Monday, June 30, 2014

Kit Siang Terpaksa Bergegas Ke IJN Jumpa Hadi Awang Untuk Halang Khalid Gagap Masuk PAS Kekal Jadi MB Selangor

Hasrat PKR yang didakwa mahu menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor menerusi ‘Langkah Kajang’ dijangka gagal apabila jawatan tersebut dikatakan akan dituntut oleh PAS.

Menurut sumber dalaman kerajaan nege­ri, keadaan itu mungkin berlaku apabila PAS di negeri ini dikatakan mahu meletakkan wakil rakyat mereka untuk mengisi jawatan Menteri Besar berdasarkan kedudukan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu berbanding PKR yang hanya menang 14 kerusi DUN.

Malah, sumber terbabit turut difahamkan Khalid tidak mempunyai sebarang masalah untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada PAS.

"PKR difahamkan mahu menggantikan Klid dengan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang juga ADUN Kajang sebagai Menteri Besar. Namun, hasrat PKR itu mungkin sukar untuk diterima oleh Pas.

"Malah, ada desas-desus kuat bahawa PAS kali ini akan mengambil alih jawatan Menteri Besar dan melantik seorang calon yang berkelayakan daripada ADUN mereka di negeri ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Isu pertukaran Menteri Besar Selangor sekali lagi dibangkitkan apabila wujud dakwaan bahawa Pas Selangor sebulat suara menolak Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar kerana kononnya ADUN Pelabuhan Klang itu sering membuat keputusan secara bersendirian tanpa merujuk parti dalam pakatan pembangkang.

Dakwaan itu turut disiarkan menerusi sebuah portal berita www.themalaysianinsider.com pada 20 Jun lalu yang memetik kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman.

Dalam laporan itu, Jaafar menyatakan keputusan itu buat dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor dengan kesemua 22 Yang Dipertua PAS kawasan ne­geri ini bersetuju agar Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

Sebelum ini, Khalid dilaporkan turut menerima kecaman daripada pemimpin PKR sendiri apabila didesak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Sela­ngor sehingga wujudnya ‘Langkah Kajang’ yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan pada 23 Mac lalu.

Sementara itu, sumber berkenaan melihat ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi calon yang sesuai mengisi jawatan Menteri Besar memandangkan kedudukannya ketika ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.

Mingguan Malaysia difahamkan, ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan turut disebut-sebut sebagai antara pemimpin PAS yang dipertimbangkan.

Utusan Online

Sunday, June 29, 2014

Siapa Pimpinan UMNO Wilayah Jadi Punca Neelofa Dah Berpisah Dengan Haans...??

Pelakon dan pengacara jelita, Neelofa telah mendedahkan bahawa hubungannya dengan pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac sudah berakhir sejak awal Februari lalu.

"Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu.

"Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.


Pada masa sama, Neelofa atau nama mesranya Lofa berharap selepas ini tiada lagi spekulasi mengenai dirinya dengan Hans dibangkitkan.

"Kami mengambil keputusan untuk membawa hala tuju sendiri. Saya mengharapkan peminat dapat menghormati keputusan kami dan tidak memanjangkan isu ini dengan bertanyakan punca perpisahan memandangkan kami akhiri perhubungan kami secara matang dan ia adalah keputusan bersama.

"Biarlah Hans fokus kepada beberapa perancangannya dan apa yang penting saya ingin gunakan masa muda saya ini sepenuhnya kepada diri saya, kerja seni serta perniagaan saya."

TERKINI..! Anwar Hilang Selera Nak Berbuka Selepas Saksikan Foto Foto Najib Ziarah Hadi Awang Di IJN


Rakaman CCTV Buktikan Orang DAP Sendiri Letak Kepala Lembu Dirumah Rayer




Ramadhan Ya Marhaban.... Hidup Sederhana Kak Ijat Berbelanja Santai Di Pasar Chow Kit


Friday, June 27, 2014

Keputusan Najib Kekalkan Hasan Malek Sebagai Menteri KPDNKK Satu Keputusan Tepat...??

Klik SINI

BONGKAARR...! Skandal Seks YB Suka Main Dengan Bini Orang


Apa nak jadi senario politik tanahair kita...?

Nampaknya soal moral dan salah laku dikalangan wakil rakyat YB YB kita sudah semakin liar dan "terlampau". Baca sepenuhnya pembongkaran yang dibuat di SINI

WORLD CUP 2014 - Jerman Diramalkan Lawan Belanda Final World Cup 2014


Thursday, June 26, 2014

20,000 Pengundi Muda Hadir Program Dyana Sofya Di Taman Tun Dr Ismail KL

“Apa yang saya dapat tawarkan adalah idea,” kata Dyana Sofya Mohd Daud ketika program santai “Eye to Eye bersama Dyana Sofya” di Kaffe Cafe, Taman Tun Dr Ismail semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya hadirin berhubung visinya dalam politik khususnya untuk anak muda, selain membawa gagasan parti DAP.

