Monday, April 6, 2015

Nahas Helikopter - Inilah Wajah Sebenar Aidana Baizieva..., Bukannya Yang Bertudung. Ada Wanita Kyrgystan Tuntut Mayat Aidana ?


Biodata Aidana Baizieva penumpang misteri helikopter terhempas. Setakat berita ini ditulis, status wanita dikenali sebagai Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Semenyih pada 4 April 2015 lalu masih lagi menjadi misteri. Ini susulan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang masih belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.

Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’.

Terdahulu, helikopter yang dinaiki oleh Ahli Parliman Rompin Dr Jamaluddin Jarjis berserta 5 lagi penumpang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada 4 April 2015 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak PM Dato Najib Razak di Pekan, Kuantan, Pahang.

Senarai Nama 6 Mangsa Maut Helikopter Terhempas 4 April 2015

1. Juruterbang Kapten Clifford William Fournier

2. Aidana Baizieva (Identiti Masih Lagi Misteri Sehingga Kini)

3. Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia)

4. Datuk Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri)

5. Pengawal peribadi Jamaluddin Razakan B Seran

6. Datuk Tan Huat Seang.

Gambar Co-Pilot Tersebar Bukan Foto Aidana Baizieva

Foto co pilot yang tersebar bukanlah foto Aidana Baizieva. Menurut kenyataan rasmi pemilik foto, Dzuriasikim Dzulkifli, 46, foto tersebut adalah gambar kenangan selfienya bersama Kapten Clifford Fournier (mangsa maut nahas helikopter).

Foto Sebenar Wajah Aidana Baizieva Tersebar Dilaman Sosial

Menerusi laman sosial, foto wajah sebenar Aidana Baizieva kini tersebar dilaman sosial. Namun, persoalan siapa dan apakah tugasan Aidana didalam helikopter tersebut bersama VVIP masih menjadi tanda tanya.

Identiti Mayat Ke 6 Masih Belum Lagi Dikenalpasti

Menurut pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan dipercayai wanita misteri tersebut, Aidana Baizieva belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.

BERITA TERKINI:

Seorang ahli keluarga Aidana Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menuntut mayat wanita tersebut.

Difahamkan gadis tersebut yang juga adik Baizieva sedang mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.

Dia tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin dan ditemani seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan.

Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.

Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka. -mstar