Sunday, January 11, 2015

PASCA Banjir - Terbaik Dari Ismail Sabri...!

Apabila dikalangan jemaah menteri kita ada yang bekerja secara ikhlas demi tugas dan tanggungjawab, maka rakyat akan memperoleh kenikmatannya....

Tahniah buat Menteri Pertaninan Asas Tani kita Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub yang mempamerkan sikap mendahulukan rakyat khususnya yang terlibat dengan bencana banjir baru baru ini.

Menurutnya, mereka boleh memohon pinjaman khas berjumlah RM10,000 untuk memulakan kembali perniagaan mereka. Pinjaman tersebut akan diberikan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan semua permohnan akan diproses secara 'laluan khas' untuk mempercepatkan kelulusan

Selain itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut memberi bantuan sebanyak RM1,000 dalam bentuk pakaian, khemah dan meja perniagaan kepada para peniaga pasar tani untuk meringankan beban mereka.

Sehingga kini, sebanyak 38 pasar tani tidak beroperasi akibat banjir. Jumlah kerugian belum dapat dipastikan kerana masih ada kawasan banjir yang belum pulih sepenuhnya.

Menurut Ismail Sabri lagi,
pasar tani khas pasca banjir itu merupakan inisiatif Kementerian untuk memantu rakyat di kawasan terlibat banjir dengan mendapatkan barangan makanan pada harga 18 sehingga 60 peratus lebih murah berbanding pasar biasa.

Baca seterusnya, Di SINI

No comments: