Tuesday, February 17, 2015

Famili Anwar Diambang Bahaya...? UMNO Permatang Pauh Sekarang Bukan Yang Dulu....

Sudah pasti dalam tempoh sebulan dari sekarang Parlimen Permatang Pauh akan menjadi tumpuan bukan sahaja media tempatan malah akan melibatkan media asing dari luar negara...!

Iya, inilah lubuk kekuatan PKR! Tempat yang menjadi IKON buat Anwar Ibrahim. Sudah hampir 33 tahun kerusi Parlimen Permatang milik Anwar, cuma pada tahun 1999, 2004 dan pada awal musim 2008 Wan Azizah menjadi proksi kepada suaminya yang ketika itu menjalan hukuman penjara.

Kembali kepada tajuk Blog MIK - Famili Anwar Diambang Bahaya...? UMNO Permatang Pauh Sekarang Bukan Yang Dulu..... Natijahnya, legasi nama Anwar pasti akan terkubur sekiranya pada Pilihanraya Kecil [PRK] Permatang Pauh kali ini calon UMNO berjaya merampas kerusi panas ini!

Semenjak UMNO Permatang Pauh ini diketuai oleh Ketua Bahagiannya yang baru, Datuk Mohd Zaidi Bin Mohd Said yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Zaidi, nampaknya UMNO di lubuk kuat Anwar ini jauh berubah.... Mereka lebih agresif, aktif, progresif dan ofensif!

Kepimpinan Cikgu Zaidi jelas berjaya membawa jenteranya bekerja ke arah menuju kemenangan. Mereka bukan seperti dahulu kala yang dilabelkan sebagai UMNO yang lesu dan tak bermaya.

Cikgu Zaidi berkata pihaknya tidak akan mengulangi skrip yang sama dengan menampilkan calon bukan anak tempatan, payung terjun dan sebagainya sekiranya ada Pilihanraya Kecil di kawasan itu.

"Di peringkat Barisan Nasional Permatang Pauh dan negeri, kita telah mengadakan dua mesyuarat awal bersama parti komponen yang lain untuk persiapan kita. Keseluruhannya, jentera pilihan raya telah kita tubuhkan, cuma perjalanan dan gerakan akan kita fikirkan selepas 24 Februari ini.

"Kalau ada Pilihanraya Kecil maka kita akan buat pergerakan jentera sepenuhnya. Cara berkempen di Permatang Pauh akan berubah daripada yang sebelumnya," katanya

 Memang tepat sekali apa yang disarankan oleh Cikgu Zaidi......

Sekiranya UMNO Permatang Pauh sudah ada memiliki anak tempatan yang berkebolehan, seseorang yang berdedikasi menjalankan kerja, seseorang yang sudah boleh diterima masyarakat tanpa mengira samada pengundi BN atau pun Pembangkang, maka adalah sangat wajar calon BN kali ini TAK perlu orang luar atau 'payung terjun'.

Apa yang UMNO perlukan sekarang adalah Formula Kemenangan keatas Parlimen Permatang Pauh, dan bukannya membuat Eksperimen dimana akhirnya UMNO akan pamerkan rasa lega sekiranya bilangan undi majoriti berjaya dikurangkan. Hakikatnya UMNO masih tidak menang....

Melihat kepada kerja kuat Cikgu Zaidi dan UMNO Permatang Pauh disaat ini, sepatutnya UMNO kena bijak mencatur strategi kemenangan. Kalau kena gaya, jika betul susun atur strategi, sekiaranya bijak membuat formula, TAK mustahil UMNO boleh menang di Permatang Pauh....

2 comments:

Anonymous said...

seronok sakan nampaknya cikgu dgn org cina dlm gambar nih..??
ingat cikgu....??? perangai sebenar org cina bukan boleh di buat berdasarkan gambar.....mereka ni kaum jenis opportunist.....apa saja yg di beri dan menguntungkan , mereka sapu licin.....undi...??? sorry...jgn harap nak bagi UMNO/BN...

Anonymous said...

letak saifool ada sentimental value...