Monday, January 26, 2015

Dapat "Wahyu" Di Davos...? Benarkah Rombakan Kabinet Menyaksikan Najib Sebagai Menteri KDN, Serah MOF Kepada Hisham....?

Fenomena kecanggihan software dan gadget yang diluar kawalan....!

Informasi terpantas tanpa batasan dan tiada langsung had waktu. Online and Real Time menyaksikan sebaran berita dimana sahaja acara diseluruh pelusuk dunia. Maka lahirlah seperti cendawan tumbuh, terlalu ramai radio buruk tanpa wayar....

Kunuuuuuunnya maklumat "exclusive" kerana datang dari "the most reliable sources", begitulah juga dengan istilah "from the Minister's office", dan tak kurang juga ayat ayat seperti "yang bagi info nie dari Setpol Menteri Anu...."

Dah mula bertiup pula angin angin perkhabaran kununnya YAB Datuk Sri Najib akan ambil alih Menteri KDN dan menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, manakala Zahid Hamidi kembali sebagai Menteri Pertahanan.

Macam pelik..., apa pun kita tunggu dan lihat!

3 comments:

Anonymous said...

Ha....anwar campak mana?

Anonymous said...

Aik? lain macam strategi ni?

Anonymous said...

Najib pun balik semula ke defense. Wah .... Berpelohlah hishamuddin. Zahid nampaknya bakal pm ... Hihihi

Menteri kewangan terakhir sebelum najib letak jawatan.