Tuesday, September 30, 2014

Apabila UMNO Menang Besar Di Pengkalan Kubur... Siapa Yang Layak Dapat Kredit...? Tok Pa, Muhyiddin Wajib Baca Nie

Hampir seminggu berlalu Pilihanraya Kecil N01 DUN Pengkalan Kubur.....

Kita semua sudah sedia maklum dengan keputusan yang rasmi, UMNO mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubur. Calon UMNO yang menjadi taruhan Ustaz Mat Razi memperoleh majoriti 2,635 undi, meningkat 899 berbanding 1,736 undi yang diperoleh penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada PRU 13.

Dalam akhir babak filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee "Nujum Pak Belalang", masih segar dalam ingatan kita bait bait dialog adegan teka teki;
Dato' Ahli Junum Negara Masai bertanya kepada Ahli Nujum Negara Beringin Rendang lakonan P Ramlee,

"Dimanakah terletaknya kekuatan Laksaman Hang Tuah...? "

"Di kerisnya kah..? Atau di tenaganya kah...? "

Kembali kita kepada kisah Pilihanraya Kecil DUN Pengakalan Kubur, setelah UMNO mencipta kemenangan yang besar, maka akan berkumandang soalan siapakah yang menjadi tulang belakang kemenangan ini...?

JENTERA PEMUDA UMNONYA KAAAHHH...??

JENTERA PUTERI UMNONYA KAAAHH...??

JENTERA WANITA UMNONYA KAAAHH...??

ATAUPUN KERJA 'BLACK OPS' YANG TAK DISUKAI OLEH TOK PA..?

Kemenangan sudah tercipta! Ustaz Mat Razi sudah bergelar YB menjadi wakil rakyat menyambung amanah yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

Apabila kemenangan diperolehi, maka ramai juga yang mahu 'claim credit' mendabik dada kunuunnya dialah tunggak kekuatan kemenangan UMNO di Pengkalan Kubur....!

SILA BACA, KUPASAN DAN ULASAN YANG BERNAS ADA DI SINI.

Banjir Kilat Kajang - ADUN Kajang Cap Kipas Akan Salahkan BN

Tunggu dan lihat....!

Just wait and see...!!

ADUN Kajang Si Ikan Sepat Kering Cap Kipas akan tetap salahkan kerajaan BN setelah berlakunya banjir kilat di Kajang petang semalam.

Budaya dan sindrom menyalahkan orang lain yang menjadi amalan Anwar memang sebati dengan darah daging ahli keluarganya.

Monday, September 29, 2014

Sunday, September 28, 2014

Piala Sultan Selangor 2014 - Datin Isteri Menteri Besar Selangor Minat Team Red Giant....

‎Apa khabar Broker dan Barua Kajang Move...?

Ada dua ekor Broker dan Barua Kajang Move yang kini membisu seribu bahasa. Senyap dan sunyi....!

Projek Kajang Move gagal dan janji mereka berdua, ikrar dan komitmen mereka berdua kepada si Peliwat untuk menobatkan Ikan Sepat Kering Cap Kipas menjadi MB terbukti GAGAL...!!

Selamat Pagi Rafizi
Selamat Pagi Saifuddin Nasution

Sent from my BlackBerry Z30  smartphone.

Friday, September 26, 2014

BENARKAH Noh Omar Pernah Berbangga Bercerita Isteri Ketiganya Hebat Diranjang...? Masya Allah Apa Nak Jadi UMNO Selangor...??

Astagfirrullaaah...! Mengucap panjang...., urut dada sebab terperanjat dengan sikap Pengerusi UMNO Selangor ini.

Lihatlah sendiri diatas sana screen capture pendedahan yang dibuat oleh sebuah laman blog!

Ketika PKR dan Pakatan mendepani kemelut MB Selangor dan krisis kepimpinan dikalangan mereka kita sedari UMNO Selangor seperti tak bernafsu langsung untuk memgambil peluang meyakin rakyat dinegeri ini untuk kembali menyokong BN.

