Wednesday, April 22, 2015

PKR Terpaksa Adakan Mesyuarat Tergempar Khuatir Jentera PAS Permatang Pauh Akan Boikot PRK Permatang Pauh...?

Nampak gayanya pucuk pimpinan PKR dah mula merasakan bahang kepansannya.....

Persiapan juak juak Pakatan Pembangkang mendepani PRK Permatang Pauh kali ini dilihat seolah-olah kurang kemeriahan dan tidak terselah ukhwah dikalangan jentera PKR dan PAS. Sedang para pemerhati politik menklasifikasikan PRK Permatang Pauh sebagai 'an event to watch', namun 'kedinginan' sikap jentera PAS di Permatang Pauh boleh melahirkan kebimbangan dikalangan pimpinan tertinggi PKR.

Ini semua gara gara kenyataan yang agak pedas dikeluarkan oleh Ketua Urusan Ulama, PAS Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman secara terbuuka menyebut hukumnya adalah haram dan berdosa mengundi calon yang menolak Hudud !

Seantero Malaya sediak maklum penganut penganut fahaman PKR adalah spesis tegar menolak Hudud.

Menurutnya, ia bertepatan maksud Surah an-Nisa ayat 85 iaitu “Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

Beliau berkata, membantah dan mempertikaikan hudud akan merosakkan akidah umat Islam.

“Hudud perkara dharuri dalam Islam. Maksudnya secara asas, umat Islam yang mempelajari asas agama akan memahami bahawa ia syariat (perintah) ALLAH yang wajib hukumnya untuk dilaksanakan ke atas umat Islam.

“Islam yang mencakupi seluruh perkara dalam kehidupan, sudah tentu soal politik dan memilih pemimpin sudah digariskan oleh Islam,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Sehubungan itu, demi menyelamatkan kerusi Parlimen Permatang Pauh terus kekal menjadi milik PKR dalam PRK 7 Mei ini, PAS Permatang Pauh mendesak PKR dan pemimpinnya yang menolak dan menghina hudud, menarik balik semua bantahan dan penghinaan itu.

Beliau berkata, kenyataan Yang Dipertua PAS Kawasan itu, Omar Hassan adalah mewakili suara akar umbi kawasan dan bukan pendirian peribadinya.

Menurutnya, ia adalah usul oleh Pemuda PAS kawasan yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Permatang Pauh Ahad lalu.

“Usul dan kenyataan media itu bermaksud ahli dan mesyuarat agung kawasan sayang Pakatan Rakyat dan mahu kerusi Parlimen Permatang Pauh kekal milik Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat berisiko kehilangan undi ahli PAS dan pengundi atas pagar kerana Permatang Pauh adalah bumi yang subur dengan kuliah pengajian maka penduduknya juga dari kalangan mereka yang kuat fahaman agama,” katanya.

Menurutnya, itu adalah hasil yang diperoleh berdasarkan luahan ahli dan pengundi atas pagar yang ditemui dalam beberapa siri turun padang oleh PAS kawasan dan cawangan.

“Malah ia juga disuarakan semasa perbahasan usul dalam mesyuarat agung itu,” katanya.

Ahad lalu, PAS Permatang Pauh meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Omar berkata, PKR diberi tempoh sehingga sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.

Menurutnya, jika PKR bersetuju dan meminta maaf secara terbuka pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan parti itu dalam PRK Permatang Pauh kelak.

Beliau berkata, pendirian ini dibuat dan disepakati oleh akar umbi pada mesyuarat agung kerana ahli PAS di Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada calon yang akan bertanding pada PRK nanti.

Dalam satu majlis lain pada hari sama, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilapor melahirkan rasa kehairanan dengan tuntutan Omar kerana sebelum ini pernah bertemunya ketika pelancaran jentera PKR Jumaat minggu lalu.

Beliau berkata, dalam pertemuan yang turut disertai beberapa pimpinan PAS Pusat, Omar menyatakan sokongan terhadap PKR bagi menghadapi PRK Permatang Pauh.

“Sebelum ini Omar sendiri menyatakan sokongan mahu membantu Pakatan Rakyat dalam PRK Permatang Pauh,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata, PKR akan berjumpa kepimpinan PAS Permatang Pauh bagi mendapat penjelasan mengenai tuntutan mereka supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

4 comments:

Anonymous said...

Tak payah si nenek kipas sepat kering tu nak mintak penjelasan...

Di manakah jam omega tu pun dia tak jelaskan lagi!!!!

Anonymous said...

HHA dh sedar dh.hidup tk selama menongkak langit.video besi dh boleh jadi saksi.dia dh sedar siapa anwar sebenar nya.dulu HHA takut diguling kn.sekarang tidak lagi.sang kelambai dh tumbang di kampar.dr rani pun sama.bersatu lah umat islam.

Anonymous said...

INGIN MELIHAT MANA SATU YANG AKAN MMEMPENGARUHI PENGUNDI - AIR MATA SEORANG NENEK DAN ISTERI KEPADA SEORANG PENJENAYAH LIWAT ATAU FATWA KETUA PEMUDA PAS PP BAHAWA HARAM MENGUNDI CALON YANG MENOLAK HUKUM HUDUD.

Anonymous said...

Wan Azizah sudah 'Naik Angin', dan masih mengharapkan PAS tolong kipaskan kerana 'Tak Cukup Angin'