Saturday, April 4, 2015

Akhirnya Soalan Tun Dr M Siapa Arah Bunuh Altantuya Sudah Terjawab....! Mari Lihat Ini Jawapannya....

Waaaah sakan sungguh nampaknya kegirangan juak juak Pembangkang apabila Tun Dr Mahathir menulis di blognya mempersoalkan banyak perkara mengenai kepimpinan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.

Diantara beberapa perkara yang disentuh oleh Mahathir ialah persoalan "Siapa Arahkan Bunuh Altantuya..?". Sepantas kilat, sekelip mata Malaysiakini portal yang berkiblatkan Pembangkang menjadikannya sebagai tajuk utama di laman mereka....

Salah seoarang ADUN UMNO di Selangor mengeluh...! Iya, beliau mengeluh kerana salah seorang ADUN dari DAP telah menerpa kepadanya, menunjukkan skrin handphone akan tajuk tersebut di Malaysiakini Online. Keluhan Yb UMNO itu diluahkan pada laman sosial facebooknya....

Segala apa yang dituliskan oleh Tun Dr M ini mengundangkan pelbagai reaksi khususnya dikalangan para Keyboard Warriors dan isu ini menjadi sangat meriah. Kemeriahannya menandingi cerita GST.

Bermacam macam versi yang ditulis dilaman sosial berkaitan ledakan bom oleh Mahathir yang dilihat seolah-olah mahu isytihar perang dengan Najib. Ada yang terus menghentam Tun Dr M tetapi dengan cara yang berhemah, ada yang terus balun tanpa toleh kiri kanan...., ada juga yang masih merayu agar kedua dua tokoh ini duduk bersama empat mata dan leraikanlah segala apa yang tersimpul, demi kesejahteraan parti UMNO sebagai tunjang kepada denyut nadi BN.

Tanpa melengahkan masa, berbalik kepada tajuk posting Blog MIK yang menjanjikan sudah jawapan kepada soalan Tun Dr M. Anda anda yang membaca sejak awal tadi pasti mahu tahu akan jawapannya....

Soalan ini memang panas! Sesiapa sahaja mahu tahu siapakah sebenarnya yang memberikan arahan agar Altantuya dibunuh...

Sebelum soalan itu dijawab, kita juga harus bertanyakan kepada diri kita sendiri apakah soalan Mahathir itu benar benar relevan, maksudnya apakah soalan itu ditujukan kepada sasaran yang betul..? Dimanakah asas kelayakan soalan itu...

Sepertimana sebagai seorang islam yang hendak menunaikan solat. Asasnya dia perlu ada wudhu' barulah boleh menunaikan solat, melainkan dalam keadaan darurat maka tayamum dibenarkan..., namun begitu, asasnya [bertayamum] masih diutamakan.

Samalah juga sekiranya sewaktu solat imam melakukan kesalahan seperti tersilap kira rakaat, apakah kesalahan itu diletakan diatas bahu makmum...?

Baiklah sepertimana yang dijanjikan, anda lihat jawapan kepada soalan Tun Dr M ada di SINI

18 comments:

Anonymous said...

Najib patut jawab apa yang dipersoalkan oleh Tun Mahathir, masalahnya sekarang ini Najib suka lepas tangan dan membiarkan keadaan makin haru biru dan caca marba tanpa sebarang penjelasan.

Jika ada yang kata Tun Mahathir perlu jumpa face to face dengan Najib untuk selesaikan kemelut yang bersarang ketika ini, itu semua dah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir, masalahnya adalah menasihatkan Najib dengan mengemukakan perkara benar yang tidak mendatangkan rasa syok sendiri kepada Najib adalah seperti mencurah air ke daun keladi serta seperti berbicara dengan lembu, dia buat tak peduli sahajalah.

Isunya sekarang ini adalah bukannya Tun Dr. Mahathir nak menjatuhkan UMNO atau nak mengainaya Najib, tetapi Najib sendiri yang mensabotaj UMNO kerana suka kepada perasaan syok sendiri dan berasa pandai sangat hingga menjadi bangang.

Tun Dr. Mahathir dan veteran UMNO yang lain dah nampak kegagalan dan cara Najib mengemudi Barisan Nasional menuju kehancuran, mereka telah tegur cara baik dan berhemah tapi Najib jadi macam tunggul atau lembu yang tak faham akan teguran, maka mereka keraskan sikit kritikan mereka, pun Najib masih macam tunggul dan lembu yang tak faham apa-apa, maka sampai kena hentam dengan begini teruk pun Najib masih bengong dan buta kayu, ini menunjukkan Najib sedang mensabotaj UMNO, kekalahan UMNO dalam PRU 14 adalah perlu dipertanggungjawabkan kepada Najib sepenuhnya.

Saya berasa sangat hairan dengan blogger bangang yang bertaraf jemuan yang begitu ghairah membela Najib sedangkan Najib sedang menjahanamkan Barisan Nasional, apakah para blogger dan puak-puak penyokong kebebalan Najib ini ikhlas untuk selamatkan Barisan Nasional atau diberi upah untuk mengkhabarkan berita gembira syok sendiri kepada Najib sedangkan hanya indah khabar dari rupa sahajalah?

Hakikat yang ternyata sekarang ini adalah untuk selamatkan UMNO dan Barisan Nasional, Najib dan kuncu-kuncu perlu letak jawatan, duduk diam-diam macam Pak Lah sudahlah, kalau dah tak reti tu jangan jadi tikus membaiki labu.

Rakyat pandai menilai, sebab itulah majoriti rakyat menyokong Tun Dr. Mahathir dan kepimpinan veteran UMNO yang ikhlas untuk perjuangan parti.

Anonymous said...

TS Musa Hassan dah lama jawab,Tun Dollah pun dah jawab,Razak Baginda sendiri dah jelaskan.TM saja berhati bususk buat tak tahu.TM2X5 je dgn Mahfuz Bean.

Anonymous said...

Aku sokong dengan Anon yg mula2 buat komen tuh. Najib membisu seribu bahasa. Rakyat nak tahu samlah kenapa isu 1MDB diputar belitkan. Kalu Najib tak jawab bermakna Najib menyembunyikan sesuatu,samalh cam kaki pungkoq yang ada kat Holiday Inn Sg Buloh tu. Asyik2 konspirasi,asyik konspirasi. Suruh bagi bukti,hakim di hamunnye. Najib kena respons soalan Tun. Tun ni shifu. Kalu x jawab rakyat beranggapan yg Najib menyuruh Sirul ke, sapa ke terlibat. Jawab la supaya nama Najib dapat di bersihkan. Ingat sekarang ni zaman IT. Kalu tak lawan pakai IT...alamat BN akan lingkup la. Bila BN lingkup,habis org melayu. Tak payah dok harap kat PAS,itu Parti Ajakan Syaitan. PKR..itu Parti Kaki Pungkoq. UMNO lah satu2nye pembela org melayu. Yg lain banyak bersengkoknkol dengan komunis bermata sepet. Bangunlah Najib ooi,jangan bermata kecik. Aku nampak kau ni macam lembu dah. Jawab la utk bersihkan nama kau.

Anonymous said...

Cara Najib dlm isu2 negara membayangkan beliau orang yang buat salah.

Beliau perlu tegas dalam menjawab &menerangkan persoalan rakyat.

Setakat TV3 dan Utusan, media ini sudah basi, dan rugi.

Anonymous said...

persoalan tun siapa yg memberi arahan untuk bunuh altantuya..dia tak tuduh najib pun..kenapa pulak ada saja yg terasa..kalau najib tak trlibat lagi bagus dia buat siasatan spt cadangan tun..nyawa orang wei..

