabila pemantauan tidak dilakukan oleh para pemimpin.
Mungkin juga pihak berkuasa tempatan generasi Pakatan Rakyat lebih menitik
beratkan dengan aspek menyaman rakyat yang melakukan kesilapan daripada
membantu rakyat untuk terus hidup selesa di negeri ini.
Memang
benar, apa yang terjadi di sini sebahagiannya adalah disebabkan tindakan
penduduk sendiri yang tidak mempunyai kesedaran dalam menjaga alam sekitar di
sekeliling mereka. Namun begitu, apa yang pasti kegagalan pihak berkuasa tempatan
untuk menyediakan fasiliti dan kempen yang mencukupi perlulah ditangani dengan
segera.
Bukankah telah dilantik Ahli Majlis di setiap kawasan untuk mewakili
penduduk yang sedia ada, tidakkah Ahli Majlis yang kesemuanya adalah ahli parti
yang memerintah negeri terlalu lalai untuk membangkitkan perkara ini kepada
PBT...?
Ataupun,
pihak berkuasa tempatan yang asyik sibuk menyaman dan menaikkan denda sehingga
gagal memahami tugas asal mereka untuk memastikan keadaan alam sekitar di
kawasan jajahan mereka bersih dan sihat untuk didiami.
Untuk makluman bagi
mereka yang bukan penduduk di Negeri Selangor, selepas kejatuhan Barisan
Nasional pada tahun 2008, seluruh kuasa dan bidang tugas telah diambil oleh
para ahli politik Pakatan Rakyat.
Tiga tahun selepas kemenangan mereka di
Selangor mereka tetap menyalahkan kerajaan Barisan Nasional diatas setiap
masalah yang diajukan oleh rakyat.
Kini
sudah hampir 6 tahun Negeri Selangor Darul Ehsan telah ditadbir oleh mereka,
apakah masih lagi salah Barisan Nasional sekiranya Pakatan Rakyat gagal dalam
mentadbir negeri ini?
Ataupun rakyat negeri Selangor telah selesa dengan
pemerintahan Pakatan Rakyat yang lebih suka menternak nyamuk daripada
menjalankan tugas sebagai pemimpin?
Apa pun jawapannya, kini negeri Selangor
telah menjadi juara kepada penyakit vektor dan masalah alam sekitar yang amat
kronik.
Tahniah diucapkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana berjaya
merosakkan alam sekitar dan menambah lagi statistik kematian rakyat Selangor
selama mana mereka telah memerintah negeri ini.