Saturday, November 29, 2014

PAU 2014 - Muhyidin Risau... Jika Sokongan BN Turun 2% Kita Boleh Hilang Putrajaya

‎Sewaktu ucapan penggulungan Timbalan Presiden UMNO tadi Tan Sri Muhyiddin memberikan gambaran bahawa BN yang diketuai oleh UMNO akan hilang kuasa memerintah negara jika sokongan rakyat merosot sebanyak 2% pada PRU ke 14.

Menurut Muhyiddin dengan merosotnya 2% BN hanya mampu menang 103 kerusi Parlimen sahaja, Na'uzubillaah...!

Sebaliknya jika sokongan rakyat meningkat 2% ‎BN akan mendapat 141 kerusi dan kekal berkuasa.

Muhyiddin mensasarkan untuk BN mendapat kenaikan sokongan sebanyak 5% dimana dengan pencapaian itu nanti BN bakal memperolehi 159 kerusi Parlimen sekaligus kita akan berjaya mendapat semula 2/3 majoriti.

Sehubungan dengan itu, selaku Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin menyeru agar seluruh jentera UMNO bekerja kuat untuk mencapai sasaran 5% kenaikan sokongan rakyat. Hanya tinggal 39 bulan sahaja lagi....

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Shahrizat All Out....

Ketua Wanita UMNO Shahrizat terus bersuara mengenai isu tanah rizab Melayu. Beliau mahu Peguam Negara diberi kuasa buat petisyen arah kerajaan negeri ganti tanah diambil.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

PAU 2014 - Sudah Hampir Tamat.... Apakah Perhimpunan Tahun Ini Mencapai Matlamat...? Ada Kelainan Atau Masih Ditakuk Lama?

Petang ini PAU 2014 akan melabuhkan tirainya.....

Menjelang PAU 2014 sejak awal minggu ini, kita dijanjikan akan ada kelainan. Ahli ahli akar umbi mahukan suntikan semangat dari pimpinan atasan parti agar UMNO terus relevan dan kuat mendepani cabaran agar kekal berkuasa.

Apa yang anda boleh rumuskan sehingga ke saat ini...? Ulasan ada di SINI

Friday, November 28, 2014

PAU 2014 - Wakil UMNO Selangor Memalukan....!! Sombong Bodoh.....

JAHANAM...! HAMPEHH....!!

Dalam Dewan Merdeka semalam, apabila tiba giliran wakil UMNO Selangor untuk berbahas, ianya menjadi Tragedi November!

Yang dipilih untuk berbahas adalah Ketua Penerangan UMNO Selangor, Zein Isma dari UMNO Bahagian Subang. Masih mahu menegak benang yang basah, tidak mahu berpijak dibumi nyata bahawa UMNO Selangor itu LEMBAB, dia pun "membaca teks" sehingga ramai perwakilan mengantuk dan ramai yang keluar dewan kerana boring giler...

Wakil UMNO Selangor dengan muka tebal "menuntut hak" untuk diberikan kuasa penuh memilih calon PRU ke 14 nanti. Dia melalak dan menyalak dalam Dewan Merdeka kununnya UMNO Selangor kalah teruk pada PRU ke 13 sebab tersilap pilih calon dan ada dua kapten kapal....

Blog MIK nak tanya dua soalan cepumas kepada apa yang disebutkan oleh wakil UMNO Selangor itu yang meraban bercakap tak menggunakan akal yang waras seperti baru lepas kena KETUM!

PRU 12 Tahun 2008, Zein Isma yang bertanding di DUN Kota Damansara pun tersungkur tergolek tertiarap....!

Lihat data keputusan diatas itu...., Zein Isma bukan sahaja kalah majoriti 1,075 undi TETAPI jumlah UMNO hilang undi adalah 9,174 undi kerana pada PRU 11 penyandang DUN dari UMNO Dato Zainal Dahlan sudah pun memenangi kerusi Kota Damansara dengan majoriti 8,099 undi.... [8099 + 1075 = 9,174]

UMNO salah pilih calon...? Zein Isma tepuk air didulang terpercik kena mukanya sendiri yang debab itu!

PRK DUN Kajang diadakan selepas PRU 13. Sudah tak timbul kisah ada dua kapten kapal.... UMNO dikuasai sepenuhnya oleh kapten kapal bernama Noh Omar.

Calon BN menang....? Ada satu kapten kapal pun tak boleh menang!



Thursday, November 27, 2014

PAU 2014 - Najib Umum Akta Hasutan Dikekalkan...!

YAB Presiden UMNO, Datuk Sri Najib dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO umum Akta Hasutan DIKEKALKAN.Bukan saja dipertahankan malah diperkukuh.Tepukan gemuruh dewan....

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Wanita UMNO Tutup Persidangan Semalam Dengan Lantang Mahukan Akta Hasutan Dikekalkan....