Berhubung PRK Teluk Intan yang mendapat tumpuan seluruh negara, Dyana menceritakan pengalaman bertemu seorang pengundi yang menyatakan kekalahannya kononnya kerana beliau ingin membubarkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
 
“Saya ada bertemu seorang pengundi, dia kata ‘saya tahu kenapa kamu kalah – sebab kamu cakap nak bubarkan askar.’ Saya kata saya tidak pernah berkata demikian,” katanya.
 
Katanya lagi, pengundi itu yang pada asalnya ragu-ragu pada akhirnya menerima penafiannya selepas memeriksa kembali tuduhan itu.
 
“Tentulah saya tidak boleh terus katakan kepadanya, ‘kenapa anda dengar benda mengarut sebegini?’ Amat penting untuk kita memberi penjelasan dan mendidik orang ramai. Proses ini mengambil masa,” katanya lagi.
 
Program berlangsung selama kira-kira dua jam. Sepertimana yang disaksikan di Teluk Intan, kebanyakan hadirin tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama beliau usai diskusi.
 
Acara anjuran Roketkini ini turut dihadiri Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Penasihat Impian Malaysia Wan Hamidi Hamid.

GEMPAARR KPDNKK...! Surat Cinta Untuk Hasan Malek Dari Luna Maya...??



DATO SRI HASAN BIN MALEK
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
ARAS 13 (MENARA), NO 13, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 12
62623 PUTRAJAYA.
 
26 JUN 2014

PER: CADANGAN RASIONALISASI SUBSIDI BAHAN API 

Assalamualaikum WBT.

Dato Sri,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato Sri kerana masih dikekalkan dalam Kabinet Malaysia walaupun sebelum ini terdapat banyak khabar angin yang menyatakan Dato Sri akan digugurkan.

Pengekalan Dato Sri dalam kabinet membuktikan Perdana Menteri mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Dato Sri dalam menjalankan tugas-tugas sebagai menteri yang berkenaan.

Dato Sri, tujuan saya menulis surat ini bukannya mempunyai agenda yang tersurat atau tersirat, sebaliknya menyambut permintaan Dato’ Sri yang meminta pihak-pihak yang mempunyai cadangan berhubung program rasionalisasi subsidi minyak.

Sebagai seorang ahli UMNO yang bergiat aktif di media cyber saya merasa terpanggil untuk mengemukakan cadangan saya tanpa melibatkan sebarang kepentingan kepada saya. Atas sebab itu saya menghantar surat ini secara terbuka. Jika saya menghantarnya secara senyap-senyap saya bimbang akan dituduh menghantar kertas kerja atau projek yang akan melibatkan kepentingan kepada saya.

Dato Sri, laporan muka depan Utusan Malaysia 25.06.2014 memaparkan berita penyeledupan diesel turun 30 peratus. Tahniah diucapkan kepada KPDNKK atas usaha mereka menyelamatkan wang negara daripada mengalir kepada orang asing.

Namun persoalannya di sini, adakah penguatkuasaan hanya dilakukan secara bermusim sahaja?  Isu ini bukan baru. Ianya sudah berlarutan sekian lama.  Saban tahun rakyat dihidangkan dengan cerita penyelewengan subsidi bahan api. Tapi sampai bilakah ianya akan berakhir?

Adakah pegawai-pegawai penguatkuasa tidak menjalankan tugas mereka selama ini? Apabila isu timbul dan SPRM mengamuk barulah penguatkuasa mula tegas. Jika dalam sebulan dua ini penyeludupan dapat dikurangkan 30 peratus, bayangkan jika penguatkuasa bertegas sejak beberapa tahun lepas, tidakkah ianya telah mencapai tahap lebih dari 90% sekarang? Berapa billion wang negara telah dapat diselamatkan? Kegagalan ini berlaku kerana tidak ada ketegasan dan kejujuran pihak berkenaan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Sekarang ini rakyat dikhabarkan tentang program rasionalisasi subsidi minyak yang baru bakal diperkenalkan kerajaan untuk memastikan hanya golongan sasar yang benar-benar perlu sahaja dapat menikmati subsidi berkenaan.

Mengikut laporan Utusan Malaysia 25.06.2014 di muka surat 12, tahun 2013 kerajaan mengagihkan 18.6 bilion liter minyak bersubsidi. Namun didapati 6 bilion liter daripadanya digunakan oleh orang asing.

Masalah utama yang menyumbangkan kepada peningkatan subsidi minyak sekarang 3 perkara:

1. Penyeludupan
2. Kenderaan asing
3. Kenderaan mewah yang menggunakan minyak bersubsidi.

Pihak yang terlibat dengan 3 masalah ini bukannya terlalu besar jika nak dibandingkan dengan jumlah Rakyat Malaysia yang benar-benar layak mendapat subsidi kerajaan.

Kita difahamkan untuk mengatasi masalah-masalah ini kerajaan melalaui KPDNKK sedang mempertimbangkan beberapa cadangan. Antaranya memperkenalkan sistem belian minyak bersubsidi melalui MyKad, Kad Pintar, Kad Minyak 1Malaysia, Kad Subsidi, biometrik dan kupon atau tunai.

Apabila salah satu cadangan ini diterima pakai ianya akan menyusahkan puluhan juta rakyat dan kos untuk melaksanakannya juga tinggi kerana ianya melibatkan puluhan juta rakyat.

Lain yang bengkak lain yang bernanah. Masalah yang kita hadapi sekarang adalah dengan hanya beberapa kerat pihak yang menyalahgunakan subsidi minyak. Kenapa pula kita perlu susahkan puluhan juta yang lain yang tidak bersalah? Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya.

Jika kita mempunyai pilihan untuk menyusahkan sedikit pihak dan mengeluarkan belanja yang sedikit, mengapa perlu kita menyusahkan banyak pihak dan perlu mengeluarkan belanja yang banyak?

Dato Sri, masalah GST tidak selesai lagi. Apabila GST berjalan nanti pasti seribu satu lagi masalah akan timbul dan tidak terkecuali sabotaj juga akan turut menjadi satu masalah yang bakal dihadapi kerajaan kelak. Kenapa pula kita nak tambah kesusahan dan kekeliruan rakyat dengan melaksanakan program rasionalisasi subsidi minyak yang baru? Kenapa kita nak cari masalah untuk memberi ruang kepada musuh memanipulasi keadaan? Bukankah lebih baik kita selesaikan satu persatu dengan lancar dulu?

Untuk mengatasi masalah penyalahgunaan subsidi minyak oleh tiga pihak itu beberapa langkah lain boleh dilaksanakan yang tidak perlu menyusahkan puluhan juta rakyat yang lain.

Masalah penyeludupan boleh dikurang atau diselesaikan dengan kaedah penguatkuasaan berterusan yang sedang dilaksanakan sekarang. Asalkan pegawai-pegawai penguatkuasa tegas dan jujur dalam melaksanakan tugas. Apabila mereka jujur dan tegas dalam menjalankan tugas dan dapat menyelamatkan wang negara, tugas dan peranan mereka perlu dihargai. Apa salahnya jika kejayaan mereka diiktiraf oleh kerajaan dengan pelbagai cara. Seperti kenaikan pangkat, kenaikan gaji, insentif khas, penganugerahan pingat dan sebagainya.

Salah satu kaedah yang boleh dilakukan dan untuk memudahkan kerja-kerja pendakwaan oleh penguatkuasa adalah dengan cara membezakan minyak bersubsidi dengan minyak tanpa subsidi. Ianya perlu dilakukan di depoh. Minyak ini boleh dibezakan dengan kaedah ‘tagging’. Indonesia juga sedang merancang untuk melakukan perkara ini. Dato’ Sri boleh membaca perkara berkenaan di sini.

Bagi masalah kenderaan asing dan kenderaan mewah yang menggunakan minyak bersubsidi, ianya boleh diselesaikan melalui pam-pam khas di stesen minyak dan komisyen jualan kepada operator stesen dinaikkan.

Sekarang ini komisyen jualan yang diperolehi oleh operator stesen adalah RM 0.11 per liter samada untuk RON95 atau RON97. Jadi apa mereka peduli jika kenderaan jenis apa sekalipun mengisi minyak RON95. Sebab komisyen mereka sama. Dengan menaikkan komisyen jualan mereka untuk RON97 pasti mereka tidak akan membenarkan kenderaan asing atau mewah mengisi minyak RON95. Dengan peningkatan komisyen itu juga dapat mereka gunakan untuk menggaji kakitangan tambahan atau keselamatan untuk melaksanakan tugas memeriksa kenderaan yang layak dapat subsidi atau tidak.  

