Wednesday, March 4, 2015

Tahniah Ismail Sabri....!! Satu Satunya Menteri UMNO Isytihar JIHAD

Tahniah buat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri yang telah mengumumkan JIHAD Memerangi Orang Tengah...!

Impak utama Jihad Memerangi Orang Tengah ada dua perkara iaitu; 

Pertama adalah tumpuan untuk meningkatkan pengeluaran sekaligus meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan. Dari RM 6 bilion peruntukan MOA, RM 2.2 bilion diperuntukkan untuk pembangunan sektor padi. Namun, pendapatan mereka masih tidak berganjak. Justeru, inisiatif Jihad Memerangi Orang Tengah telah laksanakan. 

Kedua, dengan peningkatan pengeluaran dan peningkatan pendapatan petani, MOA juga dapat meringankan beban pengguna kerana harga barangan dapat distabilkan. 

Seperti yang selalu ditekankan oleh Yang Berhomat Datuk Seri Ismail Sabri, Jihad Memerangi Orang Tengah ini tidak mengenal warna kulit. Sesiapa sahaja yang menjadi pengantara antara pengeluar dan pengguna merupakan orang tengah. 

Orang tengah ada dua kategori: 

Pertama adalah ‘Orang Tengah yang bertanggungjawab’ 

Kedua adalah ‘Orang Tengah yang tidak berintegriti’. 


Jihad Memerangi Orang Tengah yang dilancarkan Datuk Seri Ismail Sabri adalah untuk memerangi orang tengah di kategori yang kedua. Orang tengah yang tidak bertanggungjawab ini telah sekian lama memanipulasi golongan petani, penternak dan nelayan. 

Justeru, Datuk Seri Ismail Sabri bertekad untuk melaksanakan Jihad Memerangi Orang Tengah ini demi membela nasib golongan sasar, iaitu golongan petani, penternak dan nelayan daripada terus dimanipulasi oleh orang tengah yang tidak berintegriti ini. 

SUBSEKTOR PADI

Strategi:

1. Menggerakkan PPK sebagai badan pengurusan bagi pembelian padi dari pesawah terus ke kilang melalui Pusat Belian Padi. 
  • Pusat Belian Padi diwujudkan di bawah PPK.
  • Tahun 2014 - seramai 40,385 (23.45%) pesawah telah berurus niaga dengan PPK.
  • Sasaran untuk tahun 2015, seramai 75,583 (70%) pesawah akan berurus niaga dengan PPK.
2. Penyelarasan harga padi di Semenanjung pada kadar seragam Rm1,200/mt.
  • Peningkatan pendapatan petani yang berurusan di Pusat Belian Padi. 
  • Peningkatan kualiti padi melalui MyGAP.
  • Peningkatan keberkesanan perkhidmatan mekanisasi dan automasi. 
3. Mewujudkan Dana Kebajikan Petani (pinjaman mudah).
  • Membantu petani mendapatkan bantuan pinjaman kecemasan sewaktu kecemasan – membiayai persekolahan anak, perubatan dan sebagainya. 
  • Peruntukan RM3.6 juta (RM100,000 kepada setiap 36 buah Pusat Belian Padi).

4. Memantapkan pengagihan beras subsidi ST15
  • Memastikan pengagihan beras subsidi ST15 dilaksanakan melalui kedai-kedai di bawah PPK. 

1 comment:

Anonymous said...

Ni baru pemimpin umno....yang lain semua jenis babi ternakan cina!!!!