Thursday, March 5, 2015

BRAVO Ku Nan...! Walk The Talk... Buat Kerja Ikhlas Tak Perlu Bawa Rombongan Media!

Petang tadi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menaiki LRT dari stesen PWTC menuju ke stesen Bandaraya, kemudian ke kawasan SOGO untuk meninjau keselesaan orang ramai terutamanya pejalan kaki dan mereka yang menaiki kenderaan awam.

Apa yang dilalukan oleh Tengku Adnan adalah untuk merasai denyut nadi rakyat, memastikan perkhidmatan yang disediakan untuk rakyat sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Ini bukanlah kali pertama Menteri Wilayah Persekutuan ini turun padang bersendirian dan tidak membawa segerombolan kakikatangn pejabat Menteri dan kakitangan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Malah petang tadi Tengku Adnan tidak mengheret bersama-samanya wartawan serta jurufoto untuk mewar-warkan kerja yang beliau buat untuk dijadikan bahan berita....

Ini macam lah Menteri UMNO kalau mahu buat kerja demi rakyat! Tahniah Ku Nan...


No comments: