Thursday, March 12, 2015

You're Simply The Best Azalina...! Anak Anwar Terkencing Dalam Kain... Kita Mahu Lebih Ramai Ahli Parlimen BN Yang Berani

Sejak malam tadi sudah mula viral video klip Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said membelasah sehingga lunyai Ali Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar...

Azalina mantan Ketua Puteri UMNO yang kini menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO naik berang dengan isi kandungan perbahasan Nurul Izzah yang sangat biaDAP kerana secara terbuka didalam Dewan Rakyat menghina semahu-mahunya Institusi Kehakiman negara kita.

Jika kita amati apa yang diucapkan oleh Naib Presiden PKR ini, tidak syak lagi dia sebenarnya melepaskan geram kepada kelima-lima Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Anwar Ibrahim bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Azalina juga membuat tekaan bahawa tidak mustahil isi kandungan ucapan perbahasan oleh Nurul Izzah itu disediakan oleh ayahnya dan tugas Izzah hanya sebagai burung kakak tua hanya perlu ikut sahaja....

"Rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan intergriti badan kehakiman... Menjual diri mereka kepada Syaitan... Memperdagangkan nuraini mereka demi kepulangan kebendaan, kedudukan, dan jaminan jawatan.."

Begitulah hinanya darjah kesemua hakim hakim seperti yang disebutkan oleh Nurul Izzah!

Video klip berdurasi 13;42:00 minit yang anda boleh juga saksikan dibawah ini sebenarnya membuktikan bahawa gerombolan Ahli Parlimen Pembangkang akan kecut perut sekiranya ada dikalangan Ahli Parlimen BN boleh menunjukkan prestasi seperti Azalina Othman sewaktu sidang Dewan Rakyat.

BN ada seramai 133 Ahli Parlimen manakala Pembangkang diwakili oleh 89 Ahli Parlimen. Sekiranya BN mampu lahirkan sekurang-kurangnya 20 Ahli Parlimen yang lantang, bercakap menggunakan fakta, dan ada watak watak garang seperti apa yang tonjolkan oleh Azalina, tidak mustahil badut badut Pembangkang tak berani untuk melangkah masuk ke Dewan Rakyat....

BN perlu lahirkan lebih ramai lagi watak watak bengis dan garang dalam Dewan Rakyat. Ketika ini, tidak ramai barisan Ahli Parlimen BN yang digeruni oleh juak juak murahan wakil rakyat Pembangkang sewaktu sidang Parlimen berlangsung... Cuma ada beberapa kerat sahaja yang berani untuk 'berperang' dengan Pembangkang dalam Dewan Rakyat, saksikan video klip 02;13:00 minit Azeez Rahim dibawah ini;



Begitulah juga dengan para Menteri Menteri  dan Timbalan Timbalan Menteri apabila menjawab soalan soalan dari juak juak murahan Ahli Parlimen Pembangkang. Ada kalanya ketika menjawab perlulah diberikan sindiran tajam agar dapat dilihat bahawa Ahli Parlimen Pembangkang ini sebenarnya bodoh belaka dan hanya bertanyakan soalan atas dasar 'just for the sake of asking questions'.

Video klip 04;58:00 minit dibawah ini salah satu contoh terbaik cara cara untuk malukan juak juak Pembangkang dalam Dewan Rakyat;


Kesimpulannya, video klip Azalina membelasah Nuzrul Izzah sehingga lunyai dalam sidang Parlimen seharusnya memberikan satu semangat kepada Ahli Parlimen yang lain untuk bangkit dan jadilah benteng kepada kerajaan BN! Kita mahukan lebih ramai Ahli Parlimen seperti Azalina Othman.....

JOM! Tonton semula video klip yang menyaksikan bagaimana anak sulung Anwar dibelasah sehingga lunyai oleh Ahli Parlimen Pengerang;





15 comments:

Anonymous said...

mANA pERGI Ketua pemuda, mana pergi Ketua Puetri, mana Pergi Zahid Sotong, mana Pergi Hisamuddin, mana pergi wira2 UMNO, semua lagi gentel pelir ke? Yg ada Azalina dok mempertahankan dan membela Negera dam kehakiman. Malu lah muka2 Jantan2 yg hanya akan tunjok Berani bila dalam PAU gegak gempita tunjok telor dan pelir. Malu lah ohhh

Anonymous said...

Mentaliti Pemimpin2 Pkatoon Rogol adalah otak terencat akal, termasul Norul janda kurap.

Anonymous said...

Suruh Tony Puaka pi belajar kira2 dulu. Pimilihan Parti komunis biaDAP 2000 lebih ajli2 buat undian pun bole buat kesilapan yg mengambil berminggu untuk mengkoreksi kesalahan yg budak2 sekolah rendah pun bile buat. Inilah Tahap bahalulunya Tony Puaka, bekas penuntut OxFart what a bloody shame ada hati nak komen tentang !MDB. Go Back to Primary School 1st lah apek Lanchiow and study maths, then you can talk cock. A bloody disgrace parlimentarian, takde kelas punya apek Lanchiow

Anonymous said...

Setuju sangat.. Pembankang hanya pandai komen.
JASA habuk pun tarak.

Anonymous said...

YDP. pun takut dgn pembangkang..Tak tegas

Anonymous said...

Ketua Pemuda lagi lembik dari Azalina. Kalau lelaki semua lembik baik Azalina ni je jadi PM.

Anonymous said...

Azalina memang terbaik. Selama ni si Nurul Izzah perasan dia saja yang vokal. Tapi kalau dah salah guna vokal tu, buruk padahnya. Memang jelas kebodohan Nurul Izzah bila menuduh hakim berpakat dengan syaitan. Fakta kes amat jelas, tak ada ragu-ragu lagi bapamu memang peliwat. Kerja terkutuk tu hanya boleh dibuat oleh golongan yang berkawan dengan syaitan.

Anonymous said...

Tabik kepada YB Azalina yang 'tak ade teloq'.

Anonymous said...

Mangsa Liwat, Saiful nak dheret hukom Qazaf dgn Sebatan 80kali. Peguam Negara Shafei kerana mendedahkan perbuatan jijik lagi terkutok Papa Gay dia nak dheret dgn hukom Qazaf. Bapak Gay dia peliwat tak nak pulak dkenakan hukom Hudud rejam sampe mampos. Dia pikiq Hukom dan kehamikam mak bapaok dia yg punya. Inilah Mentaliti terencat Akal Nuar Jubor sekeluarga, keluarga 69, Keluarga Tunggang Tonggeng Nuar Jubori

Anonymous said...

Nurul Izzah,
Bukan hakim yang menjual diri mereka kepada syaitan tapi bapak peliwat engkau dan engkau sendiri yang telah menjadi syaitan jenis manusia.

Anonymous said...

Ketegasan dan keberanian yang ditunjukkan oleh Azalina menunjukkan dia ada potensi untuk menjadi PM wanita pertama negara kita.Perkara ini tak mustahil terjadi sekiranya pemimpin-pemimpin lelaki menjadi semakin lembik dan pondan macam Az*** A** dan jantan-jantan yang sewaktu dengannya.

Anonymous said...

Saya agak Azalina dah tak tahan lagi setelah terlalu lama 'perkara-perkara mengarut ni' seolah-olah terbiar berlaku. Penghinaan demi penghinaan dilakukan seolah-olah seperti tidak ada orang yang berani untuk menentang. You have awoken the sleeping giant. Syabas Azalina, you have got 'BALLS'.

Anonymous said...

Syaitan dihalau dari syurga masih tak mau mengaku salah dan mohon utk menghasut manusia! Bapak dia meliwat, mungkin dihasut syaitan & kini di hukum 'syaitan'.....saya pun confuse lah! Siapa syaitan sebenarnya?

Anonymous said...

saya memang suka cara YB Azlina sejak beliau dari Puteri UMNO lg...dilantik sbgai Menteri di KBS...tegas..dan berwibawa...

Anonymous said...

Lawakla...haha...right now, nobody knows the truth anymore..but, just wanna remind you...at the end, in hereafter we will be known the truth, that is in front of Allah Swt..don't care about it, but if u already knew the truth but still believing the lies..so seriously so damn really pity u r...