JOM kita baca sedikit apa yang didedahkan;
Mana pendekar-pendekar UMNO Selangor? Mana Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang sibuk ligan projek untuk diri sendiri? Mana para pegawai UMNO Selangor? Mana wakil UMNO Selangor dalam MKT yang macam tak tahu nak buat apa? 
Khabarnya, Noh Omar tak minat untuk bercakap tentang negeri. Di Langkawi, sewaktu Retreat Backbenchers, antara perkara yang sibuk Noh Omar perkatakan adalah bagaimana isteri ke-3 nya adalah seorang wanita yang hebat di ranjang!
Cerita itu yang disampaikan kepada MP-MP lain. Konon dengan cabaran kepada MP lain, bahawa dia seorang sahaja yang boleh berkahwin 3, dan masih disayangi oleh PM.
 Kalau inilah mentaliti pemimpin di Selangor. sekadar membuka cerita dalam kelambu, soal kehebatan isteri masing-masing di ranjang, rasanya Azmin akan jadi seorang MB yang sangat produktif dan hebat. Tak perlu risau pasal UMNO/BN.
Azmin hanya perlu uruskan hati Anwar dan Wan Azizah, dan urusan negeri akan berlangsung dengan baik.
Sampai bila PM nak letak amanah kepada Noh kalau setakat itu sahaja mentalitinya. Setakat cerita isteri hebat di ranjang, ....... baca seterusnya di SINI

Bila DAP Dan PKR Tak Bantu PRK Pengkalan Kubur Bukti PAS Tak Mampu Sendirian. Baca Luahan Hati YB DAP Selangor


Thursday, September 25, 2014

Tolonglah Baca Penjelasan Ustaz Kazim Yang Ini... Pasti Anda Akan Faham Betapa Rosaknya Pemikiran Pimpinan PAS

SUMBER

USTAZ Kazim Elias telah digandingkan bersama Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di dalam sebuah forum yang telah berlangsung di SMK Geting di PRK Dun Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

Apa yang menariknya adalah Ustaz Kazim dengan cukup tenang telah menjawab satu "soalan maut" seorang hadirin yang bangun untuk menyoal ahli panel dengan soalan yang berbunyi:

MENGAPA UMNO MENOLAK HUKUM HUDUD YANG TELAH DILULUSKAN OLEH DEWAN DUN KELANTAN YANG DIBAWA OLEH PAS SEBELUM INI ?

Ustaz Kazim menjelaskan satu persatu apa sebenarnya yang berlaku disebalik mitos "hudud PAS Kelantan" itu

"Mitos hudud PAS Kelantan" ini menurut ustaz Kazim dicanang dan dijadikan modal politik PAS, dan lebih malang apabila UMNO dan Tun Mahathir sengaja difitnah sebagai PENYEBAB UTAMA hukum hudud yang sudah siap digubal oleh pakar undang undang PAS dan sudah pun diluluskan oleh Tuanku Sultan dan Dewan DUN Kelantan itu gagal untuk dilaksanakan di negeri ini.

Sebelum menutup majlis Ustaz Kazim membuat satu soalan.....

Jika Mahathir penghalang hudud dilaksanakan di Kelantan.
Mengapa tidak dilaksanakan sekarang?

Mahathir sudah tiada.
Najib sudah pun beri kebenaran untuk perlaksanaan....

Mengapa pula sebaik Najib beri kebenaran, jawapan dari kerajaan PAS Kelantan berbunyi :

" mereka perlukan masa untuk gubal undang-undang hudud, dan itu bukannya mudah "

Ustaz kazim menyambung.

Mana hudud lama PAS yang kata dah siap dan mendapat perkenan Tuanku dan sudah diluluskan dewan dulu?

Sehinggakan umno dan Tun Mahathir difitnah dan dijadikan modal politik?

Syukur Alhamdulillah BN Menang PRK Pengkalan Kubur. Majoriti Bertambah

‎Calon UMNO Ustaz Mat Razi Mat Ail berjaya memenangi kerusi DUN N01 Pengkalan Kubur dengan majoriti semakin meningkat. Ustaz Mat Razi memperolehi majoriti hampir 3 ribu menewaskan calon PAS kelahiran Kedah iaitu Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon Bebas tajaan kontraktor PAS Izzat Bukhary

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Updates Secara LIVE..! Laporan Lintas Langsung PRK N01 Pengkalan Kubur

Klik SINI

Bocor Sudah! EXCO Azmin Ali Semua Wajah Wajah Baru.... Dr Xavier Dilantik Timbalan Speaker Ganti Nik Nazmi...?

ADUN Bukit Gasing [DAP] - Rajiv Rishyakaran
ADUN Batu caves [PKR] - Amiruddin Shaari

ADUN Morib [PAS] - Hasnul Baharuddin
ADUN Hulu Kelang [PAS] - Sa'ari Sungip
ADUN Seri Serdang ]PAS] - Noor Hanim Binti Ismail

ADUN Kampung Tunku [DAP] - Lau Weng San
ADUN Kinrara [DAP]  -  Ng Sze Han
ADUN Sri Muda  - Shuhaimi Hj Shafie

ADUN Ijok [PKR]  - Dr Idris Ahmad
ADUN Seri Setia [PKR]  - Nik Nazmi Nik Ahmad

Wednesday, September 24, 2014

Habuan Jadi BROKER Dan BARUA Sokong PKR, Azmin Akan Lantik Sa'ari Dan Hasnul Menjadi EXCO...?

Jumaat ini Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali akan umum barisan Exco yang beliau pilih untuk bekerja dengannya.

Dijangkan dua ADUN PAS akan menerima HABUAN setelah mereka berdua berani bertindak melanggar Bai'ah dengan PAS apabila bersetuju untuk menyokong Wan Azizah menjadi MB. Tindakan yang mengundang kemerahan Presiden PAS sehingga menggelar mereka sebagai Broker dan Barua...!

Apabila Azmin SAH Menjadi MB Selangor... Langkah Kajang Projek Nepotisme Terbesar Anwar Terbukti GAGAL

Anwar Ibrahim jelas terkena dan terpedaya kali ini. Mungkin para pengikutnya enggan percaya, tetapi Azmin Ali telah memperdayakan dan menghancurkan KAJANG MOVE menerusi komprominya dengan DAP.

Perkenan DYMM Sultan Selangor untuk Azmin Ali juga sebenarnya turut melibatkan tindakan Azmin Ali untuk 'membetulkan' semua beberapa keadaan di Selangor, termasuklah bermaharajalelanya puak-puak DAP mengimarahkan Selangor dengan industri lendir dan maksiat serta hub dadah sebelum ini.

Pastinya, tempoh selama lebih 3 jam bersama-sama DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum diperkenan untuk jawatan Menteri Besar Selangor, turut membawa mesej penting daripada baginda tuanku yang perlu dilaksanakan oleh Azmin Ali kerana DYMM Sultan Selangor juga tidak sunyi daripada pelbagai maklumat, termasuklah usaha DAP untuk menempatkan 171 orang pemimpin-pemimpin barunya dari kalangan anak-anak muda Melayu untuk dijadikan calon-calon ADUN dan Ahli Parlimen di Selangor pada PRU-14 nanti.

Yang paling penting ialah, Azmin sudah tentu dititahkan untuk mempertahankan Undang-Undang Tubuh Selangor daripada dihancur dan dicaca marbakan oleh DAP yang mempunyai cita-cita untuk meminda dan menghapuskan JAIS, mengurangkan kuasa MAIS dan kuasa Istana Selangor!

Ternyata dalam perlumban ini, Anwar Ibrahim dan pasukannya kalah teruk. Rafizi Ramli dan Kajang Movenya sudah boleh dimasukkan ke dalam karung guni dan dicampakkan di Sungai Kelang!!! 


Sebenarnya sebaik sahaja Azmin Ali selesai melaksanakan upacara Majlis Angkat Sumpah dan secara rasmi bergelar Dato Menteri Besar Selangor, maka denyut nadi cita cita "menggila" Anwar untuk mempraktikkan kerja Nepotisme pun sudah berhenti berdenyut..!  Mati...!!  

Iya, taksirannya secara mudah, Anwar gagal untuk menjayakan Nepotisme paling besar dalam sejarah politik tanahair. 

