Tuesday, February 24, 2015

Liwat Tetap Liwat! Sebab Sebenar Anwar Ubah Keputusan, Akhirnya Dia Buat Rayuan Pengampunan Kepada YDP Agong

‎Semalam juak juak Pakatan Pembangkang mempersembahkan aksi aksi lawak dalam persada politik tanahair.....

Petang tadi rakyat Malaysia disajikan pula dengan aksi aksi drama oleh famili Ketua Pembangkang....!

Sejak beberapa hari yang lalu, jurucakap Anwar yang juga merupakan Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah membuat kenyataan yang berulang kali dengan tegas bahawa Anwar Ibrahim tak akan menyembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk membuat Rayuan Pengampunan.

Kita sedia maklum bahawa sebarang Rayuan Pengampunan Agong selalunya dibuat oleh mana mana banduan yang sudah mengaku bersalah dan sedang menjalani hukuman. Dengan itu, jika Anwar bersetuju untuk mengemukakan rayuannya, adakah membawa maksud dia sudah pun mengaku bersalah...?

Petang tadi adegan adegan drama pun dijalankan walaupun Pengarahnya tidak ada dilokasi. Demi untuk mengemis simpati maka Wan Azizah pun mengheret anak anak dan cucu cucunya sekali sewaktu bertandang ke Istana Negara.

Itulah kisahnya drama oleh famili yang suka cakap berbelit-belit. Sekejap nak tunjuk lagak berani mendabik dada mahu jadi Hero Rakyat tak gentar masuk penjara, tiba tiba berubah pendirian terpaksa usung segerombolan ahli keluarga daripada isteri, sehinggalah anak dan cucu pergi menyembah membuat rayuan....

Kesianlah nasib penjilat penjilat tegar Anwar yang sanggup bazirkan masa berembun menyalakan lilin Solidariti diwaktu malam depan penjara Sungai Buloh dan mereka yang sia siakan waktu dihujung minggu untuk menyertai demo haram depan pusat membeli belah SOGO.

Akhirnya idola yang mereka sanjung dan jilat itu bukanlah hero...! Natijahnya sudah mengalah dan membuat Rayuan Pengampunan Diraja, sesuatu yang lazimnya dilakukan oleh pesalah pesalah yang mengakui kesalahanya itu.

Untuk tafsiran Rayuan Pengampunan Diraja; apabila seseorang itu menyembah rayuannya kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, dia mohon ihsan untuk diampunkan kesalahannya itu, dalam kes ini kesalahan meliwat!

Padahal sebelum ini bukan main kuat Anwar dan kuncu-kuncunya menyalak "kesalahan meliwat itu tak pernah dilakukan oleh Anwar".

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

5 comments:

Anonymous said...

Hairan sungguh membuat rayuan atas hukuman jenayah tak ikut protocol, tapi lebih macam propaganda politik. Entah apa juga akan di"spin" selepas ini. Tidak extreme kalau ini kaedah mengheret institusi Agong ke kancah politik Anwar dan anak-beranak. Harap semua pihak akan berhati-hati. Pasti nya puak cinabeng dapigs tidak masuk campur "lawan" institusi raja. Tapi mereka akan tuang minyak ke api dan bertepuk tangan.

Anonymous said...

orang paling tak malu se dunia juaranya adalah KELUARGA ANWAR IBRAHIM

Anonymous said...

Tengok dalam gambar, anak2 kecil di bawanya besama. Sama jugak di mahkamah, semua anak2 kecil di usung sana sini.

Kalau tidak mampu pengasuh, tinggal jer lah di umah sedara2 atau puteri2 PKR sanggup jaga.

Kesian anak2 comel tu.. apa yg dia org tahu..

Anonymous said...

Tengok dalam gambar, anak2 kecil di bawanya besama. Sama jugak di mahkamah, semua anak2 kecil di usung sana sini.

Kalau tidak mampu pengasuh, tinggal jer lah di umah sedara2 atau puteri2 PKR sanggup jaga.

Kesian anak2 comel tu.. apa yg dia org tahu..

Pemerhati said...

Wan Azizah tidak ada pilihan selain minta pengampunan di raja . Keadaan Pakatan Rakyat semenjak Anwar masuk penjara semakin tidak terkawal . Di tambah pula Nik Aziz mati . PAS semakin garang mencabar DAP . Azmin dan Rafizi pula berebut rebut untuk menjadi ketua PKR . Wan Azizah semakin terdesak untuk tenangkan keadaan yang kacau bilau .