Sunday, August 31, 2014

Sumbangan Buat Keluarga Mangsa Terkorban Lahad Datu Jauh Lebih Besar Dari Keluarga Mangsa MH370 Dan MH17

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan tidak memberi penghormatan seharusnya kepada anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tahun lepas sebanding dengan penghormatan mangsa MH17.

Sebaliknya, beliau berkata, sumbangan kepada keluarga mangsa terkorban dalam insiden Lahad Datu jauh lebih besar daripada sumbangan kepada keluarga mangsa MH370 dan MH17.

"Apa yang kita (kerajaan) lakukan, kita tidak mahu uar-uarkan kepada dunia tetapi banyak. Satu hari nanti, keluarga (mangsa) akan rasa terpanggil untuk menyatakan apa yang kerajaan dah lakukan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, antara sumbangan yang diberi adalah pingat, kenaikan pangkat, perumahan dan pendidikan anak mangsa.

Hishammuddin berkata, maklum balas daripada keluarga mangsa insiden Lahad Datu mahupun keluarga mangsa MH17, rata-rata menyatakan mereka berpuas hati dengan penghormatan yang diberikan.

"Jadi tuduhan-tuduhan itu, saya harap berpada-pada sebab sekiranya keluarga mangsa sendiri yang menyatakan apa yang sudah kita (kerajaan) lakukan, malu mereka (Pembangkang) nanti.

"Mereka yang dahulupun hanya melontarkan tuduhan-tuduhan liar, sekarang pula nak jadi jaguh walhal kita dah bela mereka (mangsa Lahad Datu)," kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno.

Utusan Online

Video Klip Anwar Jadi Tetamu VVIP Majlis Erdogan Angkat Sumpah Sebagai Presiden Turki Yang Baru







Mursyidul Am Ada PERUTUSAN Merdeka Khas Buat Khalid Gereja Dan Rafizi Gay Boy







Friday, August 29, 2014

Mudah Jer Bro...! Kalau Korang PKR, DAP, PAS Tak Sokong Tuanku Sultan, Sila Berambus Dan Tinggalkan Selangor...!!

Rafizi si pencacai tegar Anwar melalak kata sesiapa dalam parti yang menentang Anwar, tak setuju dengan Boss nombor satu mereka itu, sila keluar dan tinggalkan PKR...!

Khalid Gereja pun sambut sahutan dengan berkokok kepada ahlol ahlol tolol PAS, sesiapa dalam saf sesat parti itu yang TAK setuju untuk sokong Wan Azizah Cap Kipas Udang untuk dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, sila keluar dan tinggalkan PAS...!

Wei wahai politikus politkus bangang dari Pakatan.... mudah jer bro! Blogger MIK cuma nak kata, kalau korang semua tak boleh hormati dan sokong Tuanku Sultan Selangor, silalah berambus dari negeri Selangor...!!!

DAULAT TUANKU..! JOM Rakyat Selangor..., Kita Ramai Ramai Menjunjung Kasih Tuanku Sultan Esok

Agendadaily

Perhimpunan rakyat 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' akan diadakan pada Sabtu ini bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu.

Perhimpunan rakyat itu anjuran 12 NGO akan diadakan selama dua jam mulai 3 petang di Padang Sultan Sulaiman (Padang Kota Raja), Klang, dan segenap lapisan rakyat diminta menyatakan sokongan mereka dengan menghadiri acara itu.

Antara NGO yang menyertai gabungan itu yang digelar Angkatan Rakyat Sedar (Aras) ialah Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Seni Tanjong Karang, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.

Bernama melaporkan Pengerusi Aras, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata perhimpunan itu bertujuan mengucapkan kesyukuran dan terima kasih rakyat Selangor atas kebijaksanaan baginda menangani isu semasa di negeri itu.

Abdul Rahim berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan lebih 2,000 rakyat Selangor pada majlis yang akan diisi dengan program seperti pertunjukan kebudayaan, pentomin yang mengisahkan situasi yang berlaku di negeri itu ketika ini dan pidato.

Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Wilayah Persekutuan, Nasiruddin Mohamad pula meminta agar rakan-rakan seperjuangannya dalam pasukan keselamatan itu turut menyertai perhimpunan berkenaan sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada Sultan Selangor.

"Kita berharap rakan-rakan bersama-sama mendaulatkan Selangor yang mana kita mempunyai sultan yang sedang menangani masalah serta isu dalam kerajaan negeri," katanya.

Pada Selasa lepas, Sultan Selangor menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda turut menitahkan pemimpin Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP - supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti sebagai calon menteri besar bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan, seterusnya memberi perkenan melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, PKR dan DAP berkata mereka tetap akan mencadangkan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal

Blog MIK Kongsi Peluang Untuk Anda Dapat DANA Besar.... Wang Besar! JOM Rebut Peluang Bersama 1M4U

DRE1M FUND

Apakah yang dimaksudkan dengan Dre1m Fund? Dre1m Fund atau Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRE1M) membekalkan bantuan kewangan untuk belia menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan dengan matlamat untuk membantu komuniti dan kumpulan sosial yang disasarkan.

Bantuan kewangan yang diberikan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembangunan belia, kesejahteraan komuniti, sukan, budaya, dan perusahaan sosial.

Langkah-langkah untuk memohon Dre1m Fund:

1. Memohon melalui laman sesawang www.im4u.com.my < Dre1m Fund < Apply for funding.



2. Daftar/log masuk dengan Facebook dan lengkapkan borang-borang yang diberi. 


3. Sebaik-baik sahaja borang-borang dilengkapkan, semua maklumat akan die-melkan ke pasukan 1M4U DRE1M secara automatik.



4. Permohonan akan dicetak dan dihantar ke jawatankuasa 1M4U untuk diteliti dan disenarai pendek. Kebiasaannya proses ini akan mengambil masa lebih kurang seminggu.

5. Bagi pemohon-pemohon yang memenuhi kriteria, pemberitahuan akan dihantar melalui e-mel untuk meminta cadangan rasmi, latar belakang, dan bajet yang diperlukan untuk menjalankan projek. 



6. Berikut merupakan contoh tindak balas dari pemohon yang telah disenarai pendek dengan maklumat yang berkaitan.



7. Setelah lengkap semua formal, bajet, cadangan, dan latarbelakang, jawatankuasa iM4U akan mengadakan kajian terakhir dan meluluskan cadangan tersebut. Cek akan dikeluarkan sebaik sahaja kelulusan diterima. Keseluruhan proses mengambil masa sekurang-kurangnya 1-1.5 bulan. 


8. Semua permohonan yang berjaya perlu menyiapkan projek-projek dan menyediakan laporan mengenai projek tersebut berserta dengan bil, gambar, video dan bahan-bahan lain yang diperlukan.

KELAYAKAN PERMOHONAN

· Mestilah berwarganegara Malaysia

· Individu yang berumur 18-40 tahun atau badan organisasi

· Badan organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan

· Entiti undang-undang Malaysia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Belia

· Lokasi projek di Malaysia

· Permohonan maksimum adalah sebanyak 2 kali secara kolektif bagi setiap individu



SOROTAN UTAMA Dre1m Fund

1. Stop The Hunger – Kesejahteraan Komuniti/Sukan. Aktiviti ini dijalankan untuk menghasilkan kesedaran kepada para belia terhadap kepentingan melakukan amal dan kerja-kerja sosial.

2. G.R.O.W (Go Recycle Organis Waste)- Perusahaan Sosial. Para belia mengitar semula sisa organik untuk menghasilkan baja bio-organik.

3. Mengelakkan kegiatan keganasan dan samseng di sekolah-sekolah Tamil – Kesejahteraan Komuniti. Sukarelawan yang menjadi ‘Abang Besar atau Kakak Besar’ bertindak sebagai model peranan dan membantu dalam memudahkan sesi-sesi dan aktiviti-aktiviti sukan.

4. Kem Inovasi Sosial – Pembangunan Belia. Tujuannya adalah untuk menggalakkan para belia untuk menjadi lebih berani dalam menginovasikan teknologi baru untuk masa depan.

5. Play It Forward – Budaya/ Seni. Persembahan Play It Forward muzik dan amal seni telah mengumpulkan penyanyi-penyanyi tempatan, artis-artis dan penari-penari untuk mengekspresikan seni mereka dan mengumpul dana untuk komuniti, khususnya memberi keuntungan kepada Mercy Malaysia dan projek keusahawanan sosial.

6. 72 Hours Swimming For Miracles – Kesejahteraan komuniti/Sukan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran diri terhadap kepentingan menolong orang yang memerlukan.

7. iM4U Health Walk 2013. Program ini dijalankan untuk meningkatkan semangat kesukarelawan di kalangan belia di Perlis dengan kolaborasi Jabatan Kesihatan Perlis.

8. “Are you in the PINK of Health” Karnival Kesedaran Barah Payudara – Kesejahteraan Komuniti. Menjalankan pemeriksaan kesihatan dan meningkatkan kesedaran terhadap barah payudara.

9. SPARTFEST! – Pembangunan Belia. Tujuannya adalah untuk menggalakkan para belia untuk lebih berani dalam mengekspresikan kreativiti dan mempamerkan bakat-bakat mereka.

10. Holi 2013 – Budaya. Mempromosikan warisan masyarakat India Utara di Malaysia yang berwarna-warni.


HANYA PERLU KLIK PADA IKLAN 1M4U YANG TERLETAK DI RUANG SEBELAH POSTING BLOG INI. ATAU ANDA BOLEH KLIK DI SINI

Thursday, August 28, 2014

PENGAKUAN EXCLUSIVE...! Anwar Pun Tak Mampu Lakukan Hubungan Seks Dengan Tiga Wanita Serentak....

Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.

Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami.
 
Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.

Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya.
 
uzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.

“Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah.

“Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka.

Suzila berkata, selepas kembali ke Malaysia, dia dimaklumkan beberapa pusat tahfiz milik bekas suaminya di negara ini ditutup apabila dikesan melakukan penipuan, manakala pusat di Mesir pula beroperasi secara haram kerana tidak berdaftar.

Katanya, satu lagi salah laku bekas suaminya ialah mengarahkan semua isteri barunya selain isteri pertama mengambil suntikan pencegah kehamilan kerana dia tidak mahukan anak.
 
Bekas isteri ketiga ustaz terlampau yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana pula berkata, dia mengahwini bekas suaminya itu dengan niat mendapat bimbingan agama dan menjadikan lima anaknya dengan suami pertama seorang tahfiz.

“Saya tidak mengenalinya, tapi apabila dipinang isteri pertamanya dan dimaklumkan latar belakang suami yang mempunyai ilmu agama tinggi, saya sanggup jadi isteri ketiga demi menjamin masa depan lima anak saya,” katanya.

Ariana berkata, dia sanggup meninggalkan perniagaannya demi mengikut guru tahfiz itu ke utara tanah air dan menjaga pusat tahfiz di sana.Bagaimanapun, katanya, pada malam pertama perkahwinan dia terkejut apabila isteri pertama berada dalam bilik tidur sebelum mereka bersama-sama melayan suami.

Lebih menghairankan dia mendakwa madunya itu turut seronok dan begitu ghairah melakukannya. “Saya hairan dan jijik dengan sikap mereka berdua, tapi apabila saya mempersoalkannya, bekas suami memberitahu ‘nabi pun lakukan perkara sama’. Saya mengatakan tidak pernah dengar atau terbaca dalil mengenai perkara itu.“Namun, bekas suami mengatakan hanya orang terpilih seperti dirinya mendapat dalil itu dan saya jahil sebab itu tidak pernah mengetahui dalil itu.

Saya terpaksa merelakan diri diperlakukan seperti itu. Bila menentang, saya dituduh tidak taatkan suami,” katanya. Selain itu, Ariana mendakwa sepanjang berkahwin lebih setahun, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM200 sebulan menyebabkan dia bersama anak ada kalanya terpaksa menahan lapar.

Berikutan sudah tidak sanggup bersubahat dengan perbuatan suaminya yang dianggap menghina Rasulullah, Ariana menuntut cerai pada bulan lalu.“Namun, sebelum bercerai saya terpaksa mencari seorang lagi wanita untuk dijadikan isterinya dan kini saya tidak mengetahui berapa ramai isterinya,” katanya.

Anda Pasti Akan TERHIBUR Menonton Video Klip Ini.... SEBAARKAANN






Wednesday, August 27, 2014

Last Minute MOVE...! PKR Namakan Nik Nazmi Calon MB Selangor


PKR dan DAP mungkin mahu Presiden PKD Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon mereka untuk menteri besar Selangor tetapi keyakinan semakin meningkat ketua Pemuda PKR yang baru terpilih Nik Nazmi Nik Ahmad bakal menjadi pilihan untuk memegang jawatan itu selepas Sultan Selangor meminta lebih dua nama untuk memudahkan baginda membuat pilihan.

Menurut sumber PKR, nama Nik Nazmi mula disebut sebagai calon ketiga selepas Dr Wan Azizah Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebelum keputusan akhir pemilihan Pemuda diumumkan baru-baru ini.

"Nik Nazmi sekarang orang yang paling kanan dalam PKR selepas selepas menang jawatan ketua Pemuda baru-baru ini. Jadi amatlah wajar beliau dipilih sebagai calon ketiga itu," kata sumber itu.Nik Nazmi, 32, adalah timbalan speaker yang juga Adun Seri Setia. Beliau juga bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum jawatan itu diambil alih oleh Faekah Husin.

Beliau diumumkan sebagai pemenang jawatan ketua Pemuda dalam Kongres PKR baru-baru ini walaupun ketika pengumuman keputusan awal dibuat, nama Adun Batu Caves Amirudin Shaari sentiasa mendahului beliau.
 
Seterusnya...., di SINI
 

Sebenarnya Bukan Ikan Sepat Kering Cap Kipas Udang Yang Anwar Mahu Jadikan MB Selangor....!

Kredit - The Chulan

 
 
Orang kalau tersepit macam macam dia boleh buat.  Orang kena kejar anjing lompat pagar tinggi 1 meter pun mampu.

Cuba bayangkan diri jadi orang tersepit bakal masuk jel dan sudah habis dana beratus juta tapi masih belum jadi PM. Cuba sejenak fikirkan dan selami jiwa orang itu.

Bayangankan juga " time is not on his side and age is catching up" . Mahu tunggu 4 atau 5 tahun lagi ke?

Menama kan isteri sebagai calon MB sambil mengetahui Al Sultan tidak menyukai nya, apa motif?

Yang parti pandai agama usah di ikut lagi, mereka ahli politik full time memakai baju agama.

Macam di Chow Kit Road dulu ada puak suka jual nombor ekor tepi jalan, tapi bersyarat selepas beli kena terus jalan tanpa boleh toleh belakang.

Yang jahil dan bebal pun berebut beli satu nombor dalam gulungan timah di jual harga RM10.00, untuk nombor bakal keluar pada cabutan esok hari.

Tapi kalau guna kan akal berfikir, si penjual nombor pun datang naik bas hari hari lagi nak nak kasi orang lain kaya kena nombor ramalan dia.
Dia sendiri tak kaya kaya.

Jadi parti logo agama pun macm tu juga. Sendiri tak terislam , lagi nak gebang Islam pada orang lain, udah nya ahli sendiri engkar perintah tok guru dan sokong orang kuat maksiat sebagai ketua.

nah sekarng hari hari timpa bala terima padah.

Ah macam tu lah juga dengan keadaan sekarang di negeri Selangor.

Apa kah yang nak sangat isteri jadi MB tak tahu apa yang betul apa yang tak betul?

Apa kah nak sangat isteri jadi MB tak jangka Sultan akan tolak?

Apa kah dia rasa sultan mahu pecah tradisi ratusan tahun masuk ke persidangan Majlis raja raja di iringi MB wanita pertama?

Dia tahu lah semua itu.Bukan dia tak tahu.

Dia miliki rencana lagi besar. Dia melaporkan diri bukan dengan orang dalam negara, Boss dia di jauh sana.....


Jika akhir nya isteri dia berjaya di MB kan itu bonos, Jika tidak diterima , ia bonos lagi besar.

Apa kah kamu ingat badan ini di tubuhkan untuk apa?

 
Di Malaysia ada ramai orang perasan pandai agama, pakai religious garb, tapi jadi alat. Jadi barua.

Mereka mendekati orang yang tidak utamakan agama. Jika quran arah jauhi maksiat, puak perasan pandai agama ini dekati mereka yang maksiat. Nah sekrang mereka tumpang kalam kabut sama, tunggang langgang parti sendiri walaupun problem nya milik parti lain.

In Malaysia there are obstacle that hinder them form steamrolling the Malays.

1) Islam 2 ) The Malay Sultan.

How to Singapore the Malaysian with this 2 stumbling block?

Buat sesuatu yang boleh nampak kan Sultan menjadi penghalang pilihan demokrasi, lalu jadi kan roadshow untuk menceritakan nya.

Its a win win situation utuk dia,

Kalau tak percaya tunggu dan lihat, untuk rakyat negeri Selangor yang tangan memangkah parti penuh songsang hasil terdengar ceramah fitnah dan kebencian ini sahaja yang mampu di pesan, "damn if you do , damn if you dont".

Kenali lah watak yang kamu kalian sokong, kalau baru nak kenal susah lah.

Anwar Terpaksa Cari Mangsa Baru....??

SUMBER

Semalam, Anwar Ibrahim dengan penuh yakin, seyakin dia dengan temberang 16 Septembernya, telah memberitahu para wartawan di kaki tangga Mahkamah Kuala Lumpur yang DYMM Sultan Selangor telah memperkenankan isterinya, Wan Azizah untuk menghadap baginda.
 
Kononnya kerana protokol dan prosedur, maka DYMM Sultan Selangor berkenan menerima penghadapan Khalid Ibrahim dahulu dan selepas itu, barulah tiba giliran Wan Azizah pula. (rujuk SINI)

Malangnya ia langsung tidak berlaku sebagaimana yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim. Sebaliknya apa yang berlaku ialah, nama Wan Azizah telah ditolak buat kali kedua sebagai calon Menteri Besar Selangor, bahkan DYMM Sultan Selangor telah menitahkan agar PKR, DAP dan PAS mengusulkan dua nama dari setiap parti sekurang-kurangnya untuk jawatan tersebut yang bakal dikosongkan oleh Khalid Ibrahim selepas penangguhan perletakan jawatannya ditarik balik oleh Tuanku kelak.

Ini mengingatkan kita semula kepada temberang SUPER GABANnya apabila dia gopoh memberikan tawaran berupa jawatan kepada para pemimpin UMNO termasuklah Menteri Luar, Anifah Aman bagi membolehkan dia menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam satu penggulingan kuasa pada 16 September 2008.

Semalam, Anwar menafikan tawaran tersebut....  Dia masih cuba menegakkan benang basah bahawa Ahli AHli Parlimen Barisan Nasional yang mahu menyeberang dan menyeratai kerana mereka sangat yakin dia akan menjadi Perdana Menteri Malaysia

Samalah juga dengan cerita Wan Azizah diperkenankan untuk menghadap DYMM Sultan Selangor kerana dia telah menghantar surat ke Istana Selangor memaklumkan perkara itu pada minggu lepas.
 
Dua kali dia menghantar surat, kali pertama atas namanya sendiri dan kali kedua, atas nama Wan Azizah. Kali pertama ditolak dan kali kedua, tiada sebarang kenyataan dari Istana Selangor.

Namun isyarat yang diberikan oleh Istana Selangor semalam ialah, Wan Azizah ditolak lagi buat kali kedua!

Semalam DYMM Sultan Selangor telah menerima perletakan jawatan Menteri Besar Selangor oleh Khalid Ibrahim.
 
Bagaimanapun, perletakan jawatan tersebut ditangguhkan terlebih dahulu bagi membolehkan baginda memilih calon Menteri Besar Selangor yang baru daripada Pakatan Rakyat (PKR, DAP dan PAS).

PAS bagaimanapun, telah disishkan oleh PKR dan DAP kerana enggan memberikan taat setia kepada Wan Azizah Cao Kipas Udang.....!

Tuesday, August 26, 2014

Khalid Pernah Cover Line Wan Azizah.... TAPI Sekarang Khalid Jadi Kucing Kurap. Minit Ke 01;33;00 Video Klip Ini Sebagai Bukti....







Guna Kipas Tangan Sewaktu Adakan Hubungan Seks Adalah STYLE Trend Terkini...?

 
Klik SINI

Konfim...? Saari Sungib Bakal Dipilih Sebagai Menteri Besar Selangor Yang Baharu...?

Kredit - Blog Akar Umbi

Apabila mesyuarat khas AJK PAS Pusat semalam membuat ketetapan untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan individu yang bakal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, maka Adun Hulu Klang Saari Sungib sudah boleh memasang angan-angan untuk dilantik kejawatan berkenaan.

Antara faktor yang meletakkan Saari Sungib dalam keadaan paling sesuai untuk dilantik sebagai MB Selangor ialah beliau merupakan salah seorang dari kalangan Adun PAS yang terawal untuk memihak kepada keputusan PKR untuk melucutkan Khalid dari jawatannya,

Mengambil kira setiakawan Saari yang begitu kuat terhadap PKR dan DAP, hingga sanggup membelakangkan keputusan Majlis Syurah Ulamak PAS maka tidak sukar baginya untuk mendapatkan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tentunya amat sukar bagi PAS untuk menolak Saari, tambahan pula beliau belum lagi dikenakan tindakan tata tertib oleh Majlis Syurah Ulamak yang merupakan lembaga tertinggi yang mengatasi Lembaga Disiplin PAS.


Jika merujuk kepada kepada krisis-krisis MB Selangor yang terdahulu, seperti undi tidak percaya kepada Dato' Harun Idris dan penunduran sukarela Tan Sri Abu Hasan Omar, kedua-dua mereka telah digantikan oleh Adun dari berketurunan Jawa.

Harun telah diganti oleh Dato' Hormat Rafie sementara Dr Mohd Khir Toyo mengambilalih tempat Abu Hasan yang kebetulan kedua-dua mereka berketurunan Jawa.

Kalau perkara itu diteladani, maka tidak hairanlah Saari boleh tersenyum dan mengangkat jari jempul sambil memasang angan-angan agar dirinya diperkenankan!

Monday, August 25, 2014

VALUE Dan Nilai Maruah Pimpinan PAS Dibawah Tapak Kaki Rafizi...?


SUMBER

PAS tidak perlu kacau PRK DUN Pengkalan Kubur. Serahkan sahaja kepada PKR untuk bertanding di situ. Lagipun, sebarang keputusan kalau PAS bertanding di DUN Pengkalan Kubur tidak akan memberikan sebarang perubahan dalam Kerajaan Negeri Kelantan.

Begitu juga kalau hari ini, keputusan di Selangor ialah, DUN Selangor dibubarkan. PAS perlu meletakkan calon di semua tempat yang mempunyai pengundi campuran yang ditandingi oleh PKR sebelum ini. Dan yang lebih penting, PAS jangan sesekali menghulurkan bantuan kepada PKR termasuklah undi walau satu pun kepada mana-mana calon PKR.

Kalau perlu, boikot sahaja mana-mana calon PKR tanpa perlu kita mengundi calon UBN.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang masih gagal menjawab atau membuat laporan polis berhubung pendedahan dokumen Langkah Kajang walaupun dia cuba menafikannya serta menyatakan dokumen tersebut adalah palsu, benar-benar telah mencabar dan meremehkan bantuan serta pertolongan PAS kepada PKR selama ini.

Dengan mengajar PKR, bermakna kita juga akan mengajar DAP sekaligus memandangkan DAP sebenarnya yang berada di belakang PKR dan DAP jugalah yang menggunakan PKR untuk memperdayakan PAS dengan fantasi Pakatan Rakyat.

Sudahlah PAS dipersalahkan tentang kemelut dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang dicetuskan sendiri oleh PKR, Rafizi Ramli pula mengatakan, PKR tidak memerlukan PAS untuk menawan semula Selangor kalau DUN Selangor dibubarkan dan untuk mencapai kemenangan di DUN Pengkalan Kubur.

Ini masanya untuk kita mengajar, siapa sebenarnya yang lebih kuat dan lebih penting.

Sudah sampai masanya, PKR yang sedang kalut untuk menyelamatkan Dinasti Anwar dan Anwar sendiri daripada dipenjarakan menerusi argumen-argumen bodoh mereka, diajar sehingga mereka terduduk dan tertiarap.

Manusia angkuh, sombong dan bongkak seperti para pemimpin PKR, tidak harus diberi muka langsung. Mereka terlalu memandang hina orang lain terutama sekali dari PAS yang disifatkan sebagai jumud, kuno dan hidup di padang pasir. Mereka juga terlalu perasankononnya mereka lebih bijak, lebih pandai mengatur strategi dan lebih pandai memanipulasi.

Sekarang kita pula mengambil giliran untuk memberikan tunjuk ajar sebenar kepada golongan bodoh sombong itu. PRK DUN Pengkalan Kubur dan Pilihanraya Negeri Selangor adalah medan terbaik untuk kita mengajar PKR dan DAP selain mengecewakan golongan PARASIT di dalam PAS.

Apa Kesudahannya Rafizi Dengan Laporan Polis Dokumen Kajang Move....?

Kredit to Blog The Flying Kick

Rafizi Ramli pucat-pucat mukanya bila dokumen KAJANG MOVE tiba-tiba terpacul dan beredar di Internet dan media sosial lain dengan pantas. Nak salahkan orang tertentu dari kem Khalid Ibrahim, Rafizi tahu, buat saja macam tu, maknanya memang sahlah dokumen tu dia yang karang dan dia yang arahkan, macam Buku Jingga.

Jadi, mahu tak mahu, terpaksalah Rafizi membodohkan dirinya dengan menyatakan dokumen KAJANG MOVE yang dah terdedah itu sebagai dokumen palsu bikinan UMNO. Bukti pemalsuan dokumen tersebut adalah EYES ONLY bukannya PRIVATE and CONFIDENTIAL.

Dengan kata lain, Rafizi Ramli cuba membodohkan rakyat Malaysia dengan permainan istilah Bahasa Inggeris yang sebenarnya lebih tepat penggunaan EYES ONLY berbanding Private and Confidential.

Dah nak masuk seminggu, haram tak ada satu tindakan saman atau laporan polis pun yang dibuat oleh Rafizi Ramli. Malahan sanggahan hanya dibuat pada hari pertama sahaja, tetapi selepas EYES ONLY menjadi hujah menolak pembohongan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR yang sedang cuba menarik PAS untuk terus menjadi macai PKR, mendiamkan diri dan pura-pura tak dengar atau tak mahu bagi respons.

Dia dah cuba untuk mewujudkan satu gelombang serangan ke atas dirinya di luar dari konteks dokumen KAJANG MOVE dengan ciptaan cerita kononnya dia berskandal dengan seorang wanita kulit putih bernama KRISTI yang kemudiannya, Kristi itu adalah nama kucingnya.

Sedangkan di dalam Internet atau bahan bercetak lainnya, nama Kristi yang mempunyai kaitan dengannya, langsung tidak disebut. Malah tiada langsung cerita tentang skandal Rafizi Ramli dengan wanita kulit putih sebagaimana yang didakwanya. Rafizi Ramli barangkali tak tahu, kalau benarlah ada cerita skandal dia dengan wanita kulit putih atau wanita Afrika dari Congo sekalipun, pasti akan gempar kerana rata-rata, ramai percaya Rafizi Ramli mempunyai nafsu songsang!