Pentas politik tanahair dijangka akan beralih tumpuan dan lebih berselara melihat Azmin Ali dan tidak mustahil aura Anwar akan pupus.... Tambahan pula cara permainan Kajang Move yang disajikan berakhir dengan FAILURE ENDING...!!

Tuesday, September 23, 2014

Benarkah Azmin Masih Belum Minta Maaf Kepada Kaum India Selangor...? Azmin Pernah Panggil Kaum India "PARIA"







Video Klip Pendedahan...! Ada Dua Tokoh Keparat Bergelar Tan Sri Pelobi Tegar Azmin Jadi MB Baru Sebab Dapat Projek BESAAR








PRK N01 DUN Pengkalan Kubur - Kak Ijat Anjurkan Sembang Petang Usahawan Wanita Muda

Anak tempatan Ainzatul Salini Halim yang masih muda berusia awal 20an merupakan contoh usahawan muda yang gigih bekerja untuk berjaya dalam kariernya.

Wanita UMNO Malaysia telah meraikan Ainzatul dalam satu majlis Sembang Petang dengan pengundi pengundi wanita wanita di Pengkalan Kubur petang semalam.

Bekas pelakon tahun 80an, Zarina Zainuddin diundang sebagai tetamu istimewa berkongsi kejayaan beliau yang kini mengusahakan produk kecantikannya.

PRK N01 DUN Pengkalan Kubur - Walk-about Ketua Wanita UMNO "Sentuhan Kak Ijat"


Depan DYMM Sultan Selangor Azmin Bersumpah Mempertahankan Agama Islam Dan Institusi Raja Dan Pelihara Keistimewaan Orang Melayu



Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

GELOJOH Punya Azmin...! Belum Angkat Sumpah Sebagai MB Tapi Dah Mengaku Jadi MB...?

Klik SINI

Monday, September 22, 2014

Guan Eng Dan Ramai Pimpinan DAP Panas Punggung Bila Video Klip Ini Dah Mula Tersebaaar...!

Video klip dibawah ini memang sudah bikin panaasss....!!

Akhirnya terbongkar sudah segala-galanya. Pimpinan DAP dan juga gang Anwarinas dalam PAS kini bagai cacing kepanasan....



18 Tahun PAS Kencing Pengundi Pengkalan Kubur..! Gambar Terkini Batu Asas Jadi Semak Samun....

Ini foto terkini kami rakam petang tadi...!

Pada tahun 1996 Nik Ajis heret DYMM Sultan Ismail Petra untuk hadir kesini menghadiri majlis pecah tanah. Diletakkan batu asas untuk menjadi tanda mercu pembinaan Projek Lembah Sireh membina sebuah jambatan di Palekbang dalam kawasan Pengkalan Kubur...

Sekiranya anda kesini hari ini, kawasan ini sudah dinaiki lalang menjadi semak samun dan bahagian hadapan ditututp dengan pagar zink semata mata mahu menutup kemaluan besar Nik Ajis dan kera tajaan PAS di Kelantan.... Malu sudah!!


Esok Azmin Ali Angkat Sumpah Sebagai MB Selangor Yang Baru

DAH SAH..Azmin Ali MB Selangor.Istana hantar surat petang ini minta dia datang angkat sumpah di Istana Alam Shah,Klang 10.30 pagi esok-Agendanews

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

GEMPAARR Dari Pengkalan Kubur...! Pengundi Tanya Mana Dia PAS Punya Projek Bandar Baru Dah 18 Tahun Tak Siap Lagi...

Usia 18 tahun itu adalah satu tempoh yang tersangaaaaat lamaaaa....!

Kebiasaanya jangkamasa tempoh untuk siapkan mana mana projek pembangunan sekitar 36 bulan sahaja. Jika dikira tempoh waktu 18 tahun bermakna sudah mampu menyiapkan 5 projek...

TETAPI kera tajaan PAS di Kelantan hanya tahu menipu rakyat...! Yang ditipu adalah pengundi dalam Parlimen Tumpat, sejak dulu memang diwakili oleh pimpinan PAS.



Sunday, September 21, 2014