Saturday, February 21, 2015

Najib Altantuya... Apakah Persamaan Dan Perbezaan Diantara Sirul Azhar Dan Hanif Basree...?

‎Kecoh...!! Iya sehari dua ini persada dunia pemberitaan negara kita nampaknya cuba dikuasai oleh juak juak murahan Pakatan Pembangkang.

Sedang rancak kita bersembang mengenai kisah benar bagaimana liwat itu benar benar berlaku diantara Anwar - Saiful, tiba tiba barua barua upahan Anwar tergesa gesa cuba "divert" isu yang hangat ini.

Bab kerja mahu buat korner baring nak alihkan isu memang menjadi makanan dan santapan Anwar dan segerombolan pencacai pencacainya. Oleh yang demikian jemaah  ini dengan penuh tawaduk segera menjual FITNAH untuk terus menjahanamkan nama YAB Datuk Sri Najib Razak.

Bahan yang digunapakai oleh Pembangkang kali ini adalah Sirul Azhar yang menghadapi hukuman mati setelah terlibat dengan kes pembunuhan kejam seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Sharibuu.  

Tiba tiba Sirul seperti mendapat "talian hayat" setelah bekerjasama dengan juak juak Pakatan Pembangkang untuk memFITNAH Najib Razak.

Segala pujian dan sekalung ucapan tahniah buat pencacai pencacai Anwar kerana berjaya memulas tengkuk Sirul untuk menjadi tukang baca skrip ciptaan halunisasi dengan membuat imiginasi "Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya...".

Apakah ada sebarang bentuk ganjaran dan habuan buat Sirul untuk menjadi burung kakak tua mengikut apa sahaja yang disebut oleh pencacai pencacai Anwar....?

Kembali kepada tajuk diatas sana.... Melihat kepada apa yang sedang berlaku, memanglah wajar kita membuat persamaan dan perbezaan diantara dua individu bernama Sirul Azhar dengan Hanif Basree.

Adakah anda masih ingat dengan nama Hanif Basree yang bebas dari tuduhan membunuh Norrita Samsuddin pada bulan Mac 2008...?

Persamaan diantara Sirul dengan Hanif Basree ialah kedua-dua mereka menghadapi tuduhan membunuh dan hukuman tali gantung menanti mereka!

Sebagai negara yang menjunjung kedaulatan undang undang dan memberikan keadilan buat rakyat negara ini dibicarakan setelah pertuduhan dibuat, maka sewaktu proses perbicaraan yang tertuduh boleh membela diri.

Sekarang kita lihat perbezaan diantara Hanif Basree dengan Sirul.... Jika anda lihat screen capture diatas tajuk berita "Hanif Kekal Bebas Tuduhan Bunuh Norrita".

Itulah dia perbezaan diantara kedua dua mereka. Hanif telah mempergunakan sebaik mungkin peluang yang diberikan kepadanya untuk membela diri dan dedahkan segala bukti yang ada.

Sirul pula tidak mahu memanfaatkn peluang yang diberikan kepadanya sebaik mungkin. Sepatutnya inilah peluang Sirul pertahankan dirinya habis-habisan dan buatlah apa sahaja pembongkaran dan dedahlah segala dihadapan Yang Arif para hakim.

Kenapa baru sekarang setelah menjadi "pelarian" Sirul beria-ia mahu menyertai pencacai pencacai Anwar memFITNAH Najib?

Peluang bercakap dalam Mahkamah dengan bersumpah Sirul tak pernah sebut langsung penglibatan Najib tetapi kini mahu jadi Jagoan Upahan Anwar menyalak menjaja cerita bohong mengenai Najib.....

Semoga rakyat Malaysia tidak menjadi baghal dan bahalol untuk percaya FITNAH yang dijaja oleh Sirul Azhar

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

2 comments:

Anonymous said...

Buat buat bertaubatlah. jangan tambahkan dosa kamu untuk kepuasan syaitan Pembangkang ini.

Anonymous said...

Cuba fikir dengan akal sikit jika Sirul buat pengakuan masa perbicaraan, rasa-rasanya dia tak akan selamat selepas itu. Dan mungkin juga apa yang dijanjikan kepadanya tidak ditunaikan oleh pihak tertentu sepertimana keluarga PI Bala sedang menuntut apa yang dijanjikan tetapi tidak diberikan.