Wednesday, April 1, 2015

Benarkah Azmin Ali Dapat Lauk Free Daripada UMNO-BN....?

Sejenak Blogger MIK terdiam seketika memikirkan apa yang diluahkan oleh seorang sahabat sewaktu kami menjamu selera menjamah makanan tengahari tadi...., beliau adalah mantan Ketua Bahagian UMNO di negeri Selangor.

Sahabat itu menunjukkan petikan laporan sebuah akhbar seperti dibawah ini;

Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Malaysian Road Records Information System) , atau dalam singkatan nama MARRIS ialah satu aplikasi yang digunakan untuk merekod maklumat-maklumat jalan dalam seluruh negeri.

Menurut petikan laporan berita yang anda boleh baca seperti yang tertera pada imej screen capture diatas ini, jelaslah bahawa MARRIS yang duduk dibawah Kementerian Kewangan akan membelanjakan RM100 Juta untuk pembaikan jalan di daerah Klang, kawasan yang mana keputusan PRU disapu bersih oleh juak juak Pembangkang..!

Bersusah payahlah kerajaan UMNO-BN diperingkat pusat membuat khidmat untuk rakyat tetapi hakikatnya apabila munculnya PRU penduduk dikawasan ini tetap membenci calon calon UMNO-BN. Iya, itu hakikatnya....

Pada PRU 13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013, calon calon Pakatan Pembangkang menang besar di negeri Selangor menawan 44 kerusi DUN dan UMNO hanya mampu menguasai 12 kerusi diwaktu yang sama komponen BN iaitu MIC.MCA dan Gerakan tertonggeng!

Parlimen Klang pula mempunyai 3 DUN iaitu Pelabuhan Klang, Pandamaran dan Kota Alam Shah. Kesemua calon calon BN tewas dengan kedudukan 0-4. Cuma diwaktu ini DUN Pelabuhan Klang yang dimenangi oleh mantan MB Selangor Khalid Ibrahim kini berstatus bebas.

Malah, jika disingkap rekod PRU, keempat-empat kerusi disini memang menjadi kubu kuat Pakatan Pembangkang sejak 2008. 

Oleh itu tidak salah untuk mempersoalkan keputusan ini. Apakah ianya satu pembaziran kerana dilihat tidak wajar untuk kerajaan pusat berbelanja untuk pengundi pengundi yang tidak pernah menyokong kerajaan UMNO-BN...? Atau pun ianya satu "gateway" untuk "menghalalkan" juak juak UMNO-BN Selangor melibatkan diri mereka dengan projek dari kerajaan pusat ini...?

Yang memerintah negeri Selangor adalah Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh PKR, tetapi peranan dan tanggungjawab yang bersungguh sungguh mahu berbelanja untuk rakyat dipikul oleh UMNO-BN.

Senang kerja Azmin Ali....

2 comments:

Anonymous said...

Projek tu siapa yg bayar? Tentu kerajaan pusat. Betullah, tender kroni kerajaan pusat yg dapat. Kesenangan, pembangkang yg dapat. Sampai bila2lah nampaknya bn.jd tukang suap lauk kpd pembangkang...

Anonymous said...

Perwakilan bahagian/cawangan UMNO dinegeri Selangor perlu diberi kepada muka baru.