Begitu juga dengan diesel. Sekarang operator stesen memperolehi komisyen jualan RM 0.06 per liter. Semua stesen minyak di negara kita sekarang hanya ada satu jenis diesel sahaja iaitu diesel bersubsidi. Subsidi yang dikeluarkan kerajaan pula adalah RM0.74 per liter. Kenderaan mana-mana negara sekalipun dapat menikmati diesel subsidi ini. 

Untuk mengatasi masalah ini pam diesel tanpa harga subsidi perlu diwujudkan di stesen-stesen minyak untuk kenderaan asing dan kenderaan mewah. Dan komisyen jualan untuk operator stesen juga lebih tinggi daripada komisyen diesel bersubsidi.

Ada juga rakyat negara kita yang menggunakan kenderaan jenama mewah tetapi ianya sudah berusia belasan atau puluhan tahun. Untuk golongan ini mereka perlu memohon dan diberikan kad subsidi khas untuk mereka layak mendapat minyak bersubsidi. Jumlah mereka pun bukannya ramai sangat. 

Untuk memudahkan kerja-kerja menyaring kenderaan yang layak mendapat minyak bersubsidi atau tidak di stesen-stesen minyak ianya boleh dilakukan dengan melihat cukai jalan. Perlu ada perbezaan cukai jalan antara kenderaan yang layak mendapat minyak bersubsidi atau tidak layak.

Mana-mana operator stesen yang melanggar peraturan itu perlu dikenakan tindakan tegas dengan serta merta. Pam mereka perlu disita sehingga perbicaraan selesai. Tiada amaran pertama, amaran kedua atau ketiga. Tindakan perlu tegas agar ianya menjadi pengajaran kepada operator-operator stesen lain.

Kempen-kempen kesedaran yang kreatif juga perlu diadakan dan berterusan untuk menyedarkan orang ramai tentang subsidi minyak yang mereka nikmati. Saya pernah lihat di Indonesia beberapa tahun lepas kain-kain rentang dengan ayat-ayat yang meruntum jiwa untuk menyedarkan rakyat mereka tentang subsidi minyak.

Yang penting penguatkuasaan jangan bermusim dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Dato Sri, laporan Utusan Malaysia 25.06.2014 menyiarkan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr. Mohd Puad Zakarshi yang meminta kerajaan menolak penglibatan syarikat asing dalam program rasionalisasi subsidi ini. Dr. Mohd Puad mempunyai asas yang kukuh dalam kenyataan itu.

Apabila seorang ahli MT UMNO yang membuat kenyataan begitu, ianya telah memberi isyarat kepada rakyat bahawa syarikat asing tersebut telah hampir pasti akan dipilih. Jika perkara yang masih samar-samar atau khabar angina masakan seorang pemimpin tinggi UMNO berani membuat kenyataan sebegitu secara terbuka?

Dato Sri, usia Dato Sri sama dengan usia UMNO. Sama-sama dilahirkan pada tahun 1946. Jadi saya yakin Dato Sri lebih menyayangi UMNO lebih daripada orang lain sayang. Sudah tentu Dato Sri tidak mahu melihat UMNO rebah dan terkulai layu. Tetapi ada kalanya kuasa dan kedudukan boleh melalaikan kita. Ibu bapa pun manusia sanggup abaikan kerana kuasa dan kedudukan. Tetapi saya yakin Dato Seri tidak tergolong dalam jenis itu

Sebagai orang penuh dengan pengalaman Dato Sri buatlah yang terbaik untuk parti dan kerajaan Dato Sri sendiri. Buatlah perkara yang tidak menimbulkan kemarahan rakyat.  Jika kita berpeluang menyusahkan sedikit pihak, pilihlah jalan itu. Jangan kita mencari musuh dengan memilih jalan untuk menyusahkan banyak pihak.

Saya akhiri warkah ini dengan ungkapan ampun dan maaf kepada Dato Sri sekiranya ada mana-mana perkataan atau bahasa dalam surat ini yang mengguris hati Dato Sri. Maafkan saya. 

Sekian.

Yang Benar,

M. Faisal R. Ahmad
Shah Alam Selangor

Facebook- Sheikh Faisal

Wednesday, June 25, 2014

Datuk Sri Najib Gariskan 6 Faktor Untuk Ahli Ahli Serta Pimpinan UMNO

Najib menggariskan enam faktor yang UMNO dan para pemimpin serta ahli-ah­linya perlu ada untuk memastikan kesinambungan parti itu dan kuasa Melayu.

Faktor pertama adalah ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul serta mematuhi arahan pemerintah dalam apa sahaja keputusan demi kebaikan setiap lapisan rakyat Malaysia.

