Monday, April 13, 2015

Izzah Setuju Dengan Muhyiddin.... Kalau Betul Cara Kempen, Calon BN Boleh Menang Di PRK Permatang Pauh !

Sudah 33 tahun kerusi Parlimen Permatang Pauh menjadi kerusi 'keramat' buat famili KETUM!

Sejak tahun 1982 pengundi pengundi di Permatang Pauh sudah sinonim dengan kerja mengangkat dan menjulang Bapa Peliwat Negara untuk dinobatkan sebagai Ahli Parlimen mereka. Mereka peduli apa dengan parti mana yang diwakili oleh Anwar, kalau dulu atas tiket UMNO dan kini atas tiket PKR.

Menjulang Anwar ibarat satu ibadah buat pengundi pengundi tegar anti BN yang mengasihi dirinya dan ini terbukti dalam tempoh Anwar dipenjara pada tahun 1998 - 2004, penggantinya Wan Azizah turut sama diberikan kepercayaan oleh mereka yang ada sifat taat setia...

Fenomena 1998 - 2004 kini berulang lagi. Sudah lebih 60 hari Anwar sekali lagi menjadi penghuni Penjara Sungai Buloh setelah hukuman penjara 5 tahun keatasnya kekal akibat dari memasukkan zakarnya kedalam dubur Saiful Bukhari Azlan.

Suruhnjaya Pilihanraya [SPR] sudah pun menetapkan bahawa tarikh PRK P044 Permatang Pauh akan diadakan pada 7 Mei 2015. Manakala penamaan calon pula akan diadakan pada 25 April 2015.

Kelmarin YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah menghabiskan masa untuk bersama sama jentera BN di Permatang Pauh yang diketuai oleh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Zaidi.

Sebagai Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Cikgu Zaidi telah memberikan taklimat yang rapi akan kedudukan terkini persiapan jentera UMNO-BN bagi mendepani PRK Permatang Pauh.

Calon UMNO sudah pasti akan dilabelkan sebagai yang bukan pilihan atau "under dog" kerana ianya bukan satu tugas mudah untuk menundukkan legasi KETUM di lubuk kuat PKR! Inilah yang disebutkan oleh Tan Sri Muhyiddin bahawa jentera UMNO-BN mendepani satu "uphill task" ibarat mendaki bukit yang tinggi....

Pada PRU 13, Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan kemenangan majoriti 11,721 undi. Namun begitu, sekiranya dilihat dan dibuat perbandingan, pada tahun 2008 Anwar menang lebih besar iaitu  majoriti 15,671 undi. Ini bermakna majoriti Anwar telah merosot sebanyak 3,950  undi !

Jika disingkap rekod keputusan yang lalu, pada tahun 2004 Wan Azizah hanya menang tipis iaitu majoriti 590 undi sahaja berbanding tahun 1999 dimana isteri KETUM menang besar majoriti 9,077 undi.

Nampak...!

Sudah dua kali iaitu tahun 2004 dan 2013 legasi KETUM mengalami situasi kemerosotan majoriti. Tidakkah ini membawa maksud sekiranya betul cara kempen, bijak cara melaksanakan kerja kerja oleh jentera UMNO-BN, dan UMNO-BN memilih calon yang disukai masyarakat tempatan, maka tidak mustahil untuk famili KETUM ditumbangkan....!


Muhyiddin menyeru jentera parti supaya menggunakan kebijaksanaan dan cara yang berhemah dalam memberi penerangan kepada pengundi.

"Kita nak menggerakkan jentera-jentera kita ini. Jangan kita tidak tahu ini adalah situasi perang. BN mesti menang. Sesuatu yang kita nak buru ialah musuh kita. Kita bukan memburu dengan peluru tetapi dengan kebijaksanaan. Bila bercakap mesti dengan teratur.

"Pengundi akan kemukakan kepada kita berbagai-bagai soalan. Inilah masanya untuk kita memberi penerangan yang betul. Kita harus bersedia untuk memberi penerangan dan penjelasan yang boleh diterima. Setiap satu isu meletakkan satu tanda soal dalam pemikiran pengundi," katanya.

Beliau berkata jentera parti harus memainkan peranan memberi penerangan satu persatu dari rumah ke rumah agar pengundi mendapatkan penjelasan tepat berhubung sesuatu isu itu.

Muhyiddin berkata jentera parti juga perlu bergerak selangkah ke hadapan daripada pembangkang dalam menangani isu yang dibangkitkan.

"Jangan kita jadi 'defensive'. Kita kena tembak dulu sebelum Pembangkang tembak. Seeloknya kita buat persiapan awal," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Tembak pon kene padu....

Jgn lelehh jaa...wekeke.....

Ini lah masanya org umno dan pas nak buang peliwat dari bermaharajalela di msia ni....

Cukup2 laaa keturunan ni merosakkan negara....

Keluarga ni x akan miskin 7 keturunan... duit berbillion.... yahudi bg utk penuhi cita2 yahudi....

Yg susah rakyat jugaa.... yg mkn retorik dan auta sampai kenyang...

Anonymous said...

Setakat nk minta org umno undi bn, susah sgt nk menang. Kena lakukan sesuatu semasa kempen agar undi pas akan berpihak kpd umno. Strategi perang, gunakan segenap senjata yg ada di kubu musuh.

Anonymous said...

kamu ini bermimpi disiang hari ke?
kalau budak sek rendah bole la kamu cong la.