Thursday, April 23, 2015

Kalau Betul Naib Ketua Pemuda UMNO Azwan Bro TAK Terlibat Dengan Kerja Gila Nak Jatuhkan YAB Datuk Sri Najib... Tolong Buat Laporan Polis Bro !

Waaaahh....!!

Panas panas panas.... Hangit hangit hangit..... Meriah meriah meriah.....Kecoh kecoh kecoh....

Begitulah kisahnya meletop cerita mengenai Azwan Bro Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dilaporkan oleh portal mykmu.net telah mengetuai 'gerombolan' untuk menjatuhkan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak !

Memang kecoh, memang panas, memang meriah kisah ini berkumandang di laman sosial sejak pagi tadi. Pelbagai reaksi dan respon kerana sekiranya kisah yang bongkarkan ini benar dan sahih ini bermakna maksud perkataan JEMUAN yang pernah diungkapkan oleh YAB PM kita telah dikenal pasti....

Semestinya kisah ini mengundang rasa yang sangat kurang enak dalam kepimpinan UMNO kerana sayap Pemuda UMNO seharusnya menjadi benteng teguh kepada parti UMNO. Jika orang nombor dua dalam sayap ini terlibat dengan kerja gila, apakah ini membawa maksud akan berlaku gunting didalam lipatan...?

Seandainya ini suatu kisah benar, maka semakin mudahlah kerja Rafizi Ramli, Chegu Bard, Mahfuz Omar, Tony Pua kerana ada juak juak dalam UMNO yang sanggup menjadi tukang basuh berak mereka mereka ini !

Pendedahan oleh portal mykmu anda boleh baca sepenuhnya di SINI.

Blog MIK cabar Azwan Bro untuk buat laporan polis sekiranya apa yang didedahkan oleh portal mykmu ini tidak benar.... Come on Bro ! Bersihkan nama lu Bro...!!

4 comments:

Anonymous said...

macam ini kah gaya ketua pemuda umno....pemimpin negara?...

Anonymous said...

Da kawin ke belum? Kesian kalau pasangan hidupnya juga dia bermuka2.

Anonymous said...

Baru tau kah? Harap KJ bersihkan namanya dahulu.

Anonymous said...

Semoga Allah ampunkan dosa azwanbro