Tuesday, January 27, 2015

11 Februari 2015 Apakah SPR Akan Umum Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh...?

10 Februari 2015, pu­kul 9 pagi, Dewan Mahkamah Persekutuan 1, Istana Kehakiman, Putrajaya. Pada tarikh tersebut, Mahkamah Persekutuan akan memuktamadkan rayuan Anwar Ibrahim dalam kes liwat keduanya membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pada tarikh tersebut juga, umum bakal mengetahui sama ada Anwar akan dipenjara, dibebaskan daripada sabitan dan hukuman atas pertuduhan meliwat buat kali kedua atau kes itu dibicarakan semula (sekiranya mahkamah mendapati terdapat kekhilafan yang teruk).

Mahkamah Persekutuan juga boleh mengekalkan sabitan salah dan meminda hukuman penjara lima tahun yang telah dijatuhkan (sama ada mengurangkan atau menambah tempoh pemenjaraan. Tempoh penjara maksimum bagi kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan ialah penjara 20 tahun dan sebat)

Keputusan Mahkamah Persekutuan itu nanti adalah muktamad dan tidak boleh dikemukakan ra­yuan lagi.

Sekiranya gagal dalam rayuannya, Anwar akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhkan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda lebih daripada RM2,000.

6 comments:

Anonymous said...

aku rasa dia tu mcm lepasss je...mesti masalah teknikal lah...apa lah...ada je alasan nyer...atau memang dorang mmg takut nak hukum mamat tu?

Anonymous said...

aku rasa dia tu mcm lepasss je...mesti masalah teknikal lah...apa lah...ada je alasan nyer...atau memang dorang mmg takut nak hukum mamat tu?

Anonymous said...

Seperti semua jabatan kerajaan ... tunggu laporan dulu ... baru boleh bertindak ... sebab depa tak dengar berita radio ,,, tak tengok tv ... tak baca akhbar ... kut

Anonymous said...

Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,

Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,

Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,

Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...

Haa haaa Haaa

Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....

Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...

Malaysiabaru said...

Itu sudah pasti....

Anonymous said...

Bro, truskan usaha 'perangi' anwar ibrahim. teruskan menulis dan highlight pada kes liwat anwar - saiful sbg sexual harassment antara majikan dan pekerja.