Monday, April 27, 2015

PRK P044 - HELLO Is It Me You're Looking For..? Trendy Dan Catchy Poster Abang Mie Di Permatang Pauh

Ini macam la Bro.... barulah trendy !

Syabas dan tahniah buat jentera UMNO Permatang Pauh yang melakukan 'transformasi' kepada kaedah cara cara berkempen menerusi poster, bunting, mini billboard. Nampaknya di PRK Permatang Pauh kali ini UMNO tidak lagi 'old school' dari segi metarial bahan kempen, bravo !

Selain daripada menawarkan seorang calon anak tempatan yang masih muda dan juga seorang graduan, UMNO Permatang Pauh semakin bijak untuk mengikat minat pengundi memberikan perhatian kepada cara cara mempromosi calon BN.

Suhaimi Sabudin anak tempatan yang berusia 43 tahun tidak mustahil mampu meraih undi dikalangan Gen Y sekiranya sepanjang tempoh kempen sehingga 6hb Mei 2015 ini digunakan sebaik mungkin oleh jentera yang bertugas isini.

Dibahu jalan sekitar sini, Blogger MIK tertarik dengan TAGLINE dan cara poster calon UMNO ini dipamerkan...

SEKARANG LIHAT PULA DIBAWAH INI, MODAL LAPUK JUAK JUAK PKR YANG TAK HABIS HABIS MAINKAN ISU SIMPATI DAN MENANAMKAN KEBENCIAN RAKYAT....!


No comments: