Thursday, March 12, 2015

SOLIDARITI Bersama YAB Datuk Sri Najib.... Apa Kesudahannya?

Mutakhir ini perkataan SOLIDARITI semakin rancak meniti dibibir rakyat Malaysia sekaligus terbitlah persoalan adakah ini merupakan suatu fenomena yang baru?

Jika kita bertanya sesama sendiri apakah sebenarnya maksud perkataan Solidariti, jawapannya adalah : Perpaduan, Setia Kawan. Maka dengan itu, perkataan Solidariti ini memang terlalu sinonim dengan kumpulan yang menzahirkan sokongannya kepada rakan rakan sesama mereka.

Sebelum Anwar disumbatkan kedalam penjara bulan lepas, parti PKR dan juak juak murahan Pembangkang melancarkan road show kempen meraih simpati, sokongan dan dokongan rakyat dengan melaungkan Solidariti Anwar Ibrahim.

Kini selepas dijatuhkan hukum, gerakan kempen Solidariti Untuk Anwar diteruskan lagi dengan mengadakan demo haram dihadapan gedung pasaraya SOGO Kuala Lumpur setiap petang Sabtu, dan sebelum ini mereka turut mengadakan Candle Light Virgil setiap malam dihadapan Penjara Sungai Buloh.

Semalam sebagai meneruskan Solidariti kepada Imam Besar Pembangkang , beberapa Ahli Parlimen yang kurang sihat telah mengemis populariti dengan mencukur rambut mereka sehingga botak diluar perkarangan Parlimen....

Demikianlah kisahnya Solidariti yang dimainkan oleh juak juak Pembangkang, menunggang kes Anwar untuk memperdagangkan semangat setia kawan asalkan dapat mengelirukan rakyat!

Dipihak UMNO juga perkataan Solidariti turut sama menjadi satu kaedah untuk menyeru kearah Perpaduan dan Setia Kawan. Sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada PAU 2014 di Dewan Merdeka PWTC, selaku Presiden UMNO, YAB Datuk Sri Najib telah berulang kali menyebut perkatan
SO LI DA RI TI,
SO LI DA RI TI,
SO LI DA RI TI

Pada hari Ahad yang lalu, Datuk Seri Ismail Sabri telah menganjurkan satu perhimpunan tertutup yang dinamakan SOLIDARITI Bersama Presiden UMNO dimana kesemua 191 Ketua Bahagian UMNO telah diminta hadir.

Pada awal bulan Februari sebagai Menteri UMNO, Ismail Sabri telah dikatakan mengundang rasa marah kaum cina dan rakan BN sendiri iaitu Ketua Pemuda MCA turut sama naik angin setelah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini lantang bercakap mengenai orang tengah dan gelagat pembekal serta peniaga yang enggan menurunkan harga barang keperluan asas. Isu yang dibangkitkan oleh Ismail Sabri membuatkan ramai kaum cina menjadi berang.

Namun begitu, dikalangan ramai pimpinan UMNO mereka telah menyatakan sokongan terhadap Ismail Sabri dan diadakan satu majlis yang dinamakan 'Solidariti Untuk Ismail Sabri' bertempat di Restoran River Side PWTC.

Dengan membawa semangat SOLIDARITI inilah barangkali mungkin telah mendorong Ismail Sabri selaku salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Bera menganjurkan majlis  SOLIDARITI Bersama Presiden UMNO.

Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk memberikan ruang kepada seluruh pimpinan UMNO diperingkat akar umbi untuk berinteraksi sendiri dan mendengar penjelasan YAB Presiden UMNO mengenai kemelut 1MDB.

Juak juak murahan Pembangkang bukan main kuat lagi melalak, menyalak dan berkompang kununnya ada penyelewengan dalam urus tadbir 1MDB membabitkan famili Najib, dan pimpinan Pembangkang keterlanjuran memfitnah kununnya negara Malaysia boleh bankrap jika kemelut 1MDB ini tak diselesaikan....

Minggu lepas pimpinan Pembangkang ternganga dan terkejut apabila Najib bertindak drastik serta tegas apabila beliau mengambil tindakan undang undang untuk saman Harakah Daily dan Tony Pua kerana memfitnah dalam isu 1MDB. YAB Perdana Menteri semakin tegas apabila membuat kenyataan rasmi mengarahkan SPRM untuk siasat secara terperinci sekiranya terbukti wujud unsur penyelewengan dan salah laku terhadap dana 1MDB.

Kenyataan Najib telah disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan ianya seiring dan senada dengan bossnya mahukan kaedah Audit Forensik dilaksanakan.  Pada waktu yang sama Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara seharusnya boleh memulakan siasatannya sendiri tanpa menunggu Laporan Ketua Audit Negara disiapkan.

Jelas terbukti Najib dan Muhyiddin mahu mempraktikan ketelusan dalam isu 1MDB dimana mereka berdua tegas mahukan Lembaga Pengarah 1MDB bertanggungjawab dan bersedia berdepan dengan tindakan undang undang sekiranya hasil siasatan mendapat kecuaian dan penyelewengan dalam urusniaga syarikat dana pelaburan strategik itu.

Kemelut 1MDB dilihat sebagai satu peluang untuk menangguk di air yang keruh oleh pimpinan serta penganut tegar fahaman Pembangkang! Namun begitu, ada juga dikalangan pimpinan akar umbi UMNO juga mula terkeliru dengan isu ini....

Apa yang menyedihkan apabila ada dikalangan pimpinan akar umbi UMNO sendiri yang mula membuat perbandingan diantara kenyataan Najib dengan Muhyiddin, menurut tafsiran mereka kenyataan Timbalan PM lebih tegas!

Maka, timbullah pelbagai spekulasi setelah membaca dipenghujung kenyataan Muhyiddin yang lantang menyebut, tidak mahu berlaku sebarang Bail Out iaitu tindakan menyelamatkan 1MDB dengan menggunakan wang rakyat!

Maka dengan itu, program seumpama ini iaitu Majlis Tertutup YAB Presiden UMNO bersama 191 Ketua Ketua Bahagian UMNO memanglah wajar dan amat perlu diadakan. Biar jelas segala-galanya mereka dengar dari mulut Boss mereka sendiri!

Walaupun ada soksek soksek berbunyi persoalan 'kenapa hanya untuk pimpinan UMNO, kenapa Najib tak bercakap sebagai Ketua BN dan libatkan pimpinan MCA, MIC, PPP dan lain lain.., namun apa yang dilaksanakan oleh Ismail Sabri sudah dikira baik.

Majlis selama 2 jam itu sudah pun selesai... Menurut Pengerusi Majlis, Ismail Sabri nyatakan bahawa kesemua yang hadir pada petang itu sangat berpuas hati dengan penjelasan Najib mengenai kemelut 1MDB.

Bukanlah satu isu yang besar bagi mereka yang mempersoalkan kehadiran hanya 130 Ketua Bahagian sahaja, kita perlu akur bahawa ada dikalangan yang tidak hadir adalah Menteri kanan serta pimpinan kerajaan negeri yang sudah terikat dengan upacara kementerian dan kerajaan negeri samada ditanahair atau pun luar negara.

Kesimpulannya, semua Ketua Bahagian seluruh Malaysia dari Sabah sampailah ke Perlis sudah faham dan hadam dengan apa yang dijelaskan mengenai 1MDB. Itu sangat bagus!  Apakah tindakan mereka seterusnya...?

Hanya berdiam diri...?
Hanya menjelaskan kepada pimpinan peringkat bahagian masing masing...?
Buat sesi penjelasan kepada cawangan cawangan...?
Adakan sesi penerangan kepada rakyat khususnya pengundi dikawasan mereka sendiri..?
Memberikan penjelasan dilaman laman sosial seperti facebook dan twitter...?
Mempastikan jentera jentera akar umbi faham isu 1MDB semoga boleh menjadi wakil bercakap di kedai kopi, coffee house dan majlis kenduri kendara...?

Kisah kemelut 1MDB mahu dijadikan lauk oleh pimpinan Pembangkang, mereka mahu sumbat lauk itu dalam mulut rakyat! Lihat sahaja nanti persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, sudah pasti isu ini menjadi zikir harian mereka....

Oleh itu ahli ahli akar umbi UMNO juga wajib benar benar faham akan isu kemelut 1MBD ini, maka pentinglah kesemua Ketua Ketua Bahagian UMNO kena terlebih dahulu faham...!

No comments: