Monday, February 16, 2015

Pilihanraya Kecil DUN Kajang...? Wan Azizah Mahu Letak Jawatan Beri Laluan Kepada Ihsan Satu Satunya Anak Lelaki Anwar...?

Waaah nampak gayanya Pilihanraya Kecil [PRK] dalam kancah politik tanahair semakin rancak dan meriah...!

Kita sedia maklum bahawa tatkala ini sudah ada dua PRK pasti akan diadakan hanya menanti pengumuman rasmi dari Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR].

Kerusi Parlimen Permatang Pauh dan kerusi DUN Chempaka Kelantan perlu di-isikan setelah hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar kekal kerana bersalah memasukkan zakarnya ke dalam dubur Saiful, manakala kerusi DUN Chempaka pula kosong setelah kematian Nik Aziz.

Sejak malam tadi sudah bermula desas desus, soksek soksek bersiaran cerita Wan Azizah mahu lepaskan jawatan sebagai ADUN Kajang dan mencadangkan agar satu satunya anak lelaki mereka iaitu Muhammad Ihsan Bin Anwar mengambil alih tempatnya itu.....

Apakah ini BENAR...?

Beranikah Wan Azizah mencipta rekod sebagai wakil rakyat yang 'dengan sengaja' sebanyak DUA kali melepaskan jawatan setelah diberikan mandat dan amanat oleh pengundi-pengundinya...? Kali pertama di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2008, dan kali ini tak sampai pun setahun menjadi ADUN di Kajang...!

Kita masih ingat pada bulan Januari 2014, tak ada ribut, tak ada taufan tiba tiba ADUN Kajang dari PKR iaitu Lee Chin Cheh mengumumkan beliau letak jawatan sebagai ADUN kerana mahu berikan laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding disini....

Tetapi oleh kerana hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Anwar, maka Wan Azizah pula dipilih sebagai calon PKR yang akhirnya berjaya menewaskan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

SEKIRANYA BENAR seperti apa yang tertera pada imej diatas tadi, petikan whatsapp yang menyebut Wan Azizah mahu beri fokus dan tumpuan kepada famili, sebaik baiknya beliau dan pimpinan parti serahkan balik kerusi ADUN Kajang ini kepada pemilik asal Lee Chin Cheh, bukannya memilih anak lelakinya sebagai pengganti....

No comments: