Monday, February 16, 2015

Faekah Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.....

Faekah yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu disayang sekarang dia ditendang
Dulu, dulu, dulu dia bahagia
Sekarang dia menderita

Once upon a time...., ha ha haaa! Kisah silam.... Iya, dulu Faekah dengan Wan Azizah ibarat isi dengan kuku. Jangan berani nak sentuh Kak Wan, jangan sesekali juga mahu menghina, mengutuk PKR parti yang dipimpin oleh Kak Wan.

Sudah pasti wanita yang menjangkau usia 50 tahun ini akan bersilat kuntau pertahankan Bossnya dan PKR

Tetapi sekarang apa sudah jadi...?


KENYATAAN MEDIA
14 FEBRUARI 2015
PKR PERLU MUHASABAH DIRI, HENTI SIKAP TUDING JARI
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti menuding jari kepada orang lain bagi permasalahan dalaman parti yang mereka hadapi.
Sebaliknya pimpinan parti itu harus bermuhasabah dengan melihat permasalahan dalaman ahli parti tersebut dengan jujur, bijak dan lantang.
Reaksi pantas parti tersebut terhadap demontrasi ahli parti mereka yang meminta PKR melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Ketua Umum PKR bagi menggantikan Datuk Seri  Anwar Ibrahim membuktikan parti itu semakin nazak dan amat terdesak.
Malah, Tindakan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang dengan mudah dan tanpa rasa bersalah menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai dalang tersembunyi di sebalik demontrasi tersebut lebih kepada tindakan kebudak-budakan bagi menutup kelemahan sendiri. Tidak cukup dengan fitnah dan penghinaan yang mereka lemparkan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selama ini, kini permasalahan dalaman PKR yang kian membusuk pula mahu dipalitkan kepada mantan Menteri Besar Selangor itu.
Selaku seorang negarawan, Tan Sri Khalid Ibrahim terkenal dengan sifat telus dan bertanggungjawa, justeru menuduh beliau sebagai dalang yg bersembunyi adalah satu penghinaan melampau yang dilakukan oleh pimpinan PKR. 
Kami menuntut PKR memohon maaf di atas keceluparan pimpinan mereka yang jelas gagal menegakkan keadilan seperti yang mereka laungkan selama ini. 

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHASKEPADA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PELABUHAN KLANGDAN AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

1 comment:

Anonymous said...

dulu korang kutuk dia...mahafiraun laahhh...zalim laaahhh...dan macam macam lagi korang gelarkan dia...
aikkk...napa skang tetiba nak tarik dia masuk puak korang lak?punya le ramai ahli2 dlm PR tu takkan takde sorang pun yg layak?maknanya pemimpin2 korang tu bangang bangang le yer...mmmmmmm