Tuesday, April 28, 2015

PRK P044 Permatang Pauh - Anwar Sakit Kepala...?

‎Semakin berdenyut-denyut kepala KETUM kesakitan..!

Bagaimana Anwar‎ tak sakit kepala apabila sering mendapat perkhabaran buruk dan kurang enak berbanding menerima berita yang menggembirakan.

Kisah ketiadaan jentera PAS yang ramai dan kekurangan bendera PAS di bumi Permatang Pauh sehingga ke hari‎ ini, kisah 'Arm Wrestling' Pemuda PAS Pulau Pinang dengan AMK Pulau Pinang, respon pengundi yang mula bertanyakan komitmen Wan Azizah yang kini sudah menjadi ADUN di Kajang Selangor, pengesahan SPR bahawa sebagai banduan Anwar tak layak mengundi dan ada beberapa lagi perkara yang sedang diperkatakan boleh mengundang keresahan Anwar..

Oleh itu jentera UMNO perlu terus bekerja lebih gigih, tingkatkan prestasi‎ dan kurangkan kontrovesi. Insya allah ianya mampu menerbitkan peluang untuk mencipta keputusan yang mengejutkan !

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: