Wednesday, April 15, 2015

Nalla Bertanya Dalam Sidang Dewan Negara Tadi, Kenapa Masih Ada Orang Islam TAK Percaya Walaupun Najib Dah 3 Kali Bersumpah Dengan Nama Allah TAK Kenal Altantuya...?

Gamat seketika sidang Dewan Negara di Parlimen sebentar tadi.....

Senator Datuk Seri Nallakaruppan selaku salah seorang daripada Ahli Dewan Negara bertanyakan soalan, kenapa sudah tiga kali YAB Datuk Sri Najib bersumpah dengan nama Allah bahawasanya beliau tidak mengenali Altantuya tetapi kenapa masih ada orang yang beragama islam tidak mahu percaya dan terus kaitkan Najib dengan kes pembunuhan ini....?

Seterusnya Nalla melahirkan persoalan jika bangsa melayu bergaduh sesama melayu, siapakah yang akan rugi..?  Begitulah hebatnya perhatian Nalla terhadap keharmonian tanahair kita....

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

8 comments:

Anonymous said...

Apa punya baghal da!!!!
Bukan tidak percaya kpd Najib atau tuduh dia.....kalu dah bukan Najib......cuma nak tau siapa pulak yg bagi arahan tu.

Anonymous said...

Mat sabu dgn mahfuz kenal baik dgn altantuya. Ce tanya diaorang

Anonymous said...

Bangang punya PIMP, orang tak tanya "kamu kenal ke altantuya? orang cuma nak tahu siapa yang arah bunuh altantuya? pasal salah seorang dari anggota polis yang bunuh perempuan tu adalah bekas pengawal peribadi kamu.

alahai macam mana la PIMP boleh di lantik jadi senator ni.

PIMP = Bapak Ayam

adijamsari said...

Saya sebagai mengikut kes ini dari akhbar juga ingin mengetahui ending kes tak lengkap.Bukan mencabar kehakiman tetapi setiap sesuatu terjadi mesti ada sebab musabab.Kaitan ke akar umbi ..
Saya lapang dada bila najib dah 3 kali bersumpah..itu hak dia dengan allah dan membersihkan namanya..
Persoalan dari dulu siapa pegawai penyiasat,peguam serta hakim yang tak selesaikan kes ini secara jelas.
Sirul hanya budak suruhan yang mengikut arahan siapa?Siapa kah MASTERMIND tersebut..?

Anonymous said...

Kalau Najib sudah bersumpah dengan nama ALLAH pun masih ada orang Melayu yg MENGAKU Islam tak percaya itu menunjukkan mereka sebenarnya tak yakin ALLAH benar-benar ada. Mereka lebih takut kepada manusia yang ALLAH jadikan rupa-rupanya. Cuba tuan-tuan fikir baik-baik ye. Tidak kah itu pun syirik namanyer ? Kalau tuan-tuan ingat syurga itu mainan dan neraka itu gurauan mari kita lihat makna kepada surah An Nissa ayat 4:48

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

Dalam bahasa pasar bangsa Melayu bererti “ Allah ampuni semua dosa kecuali SYIRIK”. So terpulanglah kalau tuan-tuan masih ragu-ragu, jangan kata tidak ada orang yang beri peringatan ye? Sepatutnya tuan-tuan berasa malu sehingga ALLAH letakkan seorang berbangsa India yang belum Islam untuk mengingati orang-orang yang mengaku Islam. Tak perasan ke kita bahawa ALLAH sedang perli kita semua? Sendiri yang tak mahu fikir sendiri la yang kne jawab la kemudian hari ye?

Anonymous said...

Doakan dia masuk Islam...minat dah ada tu...

Anonymous said...

akhir nya berserah lah kpd Allah yg maha mengetahui....tak payah nak pecah2 kepala mikir...silap2 kita dapat dosa akibat memfitnah & enuduh dgn tuduhan yg tak sahih...balasan Allah tiada tandingan nya dgn balasan dunia....wallahu aklam..

Anonymous said...

Tidak setuju