Thursday, January 29, 2015

Mursyidul Am Desak Rampas Pasport Antarabangsa Anwar [video clip inside]

Pihak berkuasa digesa merampas pasport antarabangsa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelak kemungkinan pemimpin pembangkang itu melarikan diri ke luar negara sebelum keputusan rayuan akhir kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dibacakan pada 10 Februari ini.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhamad Zahid Md. Arip berkata, selain merampas pasport antarabangsanya, Anwar juga perlu dile­takkan di bawah tahanan atau pemerhatian polis.




Beliau berkata, langkah tersebut perlu diambil memandangkan Ketua Pembangkang itu sebelum ini pernah melarikan diri ke Kedutaan Turki semasa Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 2008 selain pernah mengeluarkan kenyataan mendapat tawaran perlindungan dari negara luar.

Menurutnya, kerajaan juga perlu mengambil iktibar daripada kes bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang ‘mela­rikan’ diri ke Australia sebelum keputusan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu baru-baru ini.

“Saya melahirkan kekhuatiran kemungkinan Anwar melarikan diri ke luar negara sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari nanti memandangkan beliau masih memiliki pasport antarabangsa.

“Malah Anwar pernah menyatakan dalam beberapa kenyataan dan ceramahnya sebelum ini bahawa beberapa negara menawarkan beliau untuk menetap kerana kononnya beliau dizalimi di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Anwar mengemukakan rayuan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari.

Oleh itu, Muhamad Zahid menggesa pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelak kemungkinan Anwar melarikan diri.

“Jika melihat kepada ‘kecerdikan’ Anwar, saya rasa kemungkinan beliau untuk melarikan diri itu ada,” ujarnya.

1 comment:

Anonymous said...

Anak Haram Musibat mcm Anwar ni biarkan dia lari ka luar negara. Masokkan Lokap pon tak guna.

Yang paling bagos biar semua keluarga dia sekali lari.

Baru aman Agama Bangsa dan Negara!!