Dokumen KAJANG MOVE merupakan pendedahan tentang besarnya subversif dan gerakan jahat yang diatur oleh Rafizi Ramli semata-mata untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dan anak beranaknya. Rafizi tahu tentang hal itu. Dan dia juga tahu, kalau dokumen tersebut mengheretnya ke mahkamah, dia akan dikenakan hukuman yang sangat berat jikalau terbukti bersalah.

Sebab itulah dia enggan membuat laporan polis. Sebab itulah juga Rafizi enggan mengambil sebarang tindakan undang-undang, padahal dia dan laporan polis serta saman-menyaman, adalah sedarah sedaging, senafas senyawa, tak boleh dipisah ceraikan ibarat daging dengan tulang.

Tiba-tiba sahaja Rafizi Ramli jadi jantan lembut yang budiman?

Pelik, tak sebab sampai ke hari ini Rafizi Ramli tetap enggan buat laporan polis dan cuba mengalihkan isu Dokumen KAJANG MOVE kepada isu menyerang PAS, sedangkan kalau tak ditolong oleh PAS, Rafizi Ramli tidak akan jadi Ahli Parlimen Pandan!

Sunday, August 24, 2014

PENUTUP Laporan Misi Ke GAZA.... Video Klip Ini Khas Buat Azeez Rahim

Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestine ke GAZA berakhir petang semalam dengan kepulangan ketua misi YB Datuk Seri Azeez Rahim yang mendarat di Lapangan Terbang KLIA jam 5.22 petang dengan menaiki pesawat Egypt Air dari Cairo.

Blogger MIK berpeluang untuk kali kedua menyertai misi ini dimana yang pertama kalinya dahulu pada misi Road To Gaza 2 bulan Disember tahun 2012.

Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan membawa masuk 100 kanak-kanak Palestin yang tercedera akibat serangan tentera Israel ke negara ini bermula minggu depan.

Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka akan dibawa secara berperingkat untuk mendapatkan rawatan ekoran kecederaan di perut dan anggota badan lain selepas terkena bedilan senjata rejim zionis.
Sehubungan itu, kita sedang bekerjasama dengan beberapa hospital di Mesir untuk menempatkan mereka buat sementara waktu di sana.
"Kita sedang berusaha menyelesaikan proses dokumentasi untuk membolehkan mereka dibawa ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas tiba dari Kaherah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Yang turut hadir Duta Palestin ke Malaysia, Dr. Anwar Hamadto Kassem Al-Agha.



Saturday, August 23, 2014

Updates 20 GAZA - Datuk Azeez Bersama Pasukan Misi Sudah Tiba Lapangan Terbang Cairo Untuk Berangkat Pulang

‎Jika segala-galanya berjalan mengikut jadual Datuk Seri Azeez Rahim selaku ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestine ke Gaza akan berangkat pulang sebentar lagi.

Waktu sekarang diKaherah  ialah jam 10.00 malam 22 Ogos (waktu Malaysia 3.00 pagi 23 Ogos 2013). Azeez bersama pasukan misi sudah tiba di kaunter check in ruang berlepas di Cairo International Airport.

Pasukan misi ini dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA jam 5.55 petang, Sabtu 23 Ogos 2014.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Friday, August 22, 2014

Updates 19 GAZA - Azeez Bersama Pasukan Misi Bantuan Rakyat Palestine Berangkat Pulang Ke Tanah Air Malam Ini.

‎Malam ini jam 11.55 waktu Kaherah ( 4.55 pagi 23 Ogos waktu Malaysia) Datuk Seri Azeez bersama pasukan Misi ke Gaza akan berlepas pulang dari Cairo International Airport.

Azeez bersama rombongannya dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA jam 5.55 petang hari Sabtu 23 Ogos 2014.

Semoga Allah swt permudahkan segala urusan. Amin...!

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Updates 17 GAZA - Dari Pejabat Kedutaan Malaysia Di Kaherah Mesir

‎Petang tadi sekitar jam 2.00 petang waktu tempatan di Kaherah, Mesir (7.00 malam waktu di Malaysia) bertempat pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah satu sidang media telah diadakan oleh Datuk Seri Azeez Rahim.

Azeez selaku Ketua Misi Road To GAZA 3 Misi Bantuan Kemanusiaan bersama TYT Datuk Ku Jaafar Ku Shaari Duta Besar ke Mesir - Palestine d‎an H.E Dr Anwar Al Agha Duta Palestine di Malaysia telah menceritakan pengalaman mereka selama 4 hari di bumi Gaza.

Menurut Azeez, misi ini boleh disifatkan berjaya dimana 40 tan bekalan ubat-ubatan dan makanan asas telah berjaya diserahkan di beberapa hospital seperti Al-Shifa, Al-Quds. Begitulah juga dengan bekalan makanan yang berjaya diserahkan kepada rakyat Palestine di Gaza City, Khan Younis, Shejaiya dan beberapa daerah lagi di bumi Gaza.

Wakil misi ini iatu Datuk Seri Azeez, Datuk Ku Jaafar dan ‎Dr Anwar telah dibawa menziarah tempat tempat bangunan robohan yang menjadi mangsa bedilan ganas Yahudi Zionist sebelum sesi menyampaikan bantuan bekalan makanan dijalankan.

"Syukur kehadrat Allah swt kerana kejayaan Misi ini sekaligus membuktikan negara kita Malaysia tetap bersama rakyat Palestine dalam apa jua keadaan sekalipun termasuklah dalam keadaan perang.." tambah Azeez lagi.

Sewaktu dalam perjalanan untuk keluar dari Gaza setelah selesai melaksanakan misi Azeez bersama dua Duta mengesahkan ada berlaku bedilan serangan udara tentera Yahudi Zionist iaitu tamat tempoh gencatan senjata.

Syukurlah ketiga tiga wakil negara kita ini berjaya keluar dari sempadan Rafah dengan selamat pada jam 3.00 petang (jam 8.00 malam waktu Malaysia) hari Rabu 20 Ogos 2014.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Thursday, August 21, 2014

SUBHANALLAH....! Sahabatku Dari Gaza Di Kaherah Memuji Video Klip Ini

Semalam salah satu posting dari Blog MIk telah menyiarkan video klip menyayat hati untuk tatapan umum agar dapat merasai derita dan tangisan rakyat Palestine di Gaza.

Biarpun video klip yang dihasilkan ini dalam versi bahasa kebangsaan kita, namun matlamat untuk berkongsi maklumat keadaan sebenar penderitaan rakyat Gaza menyentuh perasaan sesiapa sahaja didunia ini...!

Saksikan semula video klip yang mendapat pujian sahabat dari Gaza yang masih berhubung dengan Blogger MIK seperti anda lihat diatas sana screen capture chat whatsapp diantara kami berdua;


video

Updates 15 GAZA - Malam Tadi Jam 8.30 Waktu Malaysia Azeez Bersama Dua Duta Berjaya Keluar Dari Rafah Dengan Selamat

Alhamdulillah Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestine, YB Datuk Seri Azeez Rahim telah berjaya menyerahkan 20 tan ubat-ubatan kepada pihak Hospital Al-Shifa, Al-Quds dan beberapa hospital lain di Gaza.

20 tan makanan juga telah diagihkan disekitar Gaza seperti Gaza City dan Khan Younis. Walaupun tanpa tenaga sukarelawan yang dihalang masuk, misi bantuan tetap berjaya dilaksanakan oleh Azeez dan dua Duta dengan bantuan sukarelawan tempatan di bumi Gaza.

Wednesday, August 20, 2014

Tangisan Anak Kecil GAZA... Video Klip Ini Pasti Akan Mengundang Airmata Anda..!

Blogger MIK ingin berkongsi dengan anda semua sebuah video klip yang dihasilkan oleh sahabat sahabat media dari RTM yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestine - Road To GAZA 3 yang diketuai oleh Datuk Seri Azeez Rahim.

Rakaman dibuat sewaktu pasukan pertugas media dibawa melawat keadaan rakyat Gaza yang menerima rawatan di hospital di Keherah Mesir. Saksikan video klip ini;

video





Tuesday, August 19, 2014

Perkhabaran Azeez Dari Bumi GAZA....! Anda Sebagai Muslim WAJIB Tonton Video Klip Ini







GAZA dan Azeez Ibarat Lagu Dan Irama Tak Boleh Dipisahkan....! Updates Dari Gaza Dan Laporan Bergambar

Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestine YB Datuk Seri Abdull Azeez Rahim yang sudah menjejakkan kakinya di bumi bertuah Gaza telah pun selesai mengagihkan bekalan makanan dan kepelrluan asas kepada 2,00 keluarga rakyat Palestine di Khan Younis selatan Gaza.

Hospital Abu Yusof Al Najar di rafah juga telah menjadi tempat persinggahan Azeez bersama Duta Malaysia Datuk Ku Jaafar dan Dr Anwar Al Agha Duta Palestine. Masa diluangkan untuk melawat dan menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestine yang cedera setelah menjadi mangsa serangan bom tentera Yahudi Zionist.