Saturday, March 7, 2015

Sungguh Suci Hati Nor Najwa Najib Dan Tunangnya Daniyar Kessikbayev.... Anak Anak Pimpinan PKR Dan PAS Ada..?

Asam kandis mari dihiris ,
Manis sekali rasa isinya ;
Dilihat manis dipandang manis ,
Lebih manis hati budinya .

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur

Seterusnya setelah berpantun, mari kita fahamkan pula peribahasa melayu yang menjadi rujukan dan amalan sejak dari zaman dulu lagi,
Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

Dua rangkap pantun dan sepotong ayat peribahasa yang diatas tadi ada kaitan dengan upacara yang akan berlangsung pada 28 Mac 2015 bertempat di Pusat Konvensyen KLCC. Iya, disana nanti akan berlangsung majlis perkahwinan anak perempuan kepada YAB Perdana Menteri, Nor Najwa Najib dengan tunangnya Daniyar Kessikbayev.

Sehubungan dengan tajuk Blog MIK, inilah yang dimaksudkan dengan sungguh suci dan murni hati bakal pasangan pengantin, Nor Najwa Najib dan tunangnya, Daniyar Kessikbayev. Pasangan ini menyarankan para tetamu majlis perkahwinan mereka pada hujung Mac nanti agar menghadiahkan cenderahati berbentuk sumbangan wang kepada badan kebajikan dan pendidikan terpilih di negara ini.

Sudah pastinya nilai murni itu hasil didikan ibu dan bapanya, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor yang sentiasa prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Walaupun kedua-dua ibu bapa Nor Najwa sering diejek serta dihina oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab, lima organisasi akan mendapat manfaat daripada majlis perkahwinan tersebut yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam 28 Mac nanti.

Saranan itu disertakan dalam kad undangan yang dihias indah dengan menyenaraikan lima organisasi tersebut bersama dengan nombor akaun masing-masing.

Lima organisasi itu termasuklah Yayasan Orang Asli yang dinaungi oleh Isteri Perdana Menteri dan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak.

Organisasi lain yang terpilih ialah badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Amal Malaysia yang beribu pejabat di Batu Caves, Selangor.

Tiga lagi badan kebajikan dan pendidikan yang tersenarai ialah Maahad Tahfiz al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU), Batu Caves, Selangor; Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan (Perkayatim) dan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong yang dilawati oleh Daniyar pada minggu lalu.


Lihat pada imej diatas ini....  Begitu mulianya hati pasangan ini sehinggakan berita turut mendapat tempat di portal yang selama ini menghentam dan memfitnah Rosmah !

No comments: