Thursday, March 5, 2015

Kak Ijat Kini Bergelar Datuk Seri Panglima Shahrizat Abdul Jalil

Tahniah...!

Bertempat di Istana Kota Kinabalu Sabah pagi tadi telah berlangsungnya majlis penganugerahan darjah darjah kebesaran oleh Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin.


Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah dipilih menerima Darjah Kebesaran 'Seri Panglima Darjah Kinabalu' [SPDK] yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.


Mengetuai salah satu sayap parti UMNO, selaku Ketua Wanita sememangnya Shahrizat layak menerima gelaran tersebut dimana sudah pun terbukti jentera Wanita adalah yang terbaik bekerja lebih lebih lagi sewaktu berlangsungnya Pilihanraya.

Semoga jentera Wanita UMNO akan teruskan bekerja dengan lebih gigih dan menjadi tulang belakang kepada parti UMNO!



No comments: