Saturday, February 14, 2015

Sebagai Tanda Penghormatan Buat Nik Aziz.... BN-UMNO Tak Bertanding PRK DUN Chempaka...?

Sekiranya kita masih ingat apabila kerusi Parlimen Gelugor kosong setelah kematian Karpal Singh, BN membuat keputusan tidak bertanding.

Semalam Majlis Tertinggi BN bermesyuarat dan belum buat sebarang keputusan mengenai dua Pilihanraya Kecil (PRK) yang bakal diadakan iaitu di Parlimen Permatang Pauh dan DUN Chempaka di Kelantan.

Ada yang meramalkan BN akan membuat keputusan memberikan kemenangan Walk Over kepada PAS untuk PRK DUN Chempaka. Kerusi DUN Chempaka dikosongkan ekoran kematian Nik Aziz dua hari lalu. Sebagai tanda hormat, apakah BN tidak akan bertanding di DUN Chempaka?

Manakala bagi Parlimen Permatang Pauh pula, BN tidak perlu membuat keputusan yang sama sekiranya mahu beri Walk Over di Kelantan. BN perlu memberikan tentangan dan berjuang habis-habisan walaupun kita sedia maklum Permatang Pauh adalah lubuk kekuatan Anwar Ibrahim. BN dan UMNO wajib menggunakan slogan Anwar demi berjuang menentang siapa sahaja calon PKR pada PRK Permatang Pauh, iya slogan "Will Never Surrender".

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

4 comments:

Anonymous said...

Elok juga kalau macam tu,duit belanja piliharaya keud belah pihak gunakan tuk membantu mangsa banji.Tapi rasanya calun bebas dari geng Pok Him ,Perkasa mungkin akan bertanding.Biarlah.

jgn jadi bodoh!!! said...

UMNO bacul!!bkn mnghormati tp takut kalah..pengkalan chepa dan permatang pauh pn xpayah bertanding..taksub dgn nik aziz..dan kesian pada Anwar...bagi je pembangkang menang bagi momentum dorng semakin naik!!

Anonymous said...

Setuju, Cempaka mmg lubuk Pas. Elemen simpati pun sure ada.

Permatang pauh lain situasi. Lawan ttp lawan terutama kalau Mat sabu bertanding.komfem Dap nak dia jadi PM.

Anonymous said...

Bagi aku UMNO tak perlu bertanding. Teruskan perbincangan untuk tubuhkan kerajaan perpaduan adalah lebih baik demi Islam yang semakin dicabar.