Friday, March 6, 2015

Setiausaha Agung PKR Sediakan RM650 Setiap Seorang Yang Sanggup Baring Atas Jalan Depan SOGO....

Pandanglah... Lihatlah...!!

Inilah amalan serta budaya kelas longkang dan sampah sarap sebuah parti yang dilahirkan daripada rasa kekecewaan dan semenjak penubuhannya pada tahun 1999 sehinggalah ke hari ini, tak ada kerja lain selain daripada mempamerkan sifat jiwa kacau dan jiwa memberontak....

Anda baca sendiri apa yang tertera pada imej diatas sana. Sesalinan circulation yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. Beliau memaklumkan bahawa parti itu sedia membelanjakan sejumlah amaun RM650 untuk setiap peserta yang sanggup menyertai Demo Solidariti Anwar didepan gedung pasaraya SOGO pada Ahad ini 7hb Mac 2015.

Setelah berjaya kekal memerintah di negeri Selangor dan kekal dengan bilangan melebihi 30 Ahli Parlimen dengan mendapat 'kepercayaan' dan mandat rakyat, inilah cara mereka berbelanja dana parti mereka!

Secara umum kita semua sedia maklum acara berdemo yang diketuai oleh Pembangkang ini sinonim dengan budaya pengikut pengikut tegar anti kerajaan... Apakah kita lupa dengan gejala buruk pernah dibuat oleh mereka mereka yang menyertai acara demo anjuran Pembangkang, saksikan semula foto dibawah ini...

Insiden keganasan peserta peserta demo seperti anda saksikan pada foto diatas ini adalah rakaman bukti yang pernah berlaku di hadapan gedung pasaraya SOGO, lokasi sama acara yang diadakan pada hari Ahad ini....

Kesimpulan merumuskan perkara ini; setelah Rafizi melihat sambutan penjilat penjilat tegar Anwar semakin merudum dimana  Demo Solidariti Anwar sebelum ini didepan SOGO dan Solidariti Nyalaan Lilin depan Penjara Sg Buloh gagal membawa lautan manusia, maka Rafizi terpaksa menyediakan umpan agar dapat membina semula 'big crowd' kununnya Anwar masih mendapat sokongan rakyat.

Tidak mustahil pihak PKR sudah membuat persiapan dengan mengupah wartawan asing yang anti kerajaan Malaysia untuk segera spin apa yang berlaku pada hari Ahad ini.

7 comments:

Anonymous said...

Di selangor campur kuala lumpur 70% sokong anwat ada 5 juta olang. Aik buat demo 150 hadir bayar 200rm seorang pulak tu. Menangis oyor mato darah endwat di penjarooorafizi oiiiii.

Anonymous said...

Di selangor campur kuala lumpur 70% sokong anwat ada 5 juta olang. Aik buat demo 150 hadir bayar 200rm seorang pulak tu. Menangis oyor mato darah endwat di penjarooorafizi oiiiii.

Anonymous said...

Buat demo dulu kemudian dpt duit atau dpt duit dulu baru berdemo. Nak cari pitis ni.

Anonymous said...

Dgn umpan yg amaunnya telah dipertingkatkan, rafizi berpendapat kehadiran para pendemo akan berjumlah jutaan org. Ok jugak tu. Marilah dtg ramai2. Ambik payment, lepas tu selfie sikit dan balik. Dpt jugak rm650. Best ni, jommmm!

Anonymous said...

Bukankah ini suatu hasutan pembuatan menghasut dan merasuah rakyat untuk melanggar undang undang negara.

Abdul Jalaini Abdul Jalil said...

Rusuhan haram... RM650. Kalau kena tangkap siapa nak bantu tanggung duit loyar??? Kaya loyar buruk kat Malaysia ni bela nasib perusuh HARAM... Duit pun HARAM...

Anonymous said...

Pembetulan:
..Ahad ini 7 Mac 2015..bukan 2008 kan?.