Wednesday, March 25, 2015

GST...? Relax.. Jangan Panik! Hasan Malek Ada...

Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang

Tinggal seminggu sahaja lagi negara kita akan melaksanakan sistem Goods Service Tax [GST] yang akan berkuatkuasa pada 1hb April 2015.

Isu GST nampaknya menjadi Talk Of The Day hampir setiap hari. Kumpulan makcik makcik yang diluar bandar pun sudah pandai bertanyakan kepada para peniaga setiap kali mereka membeli barangan, pertanyaan berbunyi,  "Selepas 1 April, barang ini kena GST tak...?"

Begitulah juga dengan group yang kaki lepak kedai Mamak secara berseloroh bertanya "Machaa, lepas 1 April nanti ini teh tarik ada GST kaa...?".

Secara jujur dan ikhlas kita harus tanya pada diri kita sendiri apakah kita benar benar faham dengan konsep perlaksanaan GST ini..? Adakah kos sara hidup akan naik..? Atau apakah rakyat akan 'mendapat faedah' daripada GST...?

Sejenak Blogger MIK menjadi agak lega seketika apabila membaca apa yang ditulis oleh sahabat Blogger Otai yang tersangat yakin bahawa ada seorang Menteri yang dapat menyelesaikan SEMUA persoalan mengenai GST!

Oleh itu, anda anda semua janganlah gundah gelana, janganlah PANIK! Mari kita sama sama fahami dengan jelas, baca di SINI


2 comments:

Anonymous said...

Itu kerajaan nak pulangkan balik yang sebelum ini tax 10%.. nak pulangkan 4% kerana tax sudah turun.

Anonymous said...

Bro..
Takde GST pun peniaga naikkan harga.

Minyak naik..rega barang dinaikkan..
Minyak turun sekali.. raga barang tak turun..
Minyak turun sekali lagi.. sama, tak turun.
Minyak naik semula sekali, barang tumpang naik sekali.

Peniaga bukan tak untung bro..cuma tak untung banyak je.