Transkrip sidang media :

"Apabila Wanita kita menyatakan dengan tegas bahawa kita nak minta PM dan kabinet untuk mengkaji semula kemungkinan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948

"Saya nak cakap bahawa kita nak minta supaya ada Akta Hasutan ini sebab kita rasa kalau dihapuskan ataupun diganti dengan Akta Keharmonian Nasional yang tidak mencukupi saya rasa kita akan letak negara di satu tahap bahaya dari segi keselamatan, perpaduan, ketenteraman. Isu-isu ini adalah segala-galanya, kalau tak ada ketenteraman, keselamatan tak ada, perpaduan tak ada, maka tak ada ertilah hidup kita di Malaysia 

"Saya minta semua perkara di dalam perlembagaan tidak boleh menjadi bahan hasutan itu yang kita minta. Tetapi ada sesetengah pihak kata ini agenda Melayu, ini bukan agenda Melayu apabila kita kata mesti jaga semua perkara dalam perlembagaan ini termasuk bukan hanya untuk orang Melayu, bukan hanya untuk Bumiputera tapi termasuk untuk orang Cina, India dan juga lain-lain

"Jangan soal, jangan jolok isu-isu sensitif seperti Raja0raja, agam, bahasa. Sama juga saya ingatkan semua jangan kita soalkan isu kewarganegeraan atau isu lain yang memberi hak kepada kaum bukan Melayu

"Itu adil, sebab kami wanita bimbang isu perpaduan ini, kita tak boleh ketepikan dan pada masa yang sama kita tahu kita proaktif, kita pun percaya pada keterbukaan, ketelusan

"Pendirian wanita, kita nampak bahawa yang mungkinlah Akta Hasutan masih ada,  boleh tak mereka nak kritik kerajaan atau memberi cadangan yang membina kepada kita

"Nak suara rakyat tentang polisi kerajaan. Pada wanita kami ok, untuk polisi kerajaan, untuk memberi cadangan, mahupun memberikan kritikan, itu tak mengapa, 

"Sebab pada saya itu merupakan ciri keterbukaan BN, jadi kita ada penerimaan di situ. Kami tak ada halangan, yang kita nak jaga hanya perkara dalam Perlembagaan 

"Ini bukan agenda Melayu, ini adalah agenda untuk rakyat. Ini adalah satu perkara untuk semua orang yang ada sedikit daripadanya harus kekal menjadi rahsia, sebab kita adalah ibu, dan kita merupakan tempat untuk semua orang 

"Sebab itu saya tegaskan jangan persoalkan berkenaan warganegara, berkenaan bahasa, berkenaan sekolah juga

"Saya rasa dalam masa dua bulan kita akan berjaya kutip satu juta tanda tangan

"Saya harap kerajaan akan dengar suara majoriti rakyat.."

Wednesday, November 26, 2014

BRAVO Shahrizat...! Walk The Talk....

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari mengumumkan telah mengumpulkan sejuta tanda tangan bagi menggesa kerajaan supaya tidak memansuh Akta Hasutan 1948.

“Saya amat bimbang dengan keadaan semasa yang tidak sihat.

“Ada pihak-pihak di kalangan masyarakat kita yang dengan sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan mengambil kesempatan akan isu pemansuhan Akta Hasutan 1948 ini,” katanya.

Shahrizat dalam ucapan dasarnya di perhimpunan agung wanita Umno berkata satu juta tandatangan ini akan diserahkan kepada perdana menteri seawal mungkin sebagai bukti bahawa mereka memandang serius perkara itu.



Wanita Kena Hulurkan Salam..., Pemuda Kena Berani..., Puteri Kena Bangkit Dengan Semangat Baru....

Gagahnya pahlawan dahulukala,
Menjadi tauladan sepanjang zaman,
Kalian tinggalkan warisan bangsa,
Untuk kita teruskan perjuangan.


Buat Wanita, bangunlah dengan istiqamah perjuangan. Hulurkan salam jemputan buat wanita Melayu dari segenap ceruk rantau dan latar belakang–guru wanita, ustazah, peguam, doktor, pegawai profesional hatta NGO wanita dan ibu-ibu tunggal– marilah bersama-sama sebaris dengan kita dalam perjuangan ini.

Buat Pemuda, bangkitlah dengan bara perjuangan. Beranikan diri berada di mana sahaja bila panggilan untuk berkorban masa dan tenaga. Bawalah golongan muda yang dahagakan kebersamaan dan interaksi. Berikan mereka harapan.

Buat Puteri, bangkitlah dengan semangat baharu yang segar membawa pemudi dan wirawati negara meyakini perjuangan kita. Tanamkan benih kasih kepada mereka, nescaya mekarlah nanti dengan rimbunan pendokong.

Baca seterusnya Amanat Tan Sri Muhyiddin yang merasmikan Persidangan 3 Sayap UMNO malam tadi klik SINI

Tuesday, November 25, 2014

PAU 2014 - Malam Ini Kick Off Tiga Sayap UMNO.... Ada Kelainan ATAU Kekal Retorik....?

Jam 8.00 malam ini bertempat di PWTC akan berlangsungnya Upacara Perasmian Persidangan Agung Tiga Sayap UMNO yang akan disempurnakan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Pembuka Tirai.... Persidangan UMNO Tahun 2014 muncul lagi. Disinilah medan untuk kita menyaksikan pimpinan parti keramat ini berhimpun dan menterjemahkan hala tuju perjuangan untuk terus relevan buat rakyat Malaysia.

UMNO sebagai imam kepada Barisan Nasional sudah pasti mahu mengorak langkah untuk terus membawa perjuangan mempertahankan kerajaan BN agar terus kekal sebagai pemerintah dan menghalang cita cita Pakatan Pembangkang yang mengidam Putrajaya!

Parti keramat ini sememangnya bergantung harap kepada ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri untuk membina kekuatan UMNO. Malah kalau dikira dari struktur parti pimpinan yang sedia ada ketika ini kebanyakkannya lahir dari 'kilang Pemuda'. Nama nama seperti Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Zahid Hamidi, Shafie Afdal, Mukriz Mahathir, Ismail Sabri, Azeez Rahim, Razali Ibrahim, adalah diantara produk Pemuda UMNO.

Manakala Wanita UMNO sentiasa dikenali sebagai jentera parti yang paling kuat bekerja untuk meneruskan perjuangan parti melayu ini....

Semestinya mata dan tumpuan kita akan menjurus kepada Amanat Timbalan Presiden UMNO yang akan berkumandang malam nanti. Pada tahun 2013, amanat yang disampaikan lebih kepada meniupkan semula semangat setelah PRU 13 UMNO yang mengetuai BN masih gagal untuk merampas 2/3 majoriti Parlimen dan tumpas teruk di Selangor, namun masih ada ruang untuk menarik nafas lega kerana berjaya merampas Kedah dan kekal memerintah di Perak.

Apakah pula Amanat yang akan disampaikan pada malam ini sebagai "pembuka tirai" PAU 2014?

Mampukah Wanita, Pemuda dan Puteri memberikan prioriti dengan membicarakan masalah yang dekat dengan hati rakyat...?

Adakah Wanita, Pemuda dan Puteri akan dilihat cerdik dan bijak untuk kenal pasti "touch point" yang mampu menarik semula sokongan rakyat kembali kepada UMNO....?

Mengikut angka yang diterima, pada PRU ke 14 akan ada seramai 6 juta pengundi muda golongan Gen Y berpeluang untuk mengundi, apakah kaedah dan formula yang terbaik khususnya Pemuda dan Puteri akan garap untuk pastikan mereka mengundi UMNO dan BN...?

UMNO tak perlu tunggu PAU 2016 untuk meniup semangat perang untuk PRU 14. Eloklah bermula awal, sekiranya masih ada kelemahan sudah pasti masih banyak ruang untuk dilakukan pembaikan dan pembetulan....

Apa pun kita sama sama tunggu, apakah akan ada kelainan atau kekal retorik...?

Monday, November 24, 2014

KANTOI...! Noh Omar Klentong...? Najib Cakap Lain....

Apabila berlaku pertemuan empat mata maknanya segala pertuturan, percakapan dan sebarang kata putus yang dicapai tidak ada saksi.....

Rentetan dari insiden UMNO Selangor LEMBAB, Noh Omar maklumkan pada umum dia bertemu YAB Datuk Sri Presiden UMNO secara empat mata, selepas itu Noh berkompang dengan selamba kunuuuuuuunnya Najib masih mahu dia lead Selangor!

Itu cerita versi Noh Omar...... Lain pula bunyinya versi YAB Presiden UMNO!

YANG MANA SATU NIE....? Klik SINI

Friday, November 21, 2014

BENARKAH Kisah Ini...? Apakah Benar RM12 Juta Wang Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) Untuk Belanja Program UMNO Selangor Lesap...?? Nak Tanya Jer

Kalau dibelek dan dibaca pada tajuk memang agak pelik bunyinya.....

Iyalah, tajuk mengenai subsidi kerajaan untuk rakyat tetapi kenapa pula terselit kisah UMNO Selangor dalam hal ini...? Begitulah kehendaknya dalam melaksanakan urusan politik, segalanya mungkin..., apakah telah berlaku satu "kaedah" matlamat menghalalkan cara...?

Difahamkan apabila projek SUBUR yang pernah diumumkan dan dilancarkan oleh YAB PM itu "gagal" maka 'certain percentage' dana atau wang besar yang telah diperuntukan untuk projek ini telah dicadangkan untuk membantu menjayakan program untuk UMNO Selangor ketika itu.....

Menurut cerita yang disampaikan kepada Blogger MIK dan tiga sahabat yang lain...., wang besar tersebut tidak dirasai, tidak muncul dan senyap begitu sahaja kerana telah dibahagi-bahagikan sama rata sesama sendiri oleh beberapa individu.

Senak juga perut kami menyaksikan beberapa dokumen bukti bukti sahih yang menunjukkan transaksi pindahan wang maka teringatlah adegan dalam cerita Nujum Pak Belalang pembahagian harta rompakan lakonan S Shamsuddin dan Aziz Satar....

"Bro, sepatutnya semua 22 Bahagian UMNO dalam Selangor dapat RM15,000 setiap bulan untuk 3 tahun. Duit ni buat belanja untuk program program UMNO. Tapi, korang tengoklah sendiri dokumen dokumen nie..., mana duit dah pergi!" jelas orang yang mendedahkan hal ini kepada kami malam tadi.

WOW!! RM15,000 untuk 22 Bahagian UMNO untuk 3 tahun = 15,000 x 22 x 36 = RM11,880,000.00.  Hampir RM12 juta lesap....?

Apakah perkara ini benar benar berlaku....?
Siapakah yang sebenarnya yang rembat wang besar tersebut...?
Dengan siapakah wang besar itu dikongsi bersama....?

TUNGGUUUUUU.....!!

sekadar untuk singkap semula kisah SUBUR, boleh klik SINI dan SINI

Thursday, November 20, 2014

Benarkah Noh Omar Jadi Punca Utama Ada Ahli UMNO Bahagian Kota Raja Bergaduh Sakan....?

Entah bila boleh diselesaikan kisah Pengerusi UMNO Selangor LEMBAB yang paling hebat didunia ini...? Masih lagi kedengaran suara suara sumbang ala-ala "pitching lari" mengenai satu satunya pemimpin melayu yang terhebat ini.....



PAU 2014 - Tiba Masa Bincang Dengan Serius Masa Depan Melayu.... BUKAN Masa Untuk Berhibur Di Kuala Lumpur

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk para perwakilan UMNO seantero Malaya dari Sabah sampailah ke Perlis untuk bertandang dan berkunjung ke ibukota Kuala Lumpur demi melaksanakan tugas mereka menghadiri Persidangan Agung UMNO 2014.

Adalah tidak manis dan wajar untuk perhimpunan agung UMNO menjadi tempat orang Melayu membincang dan mempertikaikan kepentingan kaum lain. Walaupun kita berkata perbahasan demi kepentingan nasional, namun umum akan melihat ia merupakan perbahasan yang rasis dan bersifat perkauman.

Adalah lebih wajar tema usul pendidikan kali ini menumpukan kepada pemerkasaan sistem pendidikan nasional berteraskan sekolah kebangsaan tanpa menyentuh SJKC dan SJKT.

Pembahasa usul pendidikan perlu mendesak kerajaan memperkasakan sekolah kebangsaan melalui pertambahan bilangan guru dan kelas. Jika boleh kita tidak lagi mahu mendengar satu kelas mengandungi 30-40 pelajar, sekolah yang padat dan kualiti pendidikan yang lemah.

Jika boleh, PAU 2014 perlu mengusul dan meluluskan agar setiap sekolah kebangsaan rendah dan menengah mempunyai maksimum pelajar setiap kelas tidak lebih 25 orang dan sesebuah sekolah tidak lebih 1,000 orang.

Baca seterusnya...., di SINI

Wednesday, November 19, 2014

Kenapa Ada Blogger Selangor Pro UMNO Balun Noh Omar....?

Noh Omar adalah seorang pemimpin melayu yang sangat terhebat didunia...!

Dia lebih hebat dari Tun Dr Mahathir, lebih bijak dari Tun Razak, lebih cerdik dari Ibnu Sina, lebih pandai dari Albert Einstein.......

Kisahnya di SINI

Monday, November 17, 2014

Benarkah Ada Wang Besaaarrr Bajet Untuk Upah Blogger Bunian Buat Damage Control Noh Omar...?

Tiba tiba.... JENG JENGG JENGG.....!

Iya secara tiba tiba, entah dari mana datangnya, maka terciptalah sebuah laman blog yang dilahirkan pada 7hb November 2014. Sebuah laman blog yang terpaksa dilahirkan semata mata untuk menjadi pencacai tukang basuh berak Noh Omar!

Blog yang hanya menulis mengenai satu perkara sahaja.... mahu bersihkan najis Noh Omar, itu sahaja! Bermula dengan artikel pertama, kedua, ketiga hanya mahu jadi pencacai tukang basuh berak Noh Omar.

Format blog ini dilihat cuba memantau penulisan yang dibuat oleh blogger yang kuat mengkritik Noh Omar. Pada sebelah kanan ruangan bloggers link, laman blog tersebut menyenaraikan Blog MIK, The Unspinners, Selangor Chronicles bagi tujuan kemaskini memantau sekiranya ada artikel terbaru menghentam Noh Omar. Turut sama disenaraikan adalah sebuah laman blog yang menjilat Noh Omar....[terserlah hubungan dua hala kedua dua laman blog ini]

Barangkali mungkin sudah tidak ada bloggers dan facebookers yang berahi mempertahankan Noh setelah YAB Presiden UMNO sendiri bertindak membalun Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu dalam majlis anjuran UMNO Selangor didepan khalayak pimpinan akar umbi UMNO Selangor....

Mungkin ada satu atau dua laman blog yang cuba menjadi pencacai Noh tetapi tidak berjaya langsung membuat WAVE untuk membersihkan najis yang dah terpalit sebab mereka bukanlah jenis laman blog yang ada strong reader base. Lagi pun kalau ditanya dikalangan pimpinan dan ahli akar umbi UMNO sendiri pun 80% akan memberikan respon yang sangat negatif mengenai Noh Omar...

LEMBAB....! Itulah tagline yang diberikan oleh YAB Datuk Sri Najib kepada Noh Omar.... Apa yang telah berlaku boleh disamakan dengan situasi;
"Encik A buat majlis dirumahnya yang dibantu oleh kuncu kuncu Encik A tetapi dalam majlis dirumah sendiri itu Encik A telah dibalun oleh Tetamu VVIP yang dia sendiri jemput sebagai Boss... Mana nak letak muka yang tak hemsem tu...?"  Itulah kisahnya.....
Keujudan laman blog yang mungkin diupah oleh Noh Omar itu cuba memainkan cerita kunuuuuuuuuuuuuuuuuuunnya ada Konspirasi untuk jatuhkan Noh Omar. Inilah PUNCH LINE paling lawak giler sangat sangat melucukan..., lebih lucu dari PUNCH LINE kumpulan Bocey, Shiro dan Sepahtu.

Laman blog itu cuba kaitkan beberapa nama dalam pimpinan UMNO yang kunuuuuuuuunnya dengki dan mahu menjatuhkan Noh Omar. Melihat dari modus operandi ini memanglah 'tidak mustahil' ini kerja dari dalam kain Noh Omar sendiri sebab jika dia mahu gunakan beberapa laman blog yang sedia ada yang boleh 'dipaksa' menulis mengenai Konspirasi ini, maka akan tercalar hubungan Noh dengan beberapa nama pimpinan UMNO yang disebut sebagai dalam konspirasi tersebut.... Mudah untuk kita baca game bodoh seperti ini!

Noh mungkin hebat sebagai jaguh kampung, mampu menang dikawasan sendiri tetapi tidak ada keupayaan untuk membawa UMNO menang di Selangor. Ramai pimpinan UMNO di negeri Selangor tidak bersungguh sungguh mempertahankan Noh yang mereka rasakan tak layak untuk mengetuai negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan.

"Muka pun tak reti nak senyum, berlagak jer...!" itulah kata kata respon dari salah seorang Ketua Bahagian yang Blogger MIK temui baru baru ini.

Iya, pada hemat Blogger MIK tak payahlah nak dimomok-momokan dengan kisah ada konspirasi untuk jatuhkan Noh Omar sebab spesis seperti akan pupus dan lenyap dengan sendirinya....

Silalah anda lusuri sendiri kerja yang dibuat oleh blog yang tiba tiba muncul ini, klik di SINI.

PAU 2014 Akan Ada WOW Factor...? Hisham Ketuai Team Bakal Mencipta Satu Pembaharuan....?

Persidangan Agung UMNO 2014 [PAU 2014] akan sekali lagi menemui pucuk pimpinan UMNO serta para perwakilan dan pemerhatinya tidak lama lagi.....

Tanggal 26 November 2014 akan membuka tirai dengan berlangsungnya persidangan tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri. PAU 2014 akan melabuhkan tirainya pada petang 29 November 2014 di Dewan Merdeka PWTC.

Muthakhir ini, bukan sahaja orang awam sudah merasakan bosan dan jelek dengan PAU yang diadakan setiap tahun kerana sudah hilang seri, sudah tak ada aura..., sudah masuk ke tahap membosankan....! Malah perkara ini sudah mula dirasai secara jujur dikalangan pimpinan atas UMNO itu sendiri.

Ramai yang merasakan PAU dijadikan pentas untuk jurucakap mengambil kesempatan mempromosi diri sendiri [personal glory], mengambil kesempatan memuji muja Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Ketua Sayap masing.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Usul Majlis Tertinggi UMNO untuk PAU yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah mengorak langkah positif untuk mempamerkan suatu kelainan pada PAU 2014 ini.

