Friday, February 6, 2015

Kemuncak...! FINAL Maharaja Lawak Mega 2014 Malam Ini. Blog MIK Ramal ZERO Atau BOCEY Juara MLM 2014

Malam ini kemuncaknya, FINAL Maharaja Lawak Mega 2014 [MLM2014] yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Setelah bertarung selama 13 minggu, malam nanti seramai lima [5] finalist akan berentap untuk mengejar tahta JUARA MLM 2014 yang menawarkan hadiah wang tunai RM500,000.

Tahta dan gelaran JUARA MLM 2014 ini mengundang peluang kepada Kumpulan ZERO, Nabil Ahmad satu satunya peserta solo, Kumpulan Shiro, Kumpulan Bocey dan Kumpulan Sepahtu selaku juara musim lalu.

Melihat kepada prestasi setiap minggu dan komitmen untuk mempersembahkan komedi yang berkualiti, Blog MIK meramalkan gelaran juara akan dirangkul oleh samada Kumpulan ZERO, atau Kumpulan Bocey.

ZERO terdiri daripada tiga beradik dari Sabah, Syaiful, Sharif dan Atu pada awal musim sentiasa berada di bottom three dan kini semakin mendapat sokongan kuat setelah mempamerkan persembahan yang menghiburkan.

Bocey yang mendapat tempat ketiga MLM musim lalu, dianggotai oleh Achey, Fad dan Abam sememangnya mendapat sokongan kuat pengundi sejak dari minggu pertama kerana persembahan mereka yang konsisten.

Sama sama kita tunggu malam ini....!

No comments: