Friday, January 23, 2015

Tahniah Azeez...!! Sedang Berusaha Dapatkan Kuota Lebih Untuk Jemaah Haji 2015

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez Rahim ketika mengulas berhubung kuota haji menjelaskan, kuota haji 2015 bagi jemaah negara ini masih kekal iaitu 22,320 orang.

 “Namun dalam tempoh tiga bulan ini, saya dan Tan Sri Ismee akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Arab Saudi bagi memohon kuota tambahan.

“Kita berharap dengan sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, rayuan penambahan itu diterima bagi membolehkan lebih banyak jemaah kita menunaikan fardu haji,’’ ujar Abdul Azeez.

Sementara itu,  Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini mengumumkan pemberian Bonus Tahun Kewangan 2014 pada kadar 6.25 peratus kepada 8.6 juta pendepositnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji turut memberi tambahan Bonus Haji sebanyak dua peratus kepada pendepositnya yang belum menunaikan haji dan mempunyai simpanan akaun kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980 meliputi 7.4 juta akaun, menjadikan kadar bonus mencapai 8.25 peratus.

“Jumlah bayaran kedua-dua bonus pendeposit itu mencecah RM3.2 bilion dan yang tertinggi sejak tahun 1963. Advertisement“

Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan bonus masing-masing bermula 26 Januari melalui kaunter Tabung Haji dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) rakan strategik,’’ katanya ketika majlis Pengumuman Bonus Pendeposit Tabung Haji 2014 di Dewan Besar, Ibu Pejabat Tabung Haji di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Panglima  Abdul Azeez Abdul Rahim serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Ismee Ismail.

Jelasnya, jumlah pembayaran bonus pendeposit menyaksikan peningkatan 23 peratus berbanding RM2.6 bilion pada tahun lalu.

“Di samping itu, keuntungan bersih selepas zakat Tabung Haji mencecah RM3.3 bilion berbanding RM2.6 bilion bagi 2013, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 24 peratus.

“Prestasi itu menunjukkan peningkatan lebih lima kali ganda keuntungan sejak 2006 dan menghasilkan nilai tambah sebanyak RM15 bilion kepada dana pendeposit,’’ katanya.

1 comment:

Laksa Johor said...

Alhamdulillah. Terima kasih Tabung Haji.