Jawatankuasa Usul merasakan sudah tiba masanya PAU tahun ini menghentikan acara puja memuja pemimpin dan membincangkan masalah rakyat secara serius! UMNO mestilah menjadikan PAU sebagai satu medan untuk membawa denyut nadi rakyat dibincangkan, dibuat satu ketetapan bagi mencapai satu keputusan untuk kerajaan BN yang dikepalai oleh UMNO membuat perlaksanaan demi kepentingan rakyat yang kini mendepani masalah ekonomi, sosial dan ancaman keselamatan dari pihak yang mahu menghuru-harakan keamanan tanahair.

UMNO harus kembalikan zaman kegemilangannya semula...! Jangan biarkan UMNO terus dibenci rakyat kerana PAU seharusnya menjadikan wakil wakil serta pucuk pimpinan UMNO untuk Walk The Talk, menjuarai tugas menyelesaikan masalah rakyat.

Suatu ketika dahulu, orang biasa yang bukan ahli UMNO turut sama memberikan perhatian kepada PAU kerana mahu mendengar apakah isu isu yang akan dibawa, dibahas dan akhirnya pada sesi penggulungan YAB Presiden [ketika itu Tun Dr Mahathir] kita akan menyaksikan satu ketetapan yang akhirnya menjadi satu keputusan untuk dilaksanakan diperingkat kementerian dan perlaksanaan itu sekaligus menyelesaikan banyak masalah rakyat. Ringkasannya, UMNO ketika itu menjadi Juara Rakyat sebagai contoh dalam isu pendidikan dan ekonomi.

Jawatakuasa Usul Majlis Tertinggi UMNO PAU 2014 telah pun bergerak secara serius sehingga ke peringkat akar umbi. Kaedah mengadakan Persidangan Meja Bulat dari peringkat tertinggi sehinggalah menggapai [out reached] pimpinan peringkat bahagian seluruh negara diadakan bagi mengenal pasti isu isu yang dekat dengan rakyat akhirnya akan dirumuskan sebagai usul untuk dibawa, dibahas dan dibuat keputusan pada PAU kali ini.

Diantara isu isu yang dikenal pasti bakal berkumandang dalam Dewan Merdeka PWTC adalah seperti berikut;
  1. Kekalkan Akta Hasutan dengan elemen penambah baikan
  2. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan kerajaan sebagai sekolah satu aliran
  3. Membincangkan secara serius Kos Sara Hidup Rakyat yang kini mendepani kenaikan harga barang dan manupulasi jahat pihak pembangkang membuat penyebaran maklumat tidak tepat terhadap GST.
Sekiranya PAU kali ini mengambil sikap membincangkan dengan serius isu isu yang terlalu dekat dengan denyut nadi rakyat, tidak mustahil nawaitu Jawatankuasa Usul untuk mencipta satu kelainan boleh menjadi satu titik permulaan untuk kita menyaksikan satu perubahan untuk UMNO....

Beberapa tahun dahulu YAB Presiden Datuk Sri Najib ada berpesan "berubah jika tidak mahu kita diubah...". Pesanan itu nampaknya akan diterjemahkan jika sesi pembentangan usul pada PAU kali ini benar benar lebih serius menjiwai denyut nadi rakyat dan tidak lagi dibuai dengan adegan memuji muja pimpinan atas pentas....

Sama sama kita nantikan saat dan ketikanya untuk kesemua ini berlaku dalam Dewan Merdeka!

Tuesday, November 11, 2014

Mampukah Noh Omar Tewaskan Azmin Ali Dan Rampas Selangor Dari Tangan Pakatan Rakyat...?

Di negeri Selangor kita menyaksikan taburan penduduk masyarakat majmuk sangat tinggi dan sudah menjadi kenyataan hakiki bahawa kaum bukan melayu kini menguasai bandar bandar pesat membangun di negeri paling kaya dalam Malaysia ini yang sudah menjangkau usia 6 tahun dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat....

Pengundi pengundi bukan melayu yang ramai disekitar Damansara, Petaling Jaya, Kelana Jaya, Puchong, Seri Kembangan, Subang Jaya, Kelang dan Kapar mendominasi penguasaan sokongan yang semakin kuat untuk Pakatan Rakyat.

Semua ini telah diterjemahkan menerusi keputusan Pilihanraya Umum 13 dimana, BN kalah teruk! UMNO hanya tinggal 12 kerusi DUN berbanding 22 yang dimenangi pada PRU 12 tahun 2008.

Apabila berlakunya Kajang Move, terbukti Pakatan Rakyat langsung TAK takut untuk berlawan dengan BN dalam negeri Selangor, mereka sesuka hati "mengadakan" Pilihanraya Kecil dan sangat yakin BN tak akan mampu untuk menang..... Kalau ikut istilah mudah faham, "Pakatan Rakyat kotak katik BN macam tu saja...".

Mungkin ada beberapa pencacai pencacai tukang basuh berak Noh Omar akan kata, "PRK Kajang calon BN berjaya kurangkan majoriti walaupun Wan Azizah menang...". Pada hemat Blogger MIK itulah jawapan paling bangang sebab cuba meniru sikap dan pendirian Anwar Ibrahim!

Iya, lupakah anda apabila diumumkan keputusan PRU 13, Anwar kata mereka menang 52% sokongan rakyat sedang BN hanya dapat 48% sahaja, sepatutnya dialah PM bukan Datuk Sri Najib...

Begitulah juga kaedahnya dalam kita menerima keputusan PRK Kajang, persoalannya  siapa yang menang... bukan calon BN! Hakikatnya BN kalah...

Masih mahu mengulas kisah UMNO Selangor LEMBAB maka Blogger MIK terkasima sedikit dengan kenyataan terbaru Noh Omar. Dialah yang akan mengetuai bala tentera untuk pastikan BN berjaya tewaskan Pakatan dan rampas semula Selangor....

Mampukah Noh Omar...?

Sepertimana lazimnya, susunan ayat dilihat sangat skima dan sekadar membuat kenyataan untuk menjaga hati setengah pihak, agar tidak dicop sebagai marah dengan teguran YAB Presiden UMNO....

"kami akan...."
"kami akan pastikan...."
"kami sedang mempersiapkan....."
"kami sudah arahkan....."

Itulah antara bait bait kata kata manis dari Noh Omar membuat Jani Manismu. Janji demi janji, ucapan yang bergema dengan harapan dia akan dilihat sebagai seorang Jeneral yang akan membawa kemenangan mengkuburkan pemerintahan Pakatan yang diketuai oleh PKR di Selangor.

Baca seterusnya di SINI 

Monday, November 10, 2014

Tele Movie UMNO Selangor LEMBAB.... Kenapa Ketua Penerangan UMNO Selangor LEMBAB Kena Maki...? Tak Baik Buat Macam Tu Tau..


Kisah Salbiah Saari LEMBAB Yang Didedahkan....!! Benarkah Ketua Puteri UMNO Selangor LEMBAB Mabuk Ketum...??

Apa tujuanmu berselindung dibalik kata cinta
Sedangkan kau tahu cintamu tiada memberi makna
Terkubur kini semua mimpi mimpi
Tapi kumasih berpaut didahan cinta
Kisahnya dan segala ulasannya kisah Salbiah, Ketua Puteri UMNO Selangor LEMBAB anda boleh baca, di SINI dan juga di SINI.

Masih Ada Lagi Bukti UMNO Selangor LEMBAB....?

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab hujan,
Nanti jawab angin tanyalah awan.
Setelah 33 tahun bersama UMNO, bekas Adun Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor meluahkan rasa kurang senangnya terhadap corak dan amalan politik yang dimainkan UMNO Selangor.

Beliau menegaskan, praktis taburan duit yang berlebihan menjadikan pimpinan merebut jawatan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya kerana habuan dan imbuhan yang diperoleh.

“Mereka mahukan jawatan kerana agenda peribadi untuk tukar kereta, tambah itu ini. Bila pucuk pimpinan terlalu manjakan mereka dengan memberi imbuhan berlebih-lebihan, jika tak dapat merajuk dan memberontak.

“Mereka berebut nak duit dan bernafsu besar dan sepatutnya seorang pemimpin harus tampil mengambil tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Bushro berkata, teguran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu sangat baik namun rombakan 100 peratus tidak boleh dilakukan kerana Umno tertakluk kepada perlembagaan.


“Saranan saya kepada perdana menteri selaku Presiden UMNO perlu tegas buat keputusan kali ini, bukan hanya bercakap retorik tanpa bertindak. Beliau perlu menamakan atau mencari seorang pemimpin sama ada di peringkat ketua bahagian mahupun ahli biasa yang mempunyai pengalaman dan boleh diterima semua.

“Sebaiknya UMNO Selangor ini diperkukuh dengan gandingan muka baru dan lama yang diyakini rakyat agar impian memenangi pilihan raya akan datang terlaksana,” katanya.

Dalam pada itu katanya, parti tidak sepatutnya bertindak menuding jari menyalahkan sesama sendiri sebaliknya duduk berbincang bersama dan pilih pemimpin gantian yang berupaya memacu UMNO Selangor ke peringkat yang lebih baik di mata pengundi.

“Saya berpendapat pimpinan yang ada sekarang sudah tepu hal demikian, membuatkan mereka gagal mencipta pembaharuan dan transformasi kepada parti agar diterima rakyat.

“Usah terlalu mengharapkan duit dan peruntukan semata-mata untuk memenangi hati rakyat. Tidak boleh begitu kerana kita telah janji kepada rakyat jadi ia memerlukan pengorbanan,” katanya.

Sinar Harian Online


Friday, November 7, 2014

Bekerja Dengan Ikhlas Untuk Parti... Kalau TAK Nak Dilabelkan LEMBAB, Contohi Azeez Rahim

Hampir seminggu berlalu... namun kisah UMNO Selangor LEMBAB masih lagi ke udara dan berkumandang menjadi bahan topik sembang dikalangan pimpinan UMNO.

Blog MIK mahu selitkan dibawah ini, bukti menerusi data UMNO yang menyaksikan kejayaan dan kerja kuat Datuk Sri Azeez Rahim di Bahagian Baling, Kedah. Negeri Kedah yang dahulunya ditawan oleh Pakatan kini kembali dirampas oleh UMN-BN.

Sungguhpun Kedah adalah negeri dibawah pemerintahan kerajaan UMNO-BN, selaku Ketua Bahagian yang kuat bekerja, Azeez lead the talk! Saksikan dibawah ini prestasi Azeez berbanding dengan Noh Omar di Selangor, Bahagian Tanjung Karang yang hanya mampu mencapai 25% daripada keupayaan Azeez.



UMNO Selangor LEMBAB - Noh Omar Lebih Hebat Dari Tun Dr Mahathir...?

SUMBER

 Noh Omar berkata beliau berjaya mengekalkan kerusi Parlimennya pada dua PRU, justeru tiada alasan untuk beliau mengundurkan diri seperti yang digesa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu meminta Dr Mahathir menyatakan secara khusus siapakah yang beliau maksudkan supaya berundur daripada UUMNO Selangor, ekoran kekalahan teruk parti dua penggal kebelakangan ini.
“Dia suruh siapa berundur? Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?" tanya Noh.
Teguran Dr Mahathir itu dibuat sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas Umno Selangor sebagai lembab dan gagal memperkuatkan parti di kala tiga rakan komponen Pakatan Rakyat Selangor bercakaran sesama sendiri. 
Dr Mahathir juga berkata UMNO perlu kikis imej sebagai parti rasuah dengan memastikan pemimpinnya mengamalkan cara hidup sederhana. 
Noh kemudiannya bertanya kepada Dr Mahathir sejak bila orang ramai mula mengaitkan UMNO dengan rasuah?
“Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop UMNO parti rasuah? Ia bermula zaman bila?” katanya seperti dilapor portal itu.
Noh bagaimanapun tidak mengulas kegagalan UMNO Selangor dibawah kepimpinannya menambah keahlian baru dan gagal memanfaatkan peluang yang ada untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan rakyat.
Beliau juga tidak menyentuh dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan wujud amalan cantas-mencantas ahli baru yang berpotensi di Selangor.
“Hari ini untuk mendapat calon menteri besar di kalangan pemimpin UMNO pun tidak ada. Ini boleh diadakan dengan ramai jika UMNO Selangor sedia menerima ahli baru,” kata Dr Mahathir menerusi lamana blognya.
“Pemimpin UMNO biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon Pilihanraya.
"Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan UMNO tetapi memperkuatkan kedudukan mereka,” tegas beliau yang memimpin UMNO selama 22 tahun. 
UMNO Selangor yang hanya memenangi 12 kerusi di DUN pada PRU 2013.

Thursday, November 6, 2014

Satu Lagi Bukti Didedahkan Kenapa Noh Omar WAJIB Lepaskan Jawatan Pengerusi UMNO Selangor....

Kita pernah dengar ungakapan "berhentilah makan sebelum kenyang....".

Hakikatnya, memang sukar untuk melakukan demikian. Dalam kes Noh Omar yang mengepalai UMNO Selangor ini, dia sudah pun disuruh berhenti secara berkias, tetapi masih tebal kulit mukanya buat selamba...

Baca seterusnya, di SINI


Ini Bukti Najib Kata UMNO Selangor LEMBAB...! Hanya 16 Pengundi Baru UMNO Selangor Daftar Setiap Hari....

Lihatlah buktinya diatas....!

Apa Noh Omar buat...? Tidor lena....?? Kenapa terlampau teruk gerak kerja UMNO Selangor seolah-olah tak mahu menang PRU 14. Apakah ini bukti yang membangkitkan kemarahan YAB Datuk Seri Presiden UMNO sehingga Najib 'tergamak' melabelkan UMNO Selangor LEMBAB...?

Anda saksikanlah sendiri....  Dalam tempoh 5 bulan UMNO Selangor yang beroperasi menerusi 22 Bahagian hanya mampu mendaftarkan seramai 2,500 pengundi baru. Secara purata hanya 16 pengundi baru didaftarkan setiap hari.

Kalau dilihat pada laporan diatas, Bahagian Tanjung Karang yang diketuai oleh Noh Omar sendiri pun hanya mampu mendaftar 308 pengundi baru sahaja, bukanlah satu angka yang hebat!

Malah beberapa Bahagian yang dahulunya kubu kuat UMNO seperti Shah Alam hanya mampu mendaftarkan 43 orang sahaja pengundi baru dalam tempoh 5 bulan, ini sangatlah memalukan UMNO...!

Noh Omar dah terbukti GAGAL, tunggu apa lagi...?