Faktor kedua adalah kesetiaan kepada negara dan parti yang perlu diterjemahkan pada setiap pilihan raya dengan memberi kemenangan kepada calon yang telah dipilih.

Perkara ketiga adalah keberanian dalam perjuangan iaitu kita tanamkan sifat berani semasa berjuang kerana lawan akan takut pada orang yang berani dan itulah sebenarnya karakter orang Melayu.

Yang keempat adalah kesetiakawanan sama ada susah atau senang. Bila ada pilihan raya pastikan parti kita berjaya tapi kalau tahu kalah, kita bantu rakan lain untuk memastikan mereka menang.

Dua faktor seterusnya adalah kebijak­sanaan dan keikhlasan yang bagi orang Melayu, sifat ikhlas itu telah dipupuk melalui amal ibadat kepada Allah SWT yang menjanjikan ganjaran pahala.

Bagi saya faktor kedua dan keempat - kesetiaan dan kesetiakawanan - amat pen­ting dalam sesuatu perjuangan. Jika hilang kedua-dua itu maka pincanglah sebuah persatuan dan rosaklah sebuah kesatuan.

Dalam suasana politik Melayu kini yang berpecah-belah, mesej itu jelas amat pen­ting sekali.

Kita tidak boleh lagi berpecah-belah. Melayu harus bertaut kembali. Belajarlah daripada kesilapan pemimpin dan orang Melayu sejak zaman kesultanan silam dahulu. Bacalah Sejarah Melayu dan renungilah kutub-khanah bangsa itu.

Hasad dengki, tamak haloba, angkuh, bongkak, taksub, jahil, suka berkelahi membawa kelemahan dan kehancuran kepada Melayu.

Oleh itu jangan ada jugalah adu-domba oleh mana-mana pihak ke atas perhubu­ngan Najib dan Muhyiddin. Perlukah dilaga-lagakan antara kedua-duanya....?

APA LAGI CINABENG MCA DAN GERAKAN MAU...??

Datuk Seri Najib mengumumkan tambahan dalam barisan Kabinet yang menyaksikan kemasukan semua wakil-wakil daripada MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan
Timbalan Presiden MCA, Dr. Wee Ka Siong pula dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Presiden Gerakan, Mah Siew Keong turut dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga lagi Naib Presiden MCA turut dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Mereka ialah Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri;  Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Pengumuman Kabinet Oleh Najib...




Sent from my BlackBerry Z30smartphone.

Tuesday, June 24, 2014

Kejadian Dan Insiden Pergaduhan Pemilihan PKR Boleh Jamin UMNO-BN Menang Di Selangor Pada PRU Ke 14 ??


‎Segala rakaman pergaduhan sewaktu berlangsungnya pemilihan PKR bukanlah sesuatu yang baru berlaku...

Ini bukanlah perkara baru menjadi tontonan umum khususnya rakyat di Selangor. Malah pada pemilihan PKR dua tahun dulu pun insiden insiden memalukan ini sudah disajikan kepada umum

Namun begitu pada PRU ke 13, Pakatan berjaya menang besar dan menambahkan bilangan kerusi ADUN mereka dan UMNO-BN Selangor pula kalah teruk...! 

Kalau pada PRU 12 kerusi UMNO-BN ada 22 tetapi selesai sahaja PRU‎ 13 ianya hanya tinggal 12 sahaja. Rakyat di Selangor walaupun berpeluang menonton betapa huru hara pergaduhan sewaktu pemilihan PKR mereka tetap TAK mahu memilih UMNO-BN untuk membentuk kerajaan negeri...

Dimana silapnya...?

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Monday, June 23, 2014

Pengundi Gen Y Tanjung Karang Mahu UMNO Selangor Berwajah Baru. Tak Mau Old School Macam Noh Omar. Video Klip Ini Bukti


Untuk PRU ke 14 sokongan dari pengundi pengundi muda sangat penting dan dijangka bakal menjadi faktor penentu kemenangan pertarungan diantara calon calon BN dengan Pakatan Pembangkang....

Walaupun faktor kaum adalah amat penting dalam situasi politik di Malaysia tetapi fokus utama kini lebih kepada pengundian generasi muda yang dikenali sebagai Gen Y. Dijangkakan sekitar enam [6] juta pengundi baharu akan mendaftar untuk pilihan raya akan datang.

Cabaran kini adalah bukan sahaja pemuda komuniti Cina bahkan pemuda Melayu, India dan etnik lain lebih mudah mendekati perjuangan pakatan pembangkang berbanding BN.

Siapakah pemimpin BN daripada kumpulan Gen Y?
Siapakah ikon Gen Y dalam BN?

Eksperimen dan ujikaji pihak DAP pada PRK Parlimen Teluk Intan hanya 'tersilap' taktik yang sedikit sahaja..., apabila calonnya Dyana Sofya belum matang untuk berdepan dengan tekanan pihak media akhirnya menggelabah dan mengungkapkan kata kata mengenai HUDUD.
 
Natijahnya ramai pengundi PAS di Teluk Intan yang 'boikot' tidak keluar mengundi dan jika ada yang keluar mengundi mereka rosakkan kertas undi.

Yang terserlah adalah penerimaan Generasi Y terhadap calon muda dan 'menarik' seperti Dyana...!

Bila lagi UMNO Selangor boleh berubah...?

Zaman ini anak anak muda lebih terkasima dan terpesona dengan ikon ikon muda. Sudah sampai waktunya mereka yang berfikiran dan keterampilan old school seperti Noh Omar duduk diam diam dan berikan ruang kepada pimpinan muda dalam UMNO Selangor.

Rakyat di Selangor mahu melihat new and fresh faces. JOM saksikan video klip dibawah ini, sudah tiba masa untuk kita berikan ruang kepada yang muda apabila kita sudah jelas melihat bakat mereka.....




Noh Omar GUGUR...? Najib Akan Lantik Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Yang Baru.... Wajah Wajah Baru?

Sudah kendengaran angin sepoi sepoi bahasa...., "sebelum YAB Datuk Sri Najib rombak kabinet, beliau akan rombak UMNO Selangor terlebih dahulu...!"

Iya, selepas tempoh setahun selepas PRU 13, Najib sudah boleh merasai UMNO Selangor semakin lemah dan longlai dibawah pentadbiran lembap Noh Omar. Nampaknya Ahli Parlimen Tanjung Karang ini tak ada WOW Factor untuk lead Selangor... Semakin hancur, semakin lemah gemalai...!

Benchmark Noh Omar memang GAGAL setelah PRK Kajang tidak menampakkan langsung ada kekuatan BN di negeri Selangor.

Sekiranya Noh Omar memberikan alasan beliau sibuk menumpukan tugasnya di Dewan Rakyat, namun sudah ada bukti menunjukkan Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Selangor ini sering jadi bahan belasahan, bahan lawak dan ejekan barisan Ahli Parlimen Pembangkang sewaktu berbahas!

Saksikan video klip dibawah ini;




Cukup cukup sudah....! Cukuplah Noh Omar....

Hakikatnya Noh Omar memang GAGAL dan patut kena GUGUR. Rakyat di Selangor mahu melihat UMNO di Selangor berubah wajah....

Sudah tiba masanya YAB Datuk Sri Najib ubah wajah UMNO Selangor. Bariskan satu kepimpinan dikalangan ADUN Selangor yang muda dengan istilah 'fresh faces'.


SIAPAKAH YANG AKAN MENJADI PILIHAN NAJIB UNTUK LEAD SELANGOR..?
KITA TUNGGU.....

Blog MIK pernah ulas isu ini seawal bulan Mei 2013, sebelum Najib umum line-up UMNO Selangor ketika itu. Klik SINI

Sunday, June 22, 2014

DAP Kecewa..... Tidak Ada Pilihanraya Kecil DUN Bukit Assek Sarawak


Masih Ada Melayu Miskin... Masih Ada Agensi Kerajaan BN Makan Gaji Buta...?

Menitis airmata menyaksikan kesengsaraan hidup kaum melayu dalam bandar....

Kenapa masih ada Agensi Kerajaan BN yang makan gaji buta? Setiap kali bila ada pembongkaran berita barulah berbondong-bondong mereka yang bertanggungjawab menggelabah melaksanakan tugas!

Kisah menyayat hati itu ada di SINI

Friday, June 20, 2014

Kisah Dua Aziz - Tazkirah Jumaat Buat Ahli UMNO. Azeez Rahim UMNO Jauh Lebih Mulia Dari Nik Aziz PAS

PAS parti yang bertopeng islam, menggadaikan agama islam ada Nik Ajis.... UMNO pula ada Azeez Rahim!

Sementelaah menyaksikan apa yang berlaku semalam dalam sidang Dewan Rakyat, tafsirannya ialah kita berpeluang meyaksikan dua watak dalam membicarakan mengenai hal mempertahankan maruah parti masing masing...

Nik Ajis sanggup jadi barua dan tukang basuh berak pimpinan chauvinist DAP! Itu fakta, itulah hakikatnya dan ianya bukan fitnah.

Nik Ajis sebagai Bapak kepada parti PAS seharusnya istiqamah dalam perjuangan penubuhan parti yang beliau anuti dan terus menerus mendapatkan seramai ahli dan sokongan rakyat. Tak boleh berubah arah.

PAS dulunya melaungkan dan melalak sakan kununnya parti islam yang akan melaksanakan HUDUD tetapi bila mendiang Karpal Singh bersin, Nik Ajis pun menggigil-gigil dan tercungap-cungap sesak nafas....

Masih segar dalam ingatan kita apabila mana mana pimpinan PAS mula bercakap mengenai HUDUD, ianya mengundang respon segera dari mendiang Karpal. Insiden foto diatas, apakah anda sudah lupa..?

Karpal tetap dengan pendirian 'over my dead body' apabila ada pimpina PAS sebut mahu HUDUD, seterusnya Nik Ajis bergegas bawa pisau mengadap Karpal untuk memotong kek bukannya untuk bawa pisau untuk peratahankan PAS!

Nampak jelas....?

Nik Ajis tak pertahankan langsung maruah sebuah parti yang beliau sendiri ketuai... Tak ada nilai perjuangan, mengalah dengan mudah dan sanggup menggadai agamanya sendiri!

Lain pula kisahnya dengan Azeez yang dimiliki oleh parti UMNO....

Semalam wakil dari parti chauvinist DAP berkelakuan sangat biaDAP dalam sidang Dewan Rakyat. Sememangnya spesis pemakan babi keturunan CINABENG Tongsan ini terlalu biaDAP sehinggakan tidak memperdulikan tanggungjawab menghormati dewan yang mulia!

Wakil DAP Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Wong Sze Phin ketika diberikan ruang untuk berucap telah melalut, merapu dan meraban menyalahgunakan sidang dewan untuk memfitnah dan menghina UMNO...

Amat menyedihkan selaku 'rakyat Malaysia', wakil rakyat dan Ahli Parlimen, Wong Sze Phin TAK boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia...! Memalukan....!!

Malang sungguh rakyat Kota Kinabalu mendapat wakil rakyat bercakap bahasa pasar dan pelat CINABENG Tongsan dalam sidang Dewan Rakyat.

Malah sekiranya anda berikan perhatian pada video klip dibwah ini nanti saksikan pada minit ke 00;50;01 betapa bodohnya Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu membahasakan dirinya "AKU" ketika menjawab kepada Timbalan Speaker Dewan.... Sungguh biaDAP!





Sekiranya anda saksikan video diatas tadi, terbukti bahawa Azeez Rahim selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO habis-habisan mempertahankan maruah UMNO!

Imbas semula apa yang anda telah tonton prestasi Azeez;

Minit 01;48;00
Azeez:  Apek! Lu Bodoh La Apek....

Azeez:  DAP angkat wang haram....!!

Minit 02;06;00
Azeez minta Timbalan Speaker suruh Ahli Parlimen Kota Kinabalu berhenti bercakap

Minit 02;16;00
Azeez:  Lu muka serupa haram...!!

Minit 02;43;00
Azeez: U ingat sini orang [wakil BN] tak berani...?. U tak tahan nanti owhh...  Please stop, jangan melampau sangat!

Tahniah Azeez! Inilah yang kita mahukan dikalangan pimpinan UMNO. Jangan tunduk kepada kebiaDAPan juak juak wakil rakyat Pembangkang yang semakin melampau.

Berbalik kepada tajuk diatas tadi... anda nilaikan sendiri Azeez Rahim vs Nik Ajis

Thursday, June 19, 2014

Malang Sungguh Awek Awek Sepanyol...!! SUEYY World Cup 2014 Sebab Anwar Ibrahim Sokong Spain.... VIVA ESPANA!


PERMATA Negara - Wahai YB Rantau Panjang..., Biar Muka Hodoh Jangan Perangai Bodoh...!!

Walaupun ungkapan kata kata dicipta oleh seorang penggiat seni lawak seperti Jepp Sepah, "Biar Muka Hodoh Jangan Perangai Bodoh..", ianya dikira boleh digunakan sebab sangat bersesuaian dengan sifat Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang mesra dipanggil Kak Lah....

Zailah menyalak meroyan dalam sidang Dewan Rakyat, bertanyakan soalan paling bangang apabila diberikan ruang untuk bercakap!

Soalan bangang datang dari seorang yang bodoh.... Otak lembap sebab tubuh badan sudah hampir fully depreciated, al maklumlah anak sepuluh orang!


Inilah kisah hasad dengki dan iri hati seorang "Muslimah" terhadap seorang isteri Perdana Menteri....
 
Program PERMATA yang hasil cetusan dan idea bijak Datin Seri Rosmah Mansor telah cuba untuk dijadikan bahan serangan oleh Ahli Parlimen PAS yang sangat cetek pengetahuan beliau..., kesian!

Ahli Parlimen Rantau Panjang  ini bertanyakan soalan bodoh kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kasim mengenai penubuhan PERMATA yang kononnya untuk menaikkan imej Rosmah semata-mata.

Zailah juga mempersoalkan kenapa tidak perkasakan saja agensi KEMAS dan Tadika sebaliknya memberikan tumpuan pada PERMATA....?

Malang sungguh rakyat Rantau Panjang kerana mendapat seorang wakil rakyat yang bodoh hendak bertanya soalan tetapi pemalas untuk membuat sedikit penyelidikan mengenai PERMATA.

Agak agaknya Zailah terlalu sibuk untuk bersiap sedia melahirkan lebih ramai anak....! Sepuluh orang anak tak cukup....  Maka tidak hairanlah beliau menjadi pemalas untuk study dan membuat home-work.

Baca seterusnya di SINI

Azeez Jugak....! Masjid Seluruh Negara Diraikan.... Inilah Sebab Ahli PAS Di Kedah Sayang Azeez

Petang semalam bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, YAB Datuk Sri Najib telah  melancarkan program Ramadan al-Mubarak peringkat kebangsaan serta pengagihan kurma dan air zam-zam ke masjid-masjid di seluruh negara tidak kira samada masjid itu dikuasai oleh jemaah PAS atau UMNO.

Program yang bersempena kehadiran bulan Ramadhan ini diusahakan oleh Pengerusi Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Wednesday, June 18, 2014

Aksi Para Sahabat Mat Sabu Di Brazil....


Gerakan Dan MCA Jadi CINABENG Nak Pijak Kepala Pemimpin UMNO...? Majlis Tertinggi UMNO Hanya Perlu Senyum Tak Perlu Kata Apa Apa...


Teringat sekitar tahun 2009 dalam industri dunia hiburan tanahair kita telah muncul sebuah TAGLINE "Adam... Stacy... Bergabung MELETOP...! "

Adam dan Stacy adalah produk kelahiran relaiti tv Astro iaitu Akedemi Fantasia. Kedua-dua anak muda yang berasal dari Sabah ini sangat berbakat dan mereka diminati kerana persembahan yang sangat lincah dan sangat bertenaga.

Kedua-duanya bertenaga dan masih muda... Memang tepatlah TAGLINE "Adam... Stacy... Bergabung MELETOP...! ".
 
Inilah sebenarnya TAGLINE yang digunakan untuk sebuah lagu duet mereka berdua bertajuk "Menggegar Dunia".

Maka dalam industri hiburan tanahair pastilah BERGEGAR dengan gabungan tenaga Adam dan Stacy....

Berbalik kepada tajuk Blog MIK diatas sana!

Apakah impaknya dalam dunia politik tanahair sekiranya semua parti politik spesis mata sepet pemakan babi "bergabung tenaga"..? Akan Meletopp...??

Isu seperti ini sepatutnya menjadi Agenda Nombor Wahid buat juak juak chauvinist DAP. Malangnya isu ini sangat lumat diganyang oleh komponen BN sendiri iaitu MCA dan Gerakan...

Nampaknya Gerakan dan MCA sudah menjadi lebih CINABENG dari DAP dan mana mana keturunan mata sepet yang menjadi ahlol ahlol tolol PKR....

Memang benarlah bait bait lirik lagu Adam dan Stacy yang menyatakan sekiranya ada usaha bergabung tenaga ianya akan meletoopp!

Biarkan orang berkata kita pasangan tak kena
Biarkan mata-mata menjeling penuh curiga
Mereka tidak tahu hubungan engkau dan aku
Meletup bila bersatu

Walaupun kau ke kiri ku ke kanan
Kita maju ke hadapan

[itulah diantara bait bait lirik lagu Menggegar Dunia - Adam-Stacy]

Pimpinan UMNO sudah tidak boleh lagi berdiam diri dalam hal sebegini!

Nampak gayanya kepala Najib sudah mahu ditunjal oleh juak juak CINABENG dalam komponen BN sendiri.....

Mereka sudah tak ada segan silu dan sudah berani pijak kaki pimpinan UMNO yang yang lain....!

Apakah barisan kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO yang ramai hanya boleh SENYUM TAK PERLU KATA APA APA,
SENYUM TAK PERLU KATA APA APA....,
SENYUM TAK PERLU KATA APA APA......??