Saturday, January 31, 2015

Separuh Akhir MLM 2014 - Zizan Punca Kumpulan Virus Tersingkir..?

‎Malam tadi bertempat di Dewan Teater Diraja Selangor berakhir sudah perjuangan kumpulan Virus dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).

Virus satu satunya peserta yang tersingkir dan sekaligus gagal menyeratai Nabil Ahmad, Kumpulan Bocey, Kumpulan Zero, Kumpulan Sepahtu dan Kumpulan Shiro yang akan berentap di Final MLM 2014 minggu depan yang menawarkan hadiah RM500,000.00.

Sejak awal lagi, Virus danggotai Yus, Tauke dan Zizan dilihat kurang menyengat ‎dan gagal memberikan persembahan yang baik dan seringkali kali diumumkan menduduki "Bottom 3".

Benarkah Zizan Razak punca komedi kumpulan Virus pada musim MLM kali ini terlalu hambar...? Kumpulan Jambu yang dianggotai Yus dan Tauke bergabung dengan Zizan dan menamakan kumpulan mereka Virus. Zizan sebelum ini bergandingan dengan Johan atas nama Jozan pernah menjadi Juara MLM.

Setiap minggu kemunculan Zizan seperti tidak ada komitmen dan mengundang situasi hambar pada persembahan Yus dan Tauke. Natijahnya secara keseluruhan kumpulan Virus dilihat tidak berjaya membuat persembahan yang baik dan sering menerima kritikan Juri Profesional yang terdiri dari Datuk Jalaluddin Hasan, Farah Quinn, Taufik Batisha dan Fazura.

Apakah Zizan yang tahu bahawa dirinya memiliki fan based yang ramai mahu mengambil kesempatan meraih sokongan mereka tanpa perlu bekerja keras dan memberikan yang "terbaik"?

Mungkin juga dikalangan Juri Profesional tidak ada yang"berani" menegur kumpulan Virus, mereka hanya dilihat "berkias" mahu Virus bangkit dan memberikan persembahan yang ada Umphh...

Jika kita masih ingat pada salah satu musim Maharaja Lawak beberapa tahun yang lalu sewaktu Zizan bersama Jozan menunjukkan prestasi hambar. Juri Profesional ketika itu, Mamat Khalid dan Ahmad Idham dengan berani menegur dan "sound" Zizan dan Johan untuk segera bangkit dan berlaku adil dengan sokongan yang diterima. Minggu seterusnya Zizan bersama kumpulan Jozan memberikan persembahan bertaraf 5 bintang sehinggalah muncul sebagai Juara!

Satu lagi persoalan..., apakah Yus dan Tauke lebih mengancam dan ada Umphh jika kekal berdua sebagai Jambu...?

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

6 comments:

Rahsia Membaca Minda Manusia Melalui Anak Mata said...

Dah x de rezeki.

Anonymous said...

Sejak Zizan masuk..dua2 mamat tu mcm tak menjadi je..

Anonymous said...

Semua dalam virus memang tak layak

Anonymous said...

Jambu lg bagus
Zizan gedik teruk sgt
Dah x hormat org...
Org lain pun pki Ferrari jugak
X gedik mcm tu pun
Patutnya Virus kluar kt round 1 lg

Anonymous said...

Virus tak menyengat lansung. Mungkin tk ngam

haritzm tzm said...

Lepas neh Nabil blh tersenyum bangga krn Virus dah terkeluar krn Saing2 dah x ramai.. Senyum Sampai ke Telinga tuu....