Monday, March 2, 2015

Benarkah Kak Wan Sengaja Buat Rayuan Pengampunan Diraja Untuk Halang Azmin Jadi Ketua Pembangkang...? Kisah Dendam Tak Dapat Jadi MB Selangor

‎Tuai padi musim dah tiba
Mari menuai di waktu pagi
Kalau begini malang menimpa
Biar kuturut kata hati

Menyingkap kembali peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas dipersada politik tanahair, ada dua insiden menarik yang mengundang perhatian Blogger MIK.

Rakan rakan Bloggers dan tentera maya di alam media sosial Fb dan Twitter memeriahkan posting masing masing dengan kisah famili Anwar mengemis simpati umum apabila pergi menyembahkan Rayuan Pengampunan Diraja.

Memang tidak dinafikan tindakan famili Anwar itu berjaya menangkap perhatian media. Apatah lagi Wan Azizah menjadi watak utama Drama Minggu Ini dengan mengheret anak cucu ke perkarangan Istana Negara demi menunaikan proses Rayuan Pengampunan Diraja untuk suaminya.

Sebaik sahaja adegan drama itu selesai, reaksi dan respons rakyat menjadi semakin menyampah dengan famili Anwar! Rakyat pasti tidak pernah lupa dengan laungan bongkak Anwar yang berbunyi "Lawan Tetap Lawan". Ditambah pula dengan keangkuhan dan kesombongan macai macai Anwar seperti Rafizi yang menyatakan Bossnya tidak akan membuat Rayuan Pengampunan Diraja.

Secara umum ramai yang membuat rumusan sendiri bahawa Anwar tak akan sesekali membuat Rayuan Pengampunan Diraja kerana proses ini selalunya dilakukan oleh mana mana pesalah yang mengaku bersalah dan mengharapkan belas kasihan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Dalam kes liwat ini, Anwar sentiasa kata dia tak bersalah, yang bersalah ialah UMNO, Najib, Rosmah, pihak Polis, Hakim Hakim, Utusan Malaysia, TV3, dan lain lain lagi...

Sudah semestinya apabila ada tindakan membuat Rayuan Pengampunan Diraja ianya mengundang pelbagai spekulasi berkisar kepada persoalan apakah Anwar sudah pun mengaku dia meliwat Saiful...?

Abaikan sebentar persoalan tersebut kerana kita juga berkenan dan berminat untuk tahu lebih lanjut, siapakah yang sebenarnya membuat keputusan untuk mendapatkan Pengampunan Diraja..? 

Anwar sendiri...?
Peguam peguam Anwar...?
Pimpinan tertinggi PKR...?
Atau hanya keputusan Wan Azizah dan Nurul Izzah tanpa persetujuan beberapa pimpinan atasan PKR...?

Jika disingkap kronologi selepas Anwar dibawa pergi dari Mahkamah Persekutuan menuju ke Penjara Sungai Buloh, memang tidak ada langsung mana mana pimpinan PKR membayangkan Anwar akan membuat Rayuan Pengampunan Diraja. 

Jawatan Rafizi selaku Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR yang bertegas tidak akan membuat rayuan sudah cukup kuat untuk memberikan gambaran ianya adalah ketetapan parti dan semestinya itulah juga pendirian Anwar yang mahu kekal dijulang sebagai "Pejuang".

Kini apa yang pasti, proses rayuan ini dilihat sebagai salah satu taktik untuk untuk melengah-lengahkan masa agar Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh tidak dapat dijakankan sekaligus Pakatan Pembangkang tak perlu menamakan siapakah Ketua Pembangkang yang baru....

Nah! Apabila masuk bab menamakan Ketua Pembangkang yang baru kita boleh meneka siapa sebenarnya dalang disebalik segala drama ini.

Apakah ini semua "move" oleh Wan Azizah dan Nurul Izzah sebagai membalas dendam terhadap Azmin setelah famili Keluarga 69 Anwar ini 'kempunan' jawatan Menteri Besar Selangor...?

Jangan kita lupa bahawa Kajang Move yang membenam Khalid Ibrahim mahukan happy ending buat famili Anwar! Iya, plan awal Kajang Move untuk menjulang Anwar sebagai MB Selangor menggantikan Khalid tetapi berlakunya switch of game plan secara teknikal dan Wan Azizah terpaksa mengambil alih berikutan kes liwat Anwar-Saiful.

Seterusnya selepas proses menobatkan Wan Azizah sebagai ADUN Kajang yang baru menjadi realiti, team Kajang Move bertungkus lumus pula untuk mengangkat Presiden PKR menjadi MB Selangor yang pertama setelah Khalid tersungkur dibentes oleh mereka!

Seantero Malaya menyaksikan DYMM Sultan Selangor dan pihak Istana tak perkenankan langsung untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh hardcore think tanker Kajang Move untuk menghalang Azmin Ali meragut tahta MB Selangor daripada Presiden PKR, namun apabila Qada' Qadar menetapkan bahawa jawatan itu milik Azmin, maka demikianlah juga titah Tuanku Sultan Selangor...

Sejak daripada waktu itu maka terbitlah rasa tidak puas hati dan semakin membengkak rasa dendam disudut naluri Wan Azizah dan Nurul Izzah terhadap Azmin!  Buat mereka yang akrab dengan famili Anwar sudah semestinya tahu kisah benar hubungan Azmin - Wan Azizah - Nurul Izzah. Tanyalah soalan ini kepada Anuar Shaari, Rahimi Osman, Datuk Zul Noordin.

Sudah pasti apabila bergelar MB Selangor, Azmin mahu buktikan dia jauh lebih baik dari Khalid Ibrahim. Hari hari awal memikul tugas sebagai ketua kerajaan Negeri Selangor, Timbalan Presiden itu mendapat perhatian media dengan kaedahnya 'mendampingi rakyat merasai denyut nadi' rakyat Selangor.

Keterampilan dan ketokohan Azmin juga memberi gambaran dirinya layak diangkat sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Anwar merengkok dalam penjara, diwaktu yang sama BN dan YAB Datuk Sri Najib Razak tewas pada PRU ke 14 dan hilang tahta kerajaan Putrajaya....

Malah sudah ada beberapa bekas wakil rakyat UMNO berbisik sesama rakan mereka sewaktu "ngopi" di Coffee House 5 bintang yang mereka sudah pun 'membina semula jambatan' dengan Azmin. Manalah tahu kalau ianya benar benar terjadi, BN tewas pada PRU 14.

Kembali semula kepada persoalan diawal penulisan Blogger MIK diatas tadi. Insiden pertama adalah tindakan famili Anwar membuat Rayuan Pengampunan Diraja. Seterusnya meleret dikupas sehinggalah dikenal pasti dalangnya adalah isteri dan anak anak Anwar yang berdendam tak mahu Azmin mengambil alih posisi Ketua Pembangkang ekoran dari 'tragedi kempunan' jawatan MB Selangor. Selagi status Ahli Parlimen Anwar kekal, maka selagi itulah Pakatan tak perlu umum siapa Ketua Pembangkang yang baru.

Insiden kedua yang mengundang perhatian Blogger MIK ada berkaitan dengan foto dibawah ini. Rakaman kereta rasmi MB Selangor yang berada diluar pintu masuk Penjara Sungai Buloh. 


Kenapa Azmin pergi bertemu Anwar secara senyap tanpa pengetahuan Presiden PKR merangkap isteri Ketua Umum parti itu...?

Apakah MB Selangor itu mahu meyakinkan Bossnya agar duduklah berehat dalam penjara dan biarkanlah dia yang mencatur hala tuju dan masa depan PKR...?

Atau pun Azmin telah dipanggil oleh Anwar untuk berbincang strategi kerana Ketua Umum itu lebih yakin dan percaya kepada MB Selangor berbanding macai macai yang lain termasuklah isterinya sendiri...?

Kesimpulannya Wan Azizah tak rela Azmin dilantik sebagai Ketua Pembangkang maka proses Rayuan Pengampunan Diraja taktik untuk melengahkan masa supaya status Ahli Parlimen Anwar masih kekal.

Tetapi Azmin masih ada laluan istimewa (special access) untuk bercakap terus dengan Anwar secara empat mata. 

Apa sahaja sepak terajang, siku menyiku dalam politik PKR, kemenangan tetap milik Azmin! Harus diingat bahawa MB Selangor ini graduan bidang Matematik... 

Azmin pakar Matematik, setelah dicampur, ditolak, didarab, dibahagi, jawapannya.... Azmin juga yang untung!

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: