Sunday, February 15, 2015

Ketepikan Perbezaan Ideologi Politik.... Kak Ijat Bersama Famili Dan Wanita UMNO Kelantan Ziarah Famili Allahyarham Nik Aziz

Tahniah diucapkan buat Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah berkunjung ke kediaman Allahyarham Nik Aziz pagi tadi untuk meziarah Datin Tuan Sabariah....

Rombongan Shahrizat terdiri daripada ahli familinya sendiri, Dato Seri Dr Salleh Ismail [suami], Kamariah Ismail [adik ipar], Izzana Salleh [anak] dan mengiringi bersama adalah pimpinan Wanita UMNO Kelantan yang diketuai oleh Datin Rahimah selaku Ketua Wanita Negeri Kelantan.

Kehadiran mereka telah disambut dengan baik oleh YB Nik Abdul dan ibunya Datin Tuan Sabariah. Kemesraan jelas terjalin dan sesi pertemuan untuk bertanya khabar dan meneruskan siratulrahim sesama ummah menjaga hubungan sesama manusia Hablun Minna Nas....


2 comments:

Anonymous said...

Tahniah...

Anonymous said...

Bersatulah PAS dan UMNO. Dah tiba masa umat Melayu & Islam bergabung demi kelangsungan agama & bangsa.

Bersatulah ...