Tuesday, March 3, 2015

FITNAH Najib Dan Rosmah Memang Agenda Utama Pembangkang...! Berapa Ramai Pimpinan UMNO Yang Bangkit Pertahankan Najib dan Rosmah..?

Melihat kepada tajuk posting Blog MIK kali ini jelas terdapat satu kenyataan dan satu persoalan....

Kenyatan yang haikiki! Memang terserlah agenda utama juak juak murahan penganut fahaman Pakatan Pembangkang, mereka tawaduk dengan zikir mengandungi fitnah adu dumba untuk menjadikan Najib dan Rosmah sebagai focus point, target mereka demi untuk menjatuhkan BN-UMNO.

Sejak dari tahun 2008, sebelum Najib menaiki tahta kerajaan secara sah, sewaktu beliau masih lagi Timbalan Perdana Menteri, kuncu kuncu Anwar memang diajar dengan didikan untuk menjadikan Ahli Parlimen Pekan ini sebagai punching bag! Untuk menambah enak kepada resepi menu menyerang Najib, maka isterinya juga Rosmah Mansor turut sama dijadikan bahan sebagai pelengkap kepada misi menyerang Najib...

Segala macam fitnah dan rekayasa hayalan juak juak murahan Pembangkang cuba sedaya upaya untuk menconteng arang dimuka Najib. Sebaik sahaja Ahli Parlimen Pekan ini selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 6 pada tanggal 3 April 2009 dihadapan Yang Dipertuan Agong ketika itu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, makin rancaklah serangan betali-arus Pembangkang terhadap Najib dan Rosmah, sehinggalah ke saat ini...

Sudah pasti segala macam fitnah dan cerita karut marut untuk memburukkan nama Najib ini dilakukan dengan pelbagai kaedah. Dalam era 'high end technology' terkini, memang semakin mudah kerja kerja gila ini dilaksanakan. Kaedah yang semakin dekat dengan rakyat, boleh dihantar terus secara direct access. Iya, kecanggihan penggunaan smart phone dan gajet mudah alih menjadikan kerja kerja jahat memfitnah Najib - Rosmah semakin mudah.

Portal portal pro Pembangkang hanya perlu sajikan berita berita karut marut dengan nawaitu memfitnah Najib - Rosmah, seterusnya bala tentera upahan juak juak Pembangkang hanya perlu viral melalui Facebook, Twitter, rangkaian Whatsapp dan Telegram untuk menyebar biak fitnah fitnah ini meracuni pemikiran rakyat agar membenci YAB Perdana Menteri bersama isterinya...

Apa yang dapat anda saksikan pada dua imej screen capture dibawah ini...?


Iya! Diatas itu adalah diantara bukti bukti terkini bagaimana modus operandi beterusan kuda kuda tunggangan Pakatan Pembangkang bekerja bertungkus lumus memfitnah Najib dan Rosmah... Very conistent bak kata orang puteh!

Reaksi tegas YAB Datuk Sri Najib yang mengambil tindakan undang undang untuk saman Harakah Daily memang tepat dan bijak. Jangan dibiarkan jentera jentera Pembangkang ini berbuat sesuka hati seolah-olah dunia ini mak bapak mereka yang punya.

Memfitnah tanpa bukti dengan membuat tuduhan liar berniat jahat cuba membabitkan famili Najib dengan isu 1MDB adalah satu kerja bodoh Pembangkang! Sesuailah dengan tindakbalas YAB Perdana Menteri maka kita melihat apa yang disebut oleh bidalan melayu lama "Buku Bertemu Ruas".

Begitulah juga dengan apa yang dapat kita baca dengan jelas pada salah satu imej screen capture diatas tadi. Terbukti niat busuk dan jahat portal Malaysiakini putar belitkan kenyataan Rosmah mengenai kisah mewarnakan rambut dengan kos RM1,200. Padahal isteri PM hanya membuat persoalan setelah beliau kesal dengan kadar home service yang agak keterlaluan. Bukannya Rosmah menyatakan beliau ada mendapatkan home service mewarnakan rambut dengan bayaran RM1,200.

Berbalik kepada tajuk posting Blog MIK.... Persoalan bertanyakan 'Berapa Ramai Pimpinan UMNO Yang Bangkit Pertahankan Najib dan Rosmah..?'

Pada hemat Blogger MIK soalan ini perlu ada jawapannya kerana adu dumba fitnah Pembangkang menyerang Najib-Rosmah ini sudah berlarutan selama 7 tahun, sama usia dengan kes liwat Anwar - Saiful.

Jika dibuat perbandingannya, lihatlah gelagat dan cara pimpinan Pembangkang pertahankan Anwar, mereka all out! Walaupun hampir kesemua mereka tahu sebenarnya apa yang berlaku....

Mungkin ada dikalangan pembaca akan katakan, sokongan Anwarsemakin pudar, tetapi hakikatnya mereka tetap setia bersama Pambangkang dan terus membenci UMNO-BN.

Berbeza dengan pimpinan UMNO, maaf cakap, tak nampak kesungguhan mereka pertahankan Najib - Rosmah. Ramai wakil wakil UMNO yang berjawatan tewas dan tak mampu berhujah dikedai kopi, di coffee house 5 bintang apabila membicarakan isu Najib - Rosmah. Tak pandai berhujah sebab tak pernah gali fakta fakta yang hakiki yang boleh membantu mereka.

Lebih menyedihkan lagi apabila wakil wakil UMNO ini lebih berahi mempercayai apa yang difitnah oleh portal portal pro Pembangkang! Semakin parah jika mendengar soalan soalan datang daripada pimpinan UMNO sendiri, diantaranya berbunyi begini;

"Betul ker Najib punya famili involve dengan skandal 1MBD...?"
"Banyaknyer dana 1MDB anak tiri Najib sebat untuk buat filem. Kenapa Najib biarkan..?"
"Kenapa Rosmah nak menunjuk-nunjuk nak cat rambut sampai RM1,200 nak cerita kat public..?"

Apakan daya kita menyaksikan fitnah fitnah jahat ini berjaya menular dalam benak pemikiran ahli ahli dan pimpinan UMNO sendiri....

The Best Way To Defend is To Attack...! Istilah ini amat praktikal buat mereka yang ada peranan dalam struktur parti politik. Rajin rajinlah mencari bahan dan hadam isu isu yang boleh membenamkan pimpinan Pembangkang.

Dalam membicarakan isu Rosmah, lihat sahajalah kelemahan disebelah Pembangkang. Juak juak Pembangkang ini bukanlah sempurna pun.... Sebagai contoh kenapa tidak ada serangan oleh mana mana ahli UMNO dalam isu keborosan First Lady of Penang...? Boleh lihat di SINI.

Kenapa tidak ada desakan untuk membicarakan kes BAFIA Rafizi Ramli yang sudah 3 tahun sunyi sepi ...?

Lihatlah reaksi pimpinan PAS sebaik sahaja YAB Datuk Sri Najib saman Harakah Daily. Mereka mula gelabah dan panik sehingga salah seorang pimpinan PAS yang juga seorang peguam sudah mula mengeluh membayangkan dia tidak menyangka Najib setegas itu...

Sebenarnya pimpinan Pembangkang bukanlah kental dan hebat... Mereka juga ada fear factor dalam diri masing masing. Oleh itu mana mana pimpinan UMNO janganlah gentar untuk attack with facts!

2 comments:

Anonymous said...

Yang bukan Islam dlm PKR & DAP tu memang dah sebati dgn fitnah dan pembohongan, semus itu budaya hidup mereka mcm juga menipu. Hati hitam dan jahat mereka terpancar pada muka mereka yg rata-rata nampak buruk, jahat tak bersih langsung. Yg hairannya orang-orang Islam dalam PAS, PKR & DAP tu, tidakkah mereka takut akan dosa memfitnah?

Anonymous said...

Adakah pemimpin umno hanya fikir nk jaga buntut sendiri dan kerusi empuk masing masing sahaja.