Monday, January 26, 2015

Owh Davos...! Melatah...? Nasib Malang Najib Dapat Menteri Otak Beku Macam Rohani Karim... "Rotan Anak Kena Hukum"

Sebagai seorang muslim, apakah Menteri ini sudah lupa dengan hadith Rasulullah s.a.w mengenai keperluannya kita membudayakan amalan 'merotan' sebagai mendidik anak anak...? Bukan untuk mendera tetapi untuk menyedarkan sebagai salah satu kaedah mendidik...

Apakah sebagai seorang yang berjawatan Menteri, maka Datuk Seri Rohani Abdul Karim 'terpaksa' tunduk dengan praktikal Hak Asasi Manusia Dunia Barat Kafir Laknatullah...?


Kerajaan diminta menangguhkan dan melakukan kajian lebih mendalam sebelum meneruskan hasrat menggubal rang undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan menjadikan perbuatan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, hukuman akibat merotan akan merencatkan institusi keluarga kerana ibu bapa sepatutnya diberi ruang sepenuhnya untuk mendisiplinkan anak masing-masing asalkan tidak berlaku penderaan.

Sehubungan itu katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa dalam melaksanakan perkara itu sebaliknya kepentingan kanak-kanak serta keluarga mereka perlu diutamakan selaras dengan amalan dan budaya di negara ini.

“Saya berharap kementerian sudah mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak yang berkepentingan seperti persatuan ibu bapa, pakar psikologi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar-pakar berkaitan sebelum keputusan dibuat.

“Wanita UMNO juga meminta supaya Jabatan Peguam Negara mengadakan satu pertemuan segera dengan semua pihak berkepentingan termasuk Wanita Barisan Nasional (BN) untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap pindaan undang-undang yang akan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Shahrizat berkata, artikel lima dan 18 dalam CRC telah menyatakan setiap negara perlu menggunakan usaha terbaik untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama dalam menyediakan didikan dan perkembangan kanak-kanak, selaras dengan adat tempatan.

“Saya merujuk kepada keputusan menjatuhkan hukuman ke atas pasangan suami isteri yang merotan anak mereka seperti kes Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshaldi (dipenjarakan di Sweden tahun lalu) yang boleh membawa kepada pemisahan sementara antara kanak-kanak dengan ibu bapa mereka.

“Wanita UMNO mempertahankan hak kanak-kanak daripada sebarang bentuk penganiayaan, pengabaian, penderaan dan keganasan, namun pindaan ini perlu diteliti dengan lebih mendalam serta meminta kerajaan tidak tergesa-gesa menggubal rang undang-undang baharu,” tambahnya. 

6 comments:

Anonymous said...

Rotan ttp rotan yg da kene pnjara tu jdikn iktibar...jgnlh rotan smpai nk mmbunuh ank...aku dlu dgn tali pnggng tp ttp jd org..tq ayh krana mrotan sy kalu x sy xkn mnjd org..

Anonymous said...

Menteri Bangang
Klu org PAS kata kapir marah

Jgn lah buat benda bodoh sgt
kambing yg takut banjir pun x bodoh mcm menteri ni
X ada penyakit.. cr panyakit

Ckp x pki otak langsung
Takkan mcm tu jer standard menteri Najib
Adoooiii...


Mat Umno Pendang

Anonymous said...

saya ingin mendapat kepastian ape bezanya mendera dengan merotan. kadang2 ibu bapa tidak tahu mane mendera mana merotan. kalau anak itu menangis tidak berhenti ibu bapa akan memukul nya sehingga anak itu berhenti menangis sampai muntah budak tu. adekah ini dikata mengajar. berapa ramai anak anak yang didera tetapi emak bapak kata mengajar. jadi kita sepatutnya dengar dulu ape yang menteri kata ape yang dibentangkan. ini membuta tuli serbu je. zaman ni kita biase mendengar bela anak tak mcm dulu, anak anak kena tatang buat mcm kawan2. hidup masa la ni memang meberi tekanan, dengan kos kehidupan yang naik, duit sekolah, tuition, di ofis, jalan jam dan mcm mcm. tekanan ini yang menjadi kan merotan tu jadi mendera. balik rumah anak anak bergaduh balik dah lah lewat. saya sebagai bapa saya tau. kalau kita ibu bapa tidak sabar itu yang jadi dera. pukul anak tak ingat belas kasihan. siapa perlu dipersalahkan. hukuman kadang memberi peringatan supaya kita sabar pada ape jua keadaan.

Anonymous said...

nak didik cara barat sebab nak penuhi kehendak konvensyen....aduyai...tau2 je nak buat ..... survey2 la dulu..ni dak sbb Malaysia nak penuhi kehendak Konvensyen Geneva...ibubapa kena hukum jika rotan anak. Pastu guna Islam untuk explain dalam Islam rotan yang bagaimana dimaksudkan. Nak penuhi konvensyen ke nak penuhi tuntutan Islam? Kalau nak penuhi tuntutan Islam, sebarkan la maklumat mengenai rotan dalam Islam.

Anonymous said...

hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut bahawa perintahkanlah anakmu mendirikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun.

Anonymous said...

Menteri, TV3 , Surat Khabar semuanya bidoh.

Berita3 yang tak membina jadi bahan sensasi.

Mcm ni mau Rakyat Respect sama lu ka?