Anonymous said...

Pasal isu Altantuya itu, apa yang dijawab? Motif utama pembunuhan Altantuya itu apa? Apakah Sirul dan Azilah punya motif untuk bunuh Altantuya?

Yang berhati busuk adalah para jemuan belaan Najib yang sanggup menjahanamkan imej Barisan Nasional kerana dihumban duit rasuah untuk membeli jiwa mereka oleh Najib bagi membela kedunguan Najib yang kononnya pandai terlebih itu sangat.

Anonymous said...

Bagus najib tak jawab..jgn cpt sngt nk melatah mcm tun Dol, semua benda nak dilayan...akhirnya lawan yg untung

Anonymous said...

Apakah dgn menghina tokoh negara Tun Mathathir, Najib dapat membersihkan dirinya dari tuduhan & persoalan RAKYAT?

Anonymous said...

Kalau tak percaya PDRM nak tahu juga siapa bunuh Bitch itu, join saja dia di alam barzakh. Kalau jumpa dia boleh Tanya puas2.

Bosanlah, orang Melayu ni kalau tak bertekak sesame sendiri tak sah.

Baik UMNO dengan PAS, PAS dengan PAS, UMNO dengan UMNO --SAMA SAJA.

SAMA SAJA - Bijak bercakap, Sejarah Melaka tak nak di Belajar. Cuti ke Spain setakat makan angin, Otak masih kosong.

Orang Melayu memang tak serik serik.

Dah senang macam ni masih tak puas kalau tak bertekak.

Ganti PM?

Buat apa? Hai Orang UMNO?

Mesti kamu tak puas hati juga, lagi2 selagi Tun M ada, MESTI tak juga bagus. Tak baik macam dia.

Dalam pada itu, bertekaklah bertekak...

Masjid kosong, Perpustakaan kosong, bangsa lain yang penuhi Libraries throughout Malaysia.

Budak2 Melayu? Sibuk ikut tunjuk penganjur demonstrasi di tengah jalan.

Buat MALU je.

Patutnya sokong PM, dia sedang buat yang terbaik untuk Negara kita.

You ALL Know it, don't deny this!

kluangman said...

Semua orang jawab tetapi mereka sendiri out of integriti..mana ada orang berak tengah jalan nak mengaku dia berak.

Ini bukan soal Mahathir yang cakap tetapi rakyat menilai isi percakapannya dan kalau majoriti memberi sokongan,apakah pandangan majoriti itu salah...dan kalaupun minoriti..apakah just ignore, kata merepet !!!

Ambil sikap Ketua Pemuda,Kj...yang mahu Najib menjawab sendiri isu tersebut, jawab walaupun berulangkali, jawab sendiri bukan guna pondan untuk jawab..

Dan pesan Kj..jangan pandang ringan apa yang ditegur oleh Mahathir...seseorang yang bercakap ketika alat pembedahan lengkap di tangannya.

Pak Lah said...

Aku rasa elok lah Najib berundur dan suruh Mahadey jadi PM balik . Mahadey perasan diri nya bagus sangat .

Anonymous said...

Yang menjadi masaalah pertanyaan tidak mendapat jawapan?.

Anonymous said...

22 tahun pun tak puas2 lagi.

Anonymous said...

aruah jj adalah punahsihat najib .

Anonymous said...

Sokong tun m jadi pm balik.mesti ahli pas n pkr sokong bn.sbb sekarang diorang tngah sokong run tu.

Anonymous said...

begitu la macai2 tegar umno/bn, bila kene kt batang hidung sendiri, mcm2 dolak-dalihnya. kah..kah..kah...

Anonymous said...

Sekiranya kita mengikuti kes2 tersebut, jawapan2 tu dah ada sebelum soalan TDM. Soalan tu mcam ada motif lain. Atau TDM termakan hasutan Mahfuz wallahualam.

lukman hussain said...

Anuar yg suruh kot